Video: Kanak-Kanak Disahkan Maut Digilis Van Sekolah


“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam.

Insiden menyayat hati itu dikongsikan Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini, termasuk video berdurasi 1 minit dan 37 saat.

Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula daripada kanak-kanak terbabit, Janiss Yeoh Zi Xuan, turun dari van sekolah sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis.

Panik dengan situasi itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa sebelum dia masuk ke dalam kenderaan untuk mengundurkan vannya ke belakang.

Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat keluar dari pagar rumah dan mengangkat cucunya masuk ke dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam selepas mangsa turun dari van dan melintas di depan kenderaan itu untuk pulang ke rumah.

Beliau berkata, pemandu van terbabit iaitu wanita berusia 48 tahun melanggar kanak-kanak perempuan selepas menurunkannya di rumah mangsa.

“Mangsa yang cedera di kepala dibawa ke klinik berhampiran oleh pemandu van sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas satu jam mendapatkan rawatan di HSA akibat kecederaan parah dialaminya dan bedah siasat dilakukan di hospital sama,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian van itu membawa lima penumpang kanak-kanak, namun semua tidak mengalami kecederaan.

Katanya, berikutan itu pemandu van terbabit ditahan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja