Bintang Porno Bakal Disaman Oleh Peguam Donald Trump


AMERIKA SYARIKAT: Seorang bintang porno yang dikaitkan dengan Presiden Donald Trump berkemungkinan bakal disaman kerana telah melanggar perjanjian yang dipersetujui.

Peguam kepada Trump menyatakan bahawa Stormy Daniels boleh disaman sehingga AS$20 juta (RM78.18 juta) kerana telah mendedahkan hubungan sulitnya kepada perhatian umum.

Seorang peguam daripada syarikat Essential Consultants yang membayar Daniels sebanyak AS$130,000 (RM508,169.81) mengikut perjanjian itu, bagaimana pun bertindak untuk memfailkan dakwaan terhadap Daniels.

Perkara ini dibuat kerana Daniels dilaporkan telah melanggar perjanjian terbabit sebanyak 20 kali dan bertindak menghentam Trump serta turut mendedahkan kecurangan presiden berkenaan.

“Perjanjian Penyelesaian membenarkan ganti rugi kerosakan sebanyak satu juta dolar (RM3.91 juta) bagi setiap pelanggaran.”

Terdahulu, Daniels didakwa telah menandatangani satu perjanjian secara tertutup bagi merahsiakan hubungannya dengan Trump sebelum berlakunya pilihan raya pada tahun 2016.

Perjanjian yang dibuat itu bagaimana pun dikatakan telah menjurus tuduhan bayaran itu bersamaan dengan sumbangan haram kepada kempen yang dijalankan oleh presiden Amerika itu.

Dalam pada masa yang sama, peguam Michael Avenatti juga turut memfailkan tuntutan bagi pihak Daniels pada awal bulan ini di mana dia akan menuntut untuk mengetepikan perjanjian sulit yang berlaku itu.

Bagaimanapun, tuntutan yang difailkan itu mendakwa bahawa Daniles telah mula menjalinkan hubungan intim dengan Trump bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Dalam pada itu, satu kenyataan juga turut dikeluarkan oleh Rumah Putih bagi menafikan berlakunya sebarang hubungan seksual di antara Trump dan Daniels.

Sebelum ini, Daniels dipercayai telah menawarkan diri untuk memulangkan AS$130,000 yang diterimanya.

Ini kerana dia ingin mendedahkan sendiri dan bercakap secara terbuka mengenai hubungannya dengan Trump.

Daniels juga turut diminta supaya membenarkan mesej teks, gambar dan video yang berkaitan dengan Trump itu didedahkan kepada perhatian umum.

Sebelum ini, ketika kempen Presiden sedang berlangsung, satu pita video mulai tersebar mengenai Trump bahawa dia berbangga kerana dia boleh sewenang-wenangnya mencabul wanita tanpa perlu didakwa oleh mana-mana pihak.

Selain itu, beberapa orang wanita juga turut menuduh pemimpin yang berusia 71 tahun itu telah melakukan salah laku seksual terhadap wanita yang didekatinya. 

Bagaimanapun, Trump bertindak dengan menafikan semua tuduhan tersebut dan menganggap semua itu adalah satu pembohongan malah turut mendakwa bahawa ulasan pita yang tersebar itu telah dipalsukan. Sumber: Sinar Harian, Editor: S




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja