Tumbuk Dinding Mahkamah Selepas Dijatuhkan Hukuman.


Ayer Keroh – Seorang wanita muda bertindak berang dengan menumbuk dinding selepas Mahkamah Sesyen, selapas hakim menjatuhan hukuman.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadapnya atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh.

MenurutT imbalan Pendakwa Raya, dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah, selain kes itu bukan yang pertama di Melaka dan Malaysia.

Nur Farahanis yang juga graduan sebuah kolej vokasional diwakili peguam bela Janariah Mustafa.

Peguam Janariah Mustafa merayu hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertama tertuduh, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Norma kemudian menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar dipenjara enam bulan. – Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja