Saya Tak Tahu Bagaimana Paku Boleh Ada Dalam Kepala


Beijing: Misteri sakit kepala dialami pekerja kilang akhirnya terjawab apabila doktor menemui paku sepanjang 48 milimeter di dalam kepalanya.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 43 tahun dikenali sebagai Hu itu bekerja di sebuah kilang simen di Chongyang, wilayah Hubei, China.

Perkara itu mengejutkan doktor melakukan imbasan CT terhadap lelaki terbabit dan mendapati paku terbenam dalam bahagian kanan kepalanya.

South China Morning Post melaporkan, ia benar-benar membingungkan mereka memandangkan keadaan kesihatan Hu agak baik dan bacaan tekanan darahnya juga normal.

Sebelum itu, Hu mengadu sakit kepala yang semakin teruk pada Jumaat lalu.

“Saya tidak tahu bagaimana paku itu boleh berada di dalam kepala. Tugas saya di kilang hanyalah memantau kamera pengawasan di kilang.

“Kerja yang saya lakukan langsung tidak ada kena-mengena dengan penggunaan paku,” katanya.

Dia akan ke sebuah hospital di ibu kota wilayah Wuhan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan paku itu. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja