Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel menarik

Suami Isteri Berusia 28 Dan 29 Tahun Ditahan Tengah Malam Di Rumah Mereka

Imej
Sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah antara tiga individu ditahan bersama lebih 7 kilogram (kg) heroin dan lebih 3kg ganja dalam dua serbuan berasingan di daerah Manjung dan Kampar, semalam. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata suami isteri berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan pada 12.05 tengah malam di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung. Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis merampas dadah dipercayai heroin seberat 7.04kg dan ganja dianggar seberat 3.05kg bernilai RM64,570. “Polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah selain menyita sebuah kenderaan, tujuh rantai, enam cincin, empat anting-anting serta satu subang hidung yang kesemuanya dianggar berjumlah RM72,332,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Yusri kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mohd Yusri berkata siasatan menda...

Suami Kena Gari Dengan Isteri.

Imej
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Suami mana tidak seram kalau kena ’gari’ dengan isteri kalau hendak ke mana-mana? Bagaimanapaun, itu hanya gurauan antara Jufri Jaffar, 30, dan isterinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu apabila gambarnya digari isteri tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Jufri, gambarnya itu di ambil oleh kawannya ketika singgah di kedainya dan di muat naik dalam laman media sosial. “Saya terkejut juga sebenarnya bila dimuat naik oleh rakan saya tetapi saya anggap sebagai guraun sahaja dan tidak sangka gambar itu tular. “Kalau tanya komen positif, saya anggap ikatan tali itu dijagalah elok-elok. Jangan mudah diputuskan yang mana faham. Baguslah!” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini. Menurut Jufri, dia berharap orang ramai di luar sana tidak terlalu serius dengan perkongsian gambar tersebut memandangkan itu hanyalah jenaka antara kawan-kawan rapatnya. “Saya harap tiadalah yang sentap atau menghambur kata-kata fitnah antara say...

Kecoh Najib Buat 'Cameo' Dalam Drama Korea.

Imej
MEDIA sosial kecoh beberapa hari ini selepas kelibat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me. Walaupun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai. Hanya beberapa saat penampilan itu namun netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial. Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar, dan ia kemudiannya menerima lebih 13,000 retweet. Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Astro AWANI

Diam Lebih Bermanfaat Mengandung 7.000 Kebaikan

Imej
Seorang cendikiawan mengatakan, bahwa diam itu mengandung 7.000 kebaikan dan semuanya itu dirangkum dalam 7 kalimat, yang masing-masing kalimat mengandungi 1000 kebaikan. Ketujuh kalimat itu adalah : 1. Diam itu merupakan ibadah tanpa susah payah 2. Diam itu merupakan perhiasan tanpa emas permata 3. Diam itu merupakan kewibawaan tanpa kekuasaan. 4. Diam itu merupakan benteng tanpa pagar 5. Diam itu merupakan kekayaan tanpa merendahkan orang lain 6. Diam itu merupakan istirahat bagi malaikat pencatat amal keburukan 7. Diam itu merupakan penutup keaiban Ada yang mengatakan, bahwa diam itu merupakan hiasan bagi orang yang cerdik pandai manakala sebagai tirai bagi orang yang tidak berilmu. Diriwayatkan dari nabi Isa bin Maryam, beliau berkata : Setiap perkataan yang bukan dzikir kepada Allah ta'ala itu tidak ada gunanya. Setiap diam yang bukan untuk berfikir adalah kelalaian. Setiap pandangan yang bukan untuk mengambil pelajaran adalah sia-sia. Maka, ber...

Penduduk Yang Serang Saya Dulu.

Imej
“APA yang tersebar di laman sosial menerusi video itu adalah secebis daripada kejadian asal kerana ada beberapa bahagian mengenai penutupan jalan tidak disebarkan,” dakwa EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkaitan klip video yang tular beliau bertelagah dengan penduduk kampung. Beliau menganggap video yang tular adalah tindakan untuk memburukkan dirinya. Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu akur dengan tersebarnya video itu kerana sudah sedia maklum sifat manusia yang lebih terarah menggali keburukan, berbanding mengangkat kebaikan. “Yang disebarkan hanyalah sisi buruk, sisi saya mendengar, memuji atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan,” katanya melalui kenyataan media petang ini. Norhizam mendakwa, kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu ketika dia tiba di lokasi kejadian dan sedang bersalaman dengan penduduk di Taman Akasia, di Melaka sebelum didatangi sekumpulan individu yang ber...

Periksa Alat Sulit Sebelum Masuk Tandas

Imej
KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memeriksa alat sulit mereka terlebih dahulu sebelum memasuki mana-mana tandas. Mohd Asri berkata, kekeliruan golongan LGBT ketika ini dilihat semakin parah sehingga membawa kepada kekeliruan dalam memilih tandas untuk dimasuki mengikut jantina. "Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? "Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, di sini, hari ini. Beliau berkata, seandainya air kecil yang keluar itu melalui alat sulit lelaki, golongan itu mestilah memasuki tandas lelaki. "Jika (air kecil) keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas w...

Lelaki Penjawat Awam Ditahan Kerana Berkahwin Gadis Bawah Umur

Imej
Pihak polis berjaya memberkas seorang penjawat awam yang berkahwin dengan seorang pelajar bawah umur di selatan Thailand pada awal tahun ini. Suspek yang berusia 52 tahun ditahan pada tengahari kelmarin susulan dari laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa yang berusia 16 tahun. Berdasarkan siasatan suspek telah menjalin hubungan sulit dengan mangsa bermula pada Ogos 2016 dan pernah membawa mangsa kedalam sebuah bilik hotel terkemuka pada 5 Ogos 2016 dan mengadakan hubungan intim atas dasar suka sama suka. Ketika itu mangsa berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah menengah konowit. Pada 14 Mac lalu, nenek mangsa yang berusia 63 tahun membuat satu laporan polis bahawa cucunya telah hilang selepas mangsa melarikan diri dari rumah. Namun lebih mengejutkan pengadu, cucunya itu pulang semula ke rumah selepas dihantar suspek pada selasa lalu dan mendakwa mereka telah berkahwin di selatan Thailand. Suspek turut memberitahu mereka bernikah mengikut ajaran islam Narathi...

Bintang Porno Bakal Disaman Oleh Peguam Donald Trump

Imej
AMERIKA SYARIKAT: Seorang bintang porno yang dikaitkan dengan Presiden Donald Trump berkemungkinan bakal disaman kerana telah melanggar perjanjian yang dipersetujui. Peguam kepada Trump menyatakan bahawa Stormy Daniels boleh disaman sehingga AS$20 juta (RM78.18 juta) kerana telah mendedahkan hubungan sulitnya kepada perhatian umum. Seorang peguam daripada syarikat Essential Consultants yang membayar Daniels sebanyak AS$130,000 (RM508,169.81) mengikut perjanjian itu, bagaimana pun bertindak untuk memfailkan dakwaan terhadap Daniels. Perkara ini dibuat kerana Daniels dilaporkan telah melanggar perjanjian terbabit sebanyak 20 kali dan bertindak menghentam Trump serta turut mendedahkan kecurangan presiden berkenaan. “Perjanjian Penyelesaian membenarkan ganti rugi kerosakan sebanyak satu juta dolar (RM3.91 juta) bagi setiap pelanggaran.” Terdahulu, Daniels didakwa telah menandatangani satu perjanjian secara tertutup bagi merahsiakan hubungannya dengan Trump sebelum berlakunya pilihan raya...

Rumah Dalam Filem 'The Hobbit' Dan 'Lord Of The Rings' Di Dunia Realiti.

Imej
Sudah pasti anda semua pernah menonton filem The Hobbit atau Lord Of The Rings di bawah arahan J.R.R. Toliens. Pastinya anda berasa kagum menyaksikan kedua-dua filem ini kerana ianya memaparkan mengenai suatu tempat yang tidak dapat terjangkau oleh akal fikiran kerana pemandangan tempat yang dipaparkan itu pasti akan membuatkan anda semua tercengang. Namun, berita baik buat anda semua adalah tempat penggambaran bagi kedua-dua filem tersebut ternyata bukanlah fantasi semata-mata. Semua ini adalah realiti yang pasti akan membuatkan anda sendiri tidak percaya kerana lokasi penggambaran terbabit benar-benar wujud di dunia ini. Ianya bukanlah lukisan mahupun ilustrasi kerana difahamkan kini anda boleh melawat kawasan penggambaran terbabit yang terletak di Tomich, Scotland di mana anda dapat melihat sendiri keindahan kediaman tersebut. Pemilik kediaman terbabit, Stuart Grant yang mencipta kediaman tersebut merasakan bahawa kediamannya itu mampu menarik peminat filem terbabit dan ternyata ...

Yusuf Azmi Tidak Lagi Bersama PPIM Adalah Fitnah.

Imej
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu bahawa Yusuf Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah meninggalkan jawatan tersebut dan tidak lagi bersama PPIM. Kenyataan itu telah disebarkan menerusi satu laman sosial Malaysia Gazette namun terbaharu menerusi akaun Facebook milik PPIM, kenyataan yang disebarkan itu dipercayai adalah fitnah semata-mata. Menerusi Malaysia Gazette, Ketua Aktivis bagi PPIM iaitu Datuk Nadzim Johan dipercayai telah menyatakan bahawa Yusuf Azmi sudah tidak lagi bersama PPIM. Namun, pihak PPIM sendiri turut menegaskan bahawa sebelum ini ketua bagi aktivis tersebut sama sekali tidak pernah ditemu ramah oleh pihak Malaysia Gazette. Pihak PPIM dalam pada masa yang sama turut meminta agar segala berita palsu ini diberhentikan dengan kadar segera dan berharap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini tidak lagi berbuat perkara seperti ini lagi. Selain itu, sebelum ini pihak PPIM ada menyatakan baha...

Video Kes Bunuh Penggal Kepala Di Sri Aman Palsu

Imej
KUCHING: Baru-baru ini telah tular di laman sosial apabila pihak polis telah berjaya menemui satu kepala manusia tanpa badan dipercayai telah dipenggal oleh suaminya sendiri. Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Sri Aman namun, semalam sebuah video telah di muat naik oleh seorang pengguna Facebook turut menjadi viral di mana video terbabit dikatakan berkaitan dengan kes pembunuhan terbabit. Bagaimanapun, menurut pihak polis video yang viral terbabit sama sekali tidak berkaitan dengan kes pembunuhan ngeri terbabit dan ternyata semuanya adalah palsu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar meminta agar pihak netizen tidak lagi memviralkan video terbabit supaya sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak polis tidak terganggu. Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kenedy Morie bertanggungjawab menyebarkan video tersebut di mana dia juga turut mendakwa bahawa video terbabit mempunyai hubung kait dengan kes bunuh yang terjadi di Sri Aman....

Pesakit Tidur Berbantalkan Kakinya Yang Telah Dipotong

Imej
INDIA: Telah viral baru-baru ini apabila beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki yang menjadikan kakinya sendiri sebagai bantal untuk tidur semasa mendapatkan rawatan kemalangan di sebuah hospital. Kejadian ini dipercayai telah berlaku di India di mana lelaki terbabit yang berusia 28 tahun itu telah terbabit dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kakinya itu dipotong. Akibat daripada tularnya perbuatan tersebut, seorang pegawai perubatan kecemasan, seorang doktor dan dua jururawat di Hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmibal, Jhansi, India telah digantung tugas buat sementara waktu. Mangsa yang dikenali sebagai Ghanshyam Singh itu mengalami kecederaan parah selepas bas sekolah yang dipandunya terbabas dan terbalik apabila dia cuba untuk mengelak sekawan lembu yang tiba-tiba melintas. Kemalangan tersebut telah menyebabkan 25 orang pelajar dari sebuah sekolah awam di Mauranipur turut mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. Bagaimana pun, menurut pengetua kolej perub...

Betul Ke Anak Kedua Ni Selalunya Perangainya Pelik Dari Adik Beradik Yang Lain?

Imej
Benarkah anak kedua unik berbanding adik beradik yang lain? Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri. Anak kedua merupakan anak tengah di antara kakak atau abang dan adik-adik. Anak kedua dikatakan sering mengalah kerana perlu hormat kepada kakak/abang dan adik-adik yang lain. Tidak hairan sekiranya anak kedua sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal kerana perlu beralah kepada adik beradik yang lain. Ahli psikologi Alfred Adler membuktikan beberapa fakta menarik mengenai anak kedua. Anak kedua sering merasa terasing seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri, mungkin kerana ibu bapa sering memberi perhatian yang lebih kepada anak pertama kerana kelahiran pertama adalah yang sering dinanti-nantikan. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain. Selain anak pertama, anak bongsu juga sering diberi perhatian lebih kerana masih kecil d...

Gara-Gara Langgar Lari, Lelaki Nekad Tanam Kereta Belakang Rumah

Imej
CHINA: Oleh kerana ingin mengelakkan dirinya ditangkap polis gara-gara melakukan kesalahan langgar lari, seorang lelaki nekad menanam kereta miliknya di belakang rumah kerana ingin menghapuskan bukti. Dalam pada masa yang sama, lelaki terbabit yang tidak didedahkan identitinya itu juga turut membuang peralatan lain yang digunakan untuk menggali itu ke dalam sungai yang berdekatan untuk mengelakkan perbuatannya itu dihidu pihak berkuasa. Namun, segala-galanya telah terbongkar selepas pihak polis berjaya menemui kereta terbabit yang tertanam itu setelah menerima laporan mengenai kes tersebut. Bagaimana pun, lelaki terbabit dikatakan telah melarikan diri selepas siap menanam keretanya namun dengan tindakan pantas pihak polis, dia akhirnya berjaya juga ditangkap. Kejadian langgar lari terbabit dipercayai berlaku apabila dia telah melanggar seorang pejalan kaki serta dua orang penunggang basikal elektrik di sekitar kawasan pendalaman iaitu Dali. Mangsa yang dilanggar itu dikatakan telah m...

Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Imej
Kelahiran seorang insan yang bergelar anak adalah sangat dinanti-nantikan  oleh setiap pasangan suami isteri. Tiada pasangan yang tidak mahu memiliki zuriat. Bagi mereka anak merupakan punca rezeki mereka bertambah dari hari ke hari. Anak merupakan satu anugerah yang terindah patut disyukuri oleh semua insan. Mereka ini sepatutnya di belai,dimanja dan didik sebaik mungkin oleh ibu dan ayah.Namun tahukah anda tentang EDD (Estimated Due Date)? Tidak semua anak yang dilahirkan mengikut tarikh jangkaan mereka. Jadi mari kita kaji fakta menarik tentang kelahiran. Pertama, hanya 5% bayi yang dilahirkan tepat pada tarikh EDD mereka. Kebanyakannya bayi dilahirkan pada minggu ke 37 dan 42 kehamilan. Tempoh kehamilan adalah 40 minggu dari hari pertama period terakhir anda. Tetapi hanya 5% sahaja yang dilahirkan tepat pada waktu jangkaan. Tanda-tanda kelahiran adalah berbeza-beza bagi setiap ibu yang bakal melahirkan zuriat mereka. Kedua, tahukah anda rahim ibu akan...

Video Gara-Gara Disuruh Bayar Dahulu, Lelaki Ini Mengamuk Di McDonald's.

Imej
Satu video berdurasi 1 minit 34 saat telah menjadi di laman sosial gara-gara seorang pelanggan telah mengamuk dan memarahi pekerja sebuah restoran makanan segera iaitu MacDonald's. Kejadian ini difahamkan berlaku di Singapura di mana video tersebut diambil oleh seorang pelanggan di kawasan terbabit. Melalui rakaman video tersebut, dilihat seorang lelaki yang memakai baju berwarna hitam di samping seorang wanita bertindak secara kasar dengan memarahi seorang pekerja wanita. Difahamkan, kejadian ini berlaku disebabkan oleh aiskrim RM 1 yang dijual di dalam MacDonald's terbabit di mana lelaki tersebut datang untuk membelinya. Pekerja terbabit difahamkan meminta lelaki tersebut membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum membeli namun lelaki terbabit berkeras dan mulai berang apabila pekerja terbabit meminta wang daripadanya. Perbuatan tersebut telah mencetuskan huru-hara di dalam kawasan terbabit dan dapat dilihat pekerja wanita tersebut sedaya upaya cuba menerangkan bahawa semua...

Video - Wanita Ini Beri Penjelasan Isu Makan Daging Babi

Imej
Video berdurasi selama 2 minit 58 saat memaparkan seorang wanita bertudung dipercayai warga Indonesia yang sebelum ini tular di media sosial kerana makan daging babi memuat naik semula memohon maaf dan menjelaskan tentang isu daging tersebut. Katanya daging tersebut sebenarnya bukanlah daging babi, ianya daging ayam. Dia sengaja berkata daging itu daging babi kerana mahu mengalih perhatian umum dan tidak menyangka akan mendapat tanggapan negatif daripada ramai pihak. Dia juga memohon maaf kepada warga Taiwan, Singapura, dan Hongkong kerana membabit nama 3 negara itu dalam videonya yang sebelum ini dengan berkata sekiranya rakyat negara itu berkata tidak pernah makan daging babi mereka berbohong. Menurutnya hanya terdapat beberapa majikan sahaja yang tidak faham mengenai status haram daging tersebut dan memaksa pekerjanya makan namun majikannya sesekali sesekali tidak pernah memaksa makan daging tersebut dan memahami bahawa daging tersebut haram di makan oleh orang muslim. Editor:Ann...

Tanda-Tanda Penyakit Kanser Yang Sering Kita Abaikan

Imej
Sudah menjadi kebiasaan individu yang mempunyai penyakit kanser dapat mengesan penyakit tersebut apabila sudah menjadi kritikal. Terdapat beberapa gejala yang menunjukkan anda mempunyai kanser, namun tidak semua yang mengalami gejala ini mempunyai kanser. Pemeriksaan rutin haruslah dilakukan untuk mengesan tanda-tanda kanser diperingkat awal bagi membantu anda merawat dengan mudah. Tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu anda menyusun jadual, mengatur hidup anda dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya mengikut perkembangan penyakit anda kerana ia akan memudahkan anda mengatasi penyakit kanser anda dengan lebih cekap dan berkesan. Terdapat beberapa jenis gejalan iaitu gejala tidak lansung dan gejala yang boleh dilihat pada badan. Antara gejala tidak lansung adalah sesak nafas, kerap demam, menghadapi kesukaran untuk menelan, kelemahan dan keletihan, kekenyangan serta anorexia. Manakala gejala yang boleh dilihat pada badan adalah pendarahan rektum atau darah, ketulan di ba...