Aaisyah Dhia Rana Bakal Keluarkan Produk Supplement Sendiri
Anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dikatakan bakal mengeluarkan produk makanan tambahan sendiri tidak lama lagi. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Che Ta di mana dia tidak bimbang sekiranya perkara sebegini akan menyebabkan dirinya menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen. "Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah muncul dengan produk makanan tambahan untuk dirinya dan kanak-kanak seusia dengannya.” "Produk makanan tambahan ini bukan untuk orang dewasa tetapi untuk golongan kanak-kanak," ujarnya. Tambah Che Ta lagi, produk yang bakal dihasilkan itu merupakan makanan tambahan yang selamat untuk perkembangan kanak-kanak dan tidak akan membahayakan. Bahan-bahan yang digunakan itu juga merupakan makanan asas yang diketahui ramai dan sudah pastinya selamat untuk dimakan. "Pada masa sama, pihak kami juga mendapat nasihat dari doktor pakar untuk memastikan produk itu selamat untuk kanak-kanak," ujar Che Ta lagi. Dalam...