Rumah Dalam Filem 'The Hobbit' Dan 'Lord Of The Rings' Di Dunia Realiti.


Sudah pasti anda semua pernah menonton filem The Hobbit atau Lord Of The Rings di bawah arahan J.R.R. Toliens.

Pastinya anda berasa kagum menyaksikan kedua-dua filem ini kerana ianya memaparkan mengenai suatu tempat yang tidak dapat terjangkau oleh akal fikiran kerana pemandangan tempat yang dipaparkan itu pasti akan membuatkan anda semua tercengang.

Namun, berita baik buat anda semua adalah tempat penggambaran bagi kedua-dua filem tersebut ternyata bukanlah fantasi semata-mata.

Semua ini adalah realiti yang pasti akan membuatkan anda sendiri tidak percaya kerana lokasi penggambaran terbabit benar-benar wujud di dunia ini.

Ianya bukanlah lukisan mahupun ilustrasi kerana difahamkan kini anda boleh melawat kawasan penggambaran terbabit yang terletak di Tomich, Scotland di mana anda dapat melihat sendiri keindahan kediaman tersebut.

Pemilik kediaman terbabit, Stuart Grant yang mencipta kediaman tersebut merasakan bahawa kediamannya itu mampu menarik peminat filem terbabit dan ternyata kini ianya telah menjadi viral di media sosial.

Menurut Stuart, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menonton filem terkenal terbabit dan tidak ternyata dia mampu membina sebuah kediaman sama seperti Bilbo Baggins yang terdapat di dalam filem berkenaan.

Bayangkan saat anda melangkah pulang daripada kesibukan kerja, anda akan disambut dengan keindahan dan kehijauan kawasan terbabit dan sudah pasti ianya sangat menyenangkan.


Berdasarkan Stuart, dia telah membina rumah terbabit bermula sejak tahun 1984 di mana dia menyatakan juga bahawa dia langsung tidak pernah menonton filem terbabit walaupun sudah beberapa dekad filem itu ditayangkan.

Pada tahun 1984, Stuart menyatakan bahawa pada ketika itu dia telah disahkan mempunyai masalah kesihatan.

Dalam pada masa yang sama, dia juga turut bercerai dengan isterinya sehingga menyebabkan dia menghadapi masalah yang besar.


Apabila dia disahkan mempunyai penyakit terbabit, Stuart berusaha sedaya upaya menggunakan keupayaanya dalam bidang pembinaan untuk menyiapkan rumah kecil ini.

Lihatlah keadaan sekeliling rumah miliknya yang mana ia memaparkan kekemasan dan keindahan yang tidak dapat dibayangkan oleh mata sendiri.



Sudah pasti ramai yang akan berasa kagum dan cemburu dengan pemilik rumah berkenaan di mana pastinya para peminat filem berkenaan pasti akan tertarik hati untuk memiliki rumah terbabit. Sumber: Life Buzz, Editor: S 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja