Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Luar Negara

Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel

Imej
Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford. Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi. Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel. Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian. “Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dila...

6 Gambar: Lelaki Ini Mengaku Tuhan Berusia 1,719 Tahun, Pengsan Ketika Ditahan

Imej
Seorang lelaki mengaku Tuhan dan berusia 1,719 tahun mengamuk dan tiba-tiba pengsan ketika mahu dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental. Semalam, masyarakat di Jawa Tengah digemparkan dengan tindakan seorang lelaki duduk di atas kitab suci al-Quran ketika berada di Masjid Agung, Sukabumi. Perbuatan lelaki tersebut sempat dirakam sekumpulan pelajar dan ia tular di media sosial. Susulan penularan klip video tersebut, polis Sukabumi menjejaki lelaki itu dan berjaya menahannya kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) hari ini. "Semasa disoal siasat, dia mengaku sebagai Tuhan dan memperkenalkan diri sebagai Abud Lakum Dinukum Waliyadin. "Dia juga mengaku berusia ribuan tahun. Tapi selepas diasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya mengaku berumur 46 tahun. "Ketika kami mahu membawanya masuk ke dalam van ambulans, dia tiba-tiba mengamuk dan pura-pura pengsan. "Dia sebenarnya enggan ke hospital," kata Ketua Polis Kota Sukabumi, Asisten ...

Video: Remaja Ini Dibunuh Kerana Berwajah Jambu.

Imej
BAGHDAD: Seorang remaja berusia 14 tahun di Iraq ditikam sampai mati selepas sekumpulan lelaki mengesyaki dia adalah gay hanya kerana berwajah 'jambu'. Insiden menggemparkan ke atas Hamoudi al-Mutairi itu berlaku berhampiran kediamannya di Yarmouk, Baghdad. Mangsa diserang beberapa individu yang bertindak kejam menikam perutnya beberapa kali malah turut merakamkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan Hamoudi terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Sebelum rakaman itu dihentikan, mangsa turut merayu supaya membawanya ke hospital dan berkata, 'Saya mahu ibu saya'. Kejadian pembunuhan itu berlaku tidak sampai sebulan insiden kematian empat individu progresif berprofil tinggi yang bekerja dengan media sosial dan industri kecantikan. Pada awal Ogos lalu, pengurus dua pusat pembedahan plastik dan estetik ditemui mati dalam keadaan misteri. - Astro AWANI

Putin Pesan Kepada Ayah Khabib 'Janganlah Hukum Khabib Terlalu Berat'

Imej
Presiden Rusia Vladimir Putin mengingatkan bapa Khabib Nurmagomedov supaya tidak mengenakan hukuman terlalu berat ke atas anaknya selepas kemenangan anaknya di UFC 229 hujung minggu lalu. Selepas meraih kemenangan Sabtu lalu dengan menewaskan Conor McGregor, Khabib pulang sebagai hero negara, lebih 10,000 peminat menantikan kepulangan beliau di tanah kelahirannya di Dagestan, Rusia. ‘Drama’ di antara Khabib dan McGregor pada pusingan keempat dalam pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu apabila bintang seni kelahiran Rusia mempamerkan kuncian ‘rear naked choke’ pada minit 3.03. Hampir mengakhiri 'showdown' itu, bintang seni bela diri kelahiran Ireland McGregor kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga sebelum pertarungan dibawa ke ‘ground’. Selepas kemenangan anaknya, portal berita di seluruh dunia dihangatkan dengan tajuk berita berhubung 'amaran keras' bapa Khabib yang merupakan bekas peninju Rusia Abdulmanap Nurmagom...

Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang

Imej
RAHSIA isteri yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain akhirnya terbongkar selepas suaminya menemui gambar menunjukkan wanita itu bermesra bersama kekasihnya di aplikasi Google Maps. Lelaki itu yang tinggal di bandar ini pada mulanya melihat jalan untuk pergi ke satu lokasi sebelum melihat satu gambar menunjukkan seorang lelaki berbaring di riba seorang wanita di bangku tepi jalan. Walaupun wajah pasangan itu dikaburkan tetapi lelaki itu curiga apabila melihat baju yang dipakai wanita berkenaan sama seperti pakaian yang dimiliki isterinya. Gambar itu dirakam oleh kereta kamera Google di bandar ini pada 2013 tetapi lelaki berkenaan yakin wanita itu adalah isterinya. Kerana marah lelaki itu segera bertemu isterinya dan membawa gambar berkenaan sebagai bukti. Selepas didesak akhirnya isterinya mengaku wanita dalam gambar itu adalah dirinya dan lelaki berkenaan adalah kekasihnya. Mirror Online melaporkan, pasangan itu yang nama mereka tidak dedahkan akhirnya berce...

Saya Akan Bagi Tahu Bapa Kamu, Kalau Kamu Pecahkan Kereta Saya.

Imej
JUARA lightweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov 'mengugut' akan memecahkan kereta Presiden UFC Dana White jika tali pinggang yang dimenanginya itu tidak diserahkan kepadanya. Namun, itu hanyalah satu bentuk gurauan dari jaguh seni bela diri campuran (MMA) Rusia itu di laman Instagramnya, semalam. "Nasib baik kamu dah serahkan talipinggang pada saya, kalau tidak saya pecahkan kereta kamu. Saya tahu lokasi kereta kamu," katanya sambil bergambar bersama tali pinggang kejuaraanya itu dan bersandar pada sebuah kereta BMW hitam. Kapsyen itu mendapat reaksi segera dari White yang 'mengadu' akan melaporkan kepada bapanya jika dia berbuat demikian. "Saya beritahu bapa kamu," kata White, dan kemudiannya dibalas pula oleh Khabib dengan mengatakan, "Tidakkkkk!" Khabib, meskipun ganas di gelanggang, namun dia juga dikenali dengan sikap amat menghormati orang dan takut dengan bapanya. Sebelum ini, dia pernah mengakui takut dihempuk bap...

UFC gantung McGregor, Mengekalkan Kejuaraan Khabib

Imej
Drama kekalahan Conor McGregor kepada Bintang UFC Rusia Khabib Nurmagomedov Sabtu lalu terus mengisi tajuk berita dalam dan luar negara. Terbaru, media melaporkan McGregor dikenakan hukuman gantung selama sebulan oleh UFC atas alasan kesihatan. Ia susulan pergaduhan yang terjadi sejurus selepas perlawanan Sabtu lepas yang menyaksikan Khabib memanjat keluar kurungan gelanggang dan menyerang Dillion Danis, salah seorang anggota pasukan McGregor. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua pasukan bertumbuk sehingga terpaksa dileraikan oleh pasukan keselamatan. Khabib mendakwa tindakannya itu disebabkan kata-kata hinaan oleh McGregor kepada agamanya, negaranya dan ayahnya. Presiden UFC Dana White memutuskan untuk mengekalkan kejuaraan Khabib, seperti yang dilaporkan oleh sportsjoe.ie. Susulan itu, kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini menyatakan McGregor tidak dibenarkan membuat sebarang komunikasi sehingga 28 Okt. Khabib yang dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan darip...

Saya Tak Tahu Bagaimana Paku Boleh Ada Dalam Kepala

Imej
Beijing: Misteri sakit kepala dialami pekerja kilang akhirnya terjawab apabila doktor menemui paku sepanjang 48 milimeter di dalam kepalanya. Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 43 tahun dikenali sebagai Hu itu bekerja di sebuah kilang simen di Chongyang, wilayah Hubei, China. Perkara itu mengejutkan doktor melakukan imbasan CT terhadap lelaki terbabit dan mendapati paku terbenam dalam bahagian kanan kepalanya. South China Morning Post melaporkan, ia benar-benar membingungkan mereka memandangkan keadaan kesihatan Hu agak baik dan bacaan tekanan darahnya juga normal. Sebelum itu, Hu mengadu sakit kepala yang semakin teruk pada Jumaat lalu. “Saya tidak tahu bagaimana paku itu boleh berada di dalam kepala. Tugas saya di kilang hanyalah memantau kamera pengawasan di kilang. “Kerja yang saya lakukan langsung tidak ada kena-mengena dengan penggunaan paku,” katanya. Dia akan ke sebuah hospital di ibu kota wilayah Wuhan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan paku ...

Video: Ibu Sebat Anak Perempuan Di Khalayak Ramai

Imej
GUATEMALA CITY: Seorang ibu memberi pengajaran paling sakit dan memalukan kepada anaknya apabila menyebat anak perempuannya di khalayak ramai selepas dituduh mencuri pakaian daripada sebuah kedai di timur Guatemala. Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Tomasa Tzoc Tipaz, 35, dipaksa melutut di khalayak ramai di kampung San Antonio Ilotenango sebelum disebat 15 kali oleh ibunya dan datuk bandar tempatan. Dia sebelum itu ditangkap kerana didakwa mencuri, enggan mendedahkan siapa rakan subahatnya kepada pihak berkuasa yang kemudian mengarahkan hukuman sebat terhadapnya. Tomasa dibawa ke padang bola dan penduduk dipanggil untuk menyaksikan hukuman itu dilaksanakan. Rakaman video menunjukkan dia membongkok dan mengangkat baju ke atas kepala. Ibunya menyebat belakang Tomasa lima kali dengan ranting kayu sebelum disambung Datuk Bandar, Maria Lucas. Selepas dirotan, Tomasa yang menangis memeluk ibunya sambil meminta maaf sebelum diarahkan berpindah ke band...

Wanita Dirogol Keluarga Suami Pada Malam Pertama

Imej
KURUKSHETRA: Seorang wanita yang baru berkahwin mendakwa dirinya dirogol oleh suami dan saudara-maranya pada malam pertama perkahwinannya. Balai polis wanita Kurukshetra telah mendaftarkan kes terhadap suaminya, adik ipar, abang ipar, ibu dan bapa mertua, kakak ipar serta empat yang lain yang tidak dikenali, berdasarkan aduan yang difailkan oleh bapa wanita berkenaan. Pegawai di Balai Polis Kurukshetra, Inspektor Sheelavanti telah mengesahkan pendaftaran FIR (First Information Report). "Kes itu telah dipindahkan kepada kami dari Balai Polis Kurukshetra yang telah mencatatkan FIR. Menurut aduan, wanita itu dirogol beramai-ramai pada 13 dan 14 September. "Kami telah membuat pemeriksaan perubatan dan sampel telah dihantar untuk satu ujian makmal," katanya. Menurut aduan, wanita berusia 22 tahun itu berkahwin pada 12 September. Pada malam 13 September, dia diberi minuman keras oleh suaminya dan saudara-saudaranya. Dia dikurung di dalam sebuah bilik ketika tida...

Isteri Tipu Suami Dan Ibu Mertua Dakwa Kandungan Dicuri Geng Pemerdangan Organ

Imej
Bogota: Seorang wanita berpura-pura mengandung selama sembilan bulan sebelum berlakon diculik geng pemerdangan organ pada hari dia sepatutnya melahirkan anak, semata-mata kerana tidak mahu suami meninggalkannya. Antonela Milena Padilla, 37, mendakwa diculik sekumpulan orang yang melarikannya menaiki van sebelum memberinya dadah dan memotong perutnya untuk mengeluarkan bayinya. Namun, kisahnya itu akhirnya terdedah sebagai penipuan, apabila dia sebenarnya menggunakan kusyen sepanjang tempoh ‘kehamilan’ untuk memastikan suaminya tidak meninggalkannya. Setiap bulan dia membesarkan ‘kandungannya’ dengan mengisi kusyen berkenaan menggunakan kain, selain mencetak gambar imbasan ultrabunyi dari Internet untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakannya, lapor The Mirror. Suaminya tidak pernah mengesyaki sesuatu tidak kena, malah amat teruja bakal bergelar bapa untuk kali pertama. Penipuannya terbongkar pada hari dia dijadualkan menjalani pembedahan Caesarean di hospital tempatan. D...

Ucapan Tun Mahathir Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Imej
BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. (Bahasa Melayu) Puan Presiden, 1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. 2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini. 3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72. 4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia. 5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi ...

Tara Fares Maut Ditembak Ketika Memandu

Imej
BAGHDAD: Model Iraq dan bintang Instagram, Tara Fares, mati ditembak ketika memandu kereta Porsche di tengah Baghdad, kelmarin. Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri membuka siasatan pembunuhan wanita keturunan Kurdistan berusia 22 tahun itu yang maut akibat ditembusi tiga peluru ketika memandu di daerah Camp Sarah, di sini. Tara, model fesyen mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram yang memaparkan gambarnya bercacah, rambut pelbagai warna dan pakaian. Dia dipercayai dibunuh pihak yang tidak sukakan gaya hidupnya. Tara tinggal di Erbil, bandar utama penduduk keturunan Kurdistan Iraq dan amat jarang mengunjungi Baghdad. Ahmad al-Basheer, pelukis grafiti Iraq yang tinggal dalam buangan di Jordan selepas menghadapi ancaman bunuh, mengutuk pembunuhan Tara. - Harian Metro

Gempar!! Wanita Bersalin Dalam Tandas Hospital

Imej
CHALCO – MEXICO- Zuleima Maldonado, 38, dari Miraflores tiba di unit kecemasan pada khamis lalu di Hospital Awam Chalco ditemani kakaknya kerana mahu bersalin kira-kira jam 5 pagi namun tiada seorang pon kakitangan hospital tersebut mengendahkannya. Selepas tiada sesiapa yang mahu menerima dan mendaftar namanya, Zuleima buat keputusan untuk pulang ke rumah. Menurut saksi kejadian itu, sebelum pulang, Zuleima masuk ke tandas hospital itu dahulu. “Saya mendengar tangisan bayi tidak lama selepas dia masuk ke tandas. Serentak itu, ahli keluarganya yang lain segera datang membantunya.” katanya Doktor hanya datang memberi bantuan selepas berulang kali dipanggil. Bayi itu dibawa ke unit kecemasan (ICU) dan keadaannnya dilaporkan stabil setelah diperiksa. Salah seorang kakitangan hospital membuat pengakuan mereka terpaksa menolak pesakit itu kerana kekurangan ubatan dan tidak mempunyai peralatan pembedahan yang lengkap. Tambahnya lagi, walaupun telah memaklumkan kepada pengarah hospital Irm...

Bintang Porno Bakal Disaman Oleh Peguam Donald Trump

Imej
AMERIKA SYARIKAT: Seorang bintang porno yang dikaitkan dengan Presiden Donald Trump berkemungkinan bakal disaman kerana telah melanggar perjanjian yang dipersetujui. Peguam kepada Trump menyatakan bahawa Stormy Daniels boleh disaman sehingga AS$20 juta (RM78.18 juta) kerana telah mendedahkan hubungan sulitnya kepada perhatian umum. Seorang peguam daripada syarikat Essential Consultants yang membayar Daniels sebanyak AS$130,000 (RM508,169.81) mengikut perjanjian itu, bagaimana pun bertindak untuk memfailkan dakwaan terhadap Daniels. Perkara ini dibuat kerana Daniels dilaporkan telah melanggar perjanjian terbabit sebanyak 20 kali dan bertindak menghentam Trump serta turut mendedahkan kecurangan presiden berkenaan. “Perjanjian Penyelesaian membenarkan ganti rugi kerosakan sebanyak satu juta dolar (RM3.91 juta) bagi setiap pelanggaran.” Terdahulu, Daniels didakwa telah menandatangani satu perjanjian secara tertutup bagi merahsiakan hubungannya dengan Trump sebelum berlakunya pilihan raya...

Rumah Dalam Filem 'The Hobbit' Dan 'Lord Of The Rings' Di Dunia Realiti.

Imej
Sudah pasti anda semua pernah menonton filem The Hobbit atau Lord Of The Rings di bawah arahan J.R.R. Toliens. Pastinya anda berasa kagum menyaksikan kedua-dua filem ini kerana ianya memaparkan mengenai suatu tempat yang tidak dapat terjangkau oleh akal fikiran kerana pemandangan tempat yang dipaparkan itu pasti akan membuatkan anda semua tercengang. Namun, berita baik buat anda semua adalah tempat penggambaran bagi kedua-dua filem tersebut ternyata bukanlah fantasi semata-mata. Semua ini adalah realiti yang pasti akan membuatkan anda sendiri tidak percaya kerana lokasi penggambaran terbabit benar-benar wujud di dunia ini. Ianya bukanlah lukisan mahupun ilustrasi kerana difahamkan kini anda boleh melawat kawasan penggambaran terbabit yang terletak di Tomich, Scotland di mana anda dapat melihat sendiri keindahan kediaman tersebut. Pemilik kediaman terbabit, Stuart Grant yang mencipta kediaman tersebut merasakan bahawa kediamannya itu mampu menarik peminat filem terbabit dan ternyata ...

Gara-gara Tidak Membawa Tanah Kompos, Pelajar Dihukum Jilat Mangkuk Tandas Oleh Guru

Imej
Dunia pendidikan akan tercemar sekiranya terdapat guru yang tidak berperikemanusiaan seperti yang terjadi kepada salah seorang guru yang dikenali sebagai M yang bertugas di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 104302 Desa Cempedak Lobang, Kecamatan Seirampah Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara memberi hukuman kepada pelajarnya menjilat mangkuk tandas. Ibu Bapa kepada pelajar yang dikenali sebagai MB itu tersangat marah ke atas kes tersebut kerana anaknya diberi hukuman seperti itu hanya gara-gara tidak membawa tanah kompos. Menurut Ibu pelajar tersebut anaknya itu disuruh menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali, tetapi baru empat kali dia sudah muntah. Dia mendengar berita itu daripada kawannya lalu suaminya iaitu bapa perlajar tersebut pergi ke sekolah berjumpa dengan guru berkenaan. Ibu bapa mana yang tidak marah jika anak mereka diberi hukuman seperti itu seperti sudah tidak ada hukuman lain. Kalau mahu disuruh bersihkan tandas sekalipun tiada masalah tetapi jangan disuruh jilat kera...

Pesakit Tidur Berbantalkan Kakinya Yang Telah Dipotong

Imej
INDIA: Telah viral baru-baru ini apabila beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki yang menjadikan kakinya sendiri sebagai bantal untuk tidur semasa mendapatkan rawatan kemalangan di sebuah hospital. Kejadian ini dipercayai telah berlaku di India di mana lelaki terbabit yang berusia 28 tahun itu telah terbabit dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kakinya itu dipotong. Akibat daripada tularnya perbuatan tersebut, seorang pegawai perubatan kecemasan, seorang doktor dan dua jururawat di Hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmibal, Jhansi, India telah digantung tugas buat sementara waktu. Mangsa yang dikenali sebagai Ghanshyam Singh itu mengalami kecederaan parah selepas bas sekolah yang dipandunya terbabas dan terbalik apabila dia cuba untuk mengelak sekawan lembu yang tiba-tiba melintas. Kemalangan tersebut telah menyebabkan 25 orang pelajar dari sebuah sekolah awam di Mauranipur turut mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. Bagaimana pun, menurut pengetua kolej perub...

Tukang Cuci Rogol Kanak-Kanak Dalam Surau.

Imej
Seorang lelaki telah ditahan gara-gara merogol seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun di dalam sebuah surau di Kompleks Mustika Griya Permai, Kalimantan, Indonesia. Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Rosyadi, 42, itu merupakan seorang tukang cuci di kawasan surau terbabit. Perlakuan keji suspek bagaimana pun telah terbongkar selepas ibu kepada mangsa menyedari bahawa terdapat kelainan pada bahagian kemaluan anaknya itu apabila kanak-kanak terbabit mula mengadu sakit serta turut mengeluarkan bau yang kurang enak. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dibawa ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan bagi menghilangkan infeksi pada bahagian kemaluannya. Difahamkan, surau tersebut merupakan tempat ibadah yang pada kebiasaannya telah menjadi tempat mengaji buat kanak-kanak. Kejadian ini difahamkan berlaku apabila mangsa telah diajak masuk ke dalam surau terbabit dan suspek terus bertindak mengunci pintu surau terbabit lalu terus merogolnya. Akibat daripada kejadian itu,mangs...

Gara-Gara Langgar Lari, Lelaki Nekad Tanam Kereta Belakang Rumah

Imej
CHINA: Oleh kerana ingin mengelakkan dirinya ditangkap polis gara-gara melakukan kesalahan langgar lari, seorang lelaki nekad menanam kereta miliknya di belakang rumah kerana ingin menghapuskan bukti. Dalam pada masa yang sama, lelaki terbabit yang tidak didedahkan identitinya itu juga turut membuang peralatan lain yang digunakan untuk menggali itu ke dalam sungai yang berdekatan untuk mengelakkan perbuatannya itu dihidu pihak berkuasa. Namun, segala-galanya telah terbongkar selepas pihak polis berjaya menemui kereta terbabit yang tertanam itu setelah menerima laporan mengenai kes tersebut. Bagaimana pun, lelaki terbabit dikatakan telah melarikan diri selepas siap menanam keretanya namun dengan tindakan pantas pihak polis, dia akhirnya berjaya juga ditangkap. Kejadian langgar lari terbabit dipercayai berlaku apabila dia telah melanggar seorang pejalan kaki serta dua orang penunggang basikal elektrik di sekitar kawasan pendalaman iaitu Dali. Mangsa yang dilanggar itu dikatakan telah m...