Video: Polis Buru Penunggang Motor Langgar Lari Wanita Melintas Jalan.

Video rakaman sepanjang 29 saat itu tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal.

Kerana sikap tidak bertanggungjawab itu, penunggang motosikal berkenaan kini telah menjadi buruan pihak polis.

Penunggang motosikal yang melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown, pada petang Isnin lalu.

Akibat rempuhan itu, wanita itu tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat beberapa ketika sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa pemandu kereta turut tidak membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan.

Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja