Pemilik ZurinJundi Wedding Planner Ditahan Polis

Selepas kecoh di media sosial mengenai kisah Zurin Jundi Wedding Planner yang dikatakan telah menipu pelanggan-pelanggannya sehingga laporan polis terpaksa di buat oleh mangsa terhadap beliau berhubung penipuan yang dilakukan olehnya.

Malah pemilik Zurin Jundi juga telah ditahan semalam selepas dia telah dikepung oleh sekumpulan mangsa penipuan beliau yang rata-ratanya melahirkan amarah mereka kerana apa yang di harapkan tidak seperti yang di ingini malah pengantin serta keluarga terpaksa menanggung malu akibat daripada perbuatannya itu.

Sejak semalam telah tular video mengenai Zurin Jundi yang seperti menganiayai pasangan pengantin yang memberitahu bahawa beliau telah pun mengambil duit daripada pihak mereka namun amat memalukan apabila para tetamu yang hadir terpaksa pulang dengan perut kosong apabila makanan katering yang di pesan tidak jua kunjung tiba.

Tidak cukup dengan masalah katering, pelanggan tersebut turut menyuarakan ketidakpuasan hati apabila pelamin yang ditempah berbeza sama sekali dengan apa yang di minta dan menurut pelanggan tersebut pelaminnya itu kelihatan seperti reban ayam.

Menurut sumber yang diperolehi terdapat sekurang-kurangnya 91 mangsa yang telah menjadi mangsa penipuan oleh pemilik Zurin Jundi yang dulu dikatakan pemilik Zurin Jundi telah menggunakan nama Gubahsanding sebelum menukar nama syarikatnya kepada Zurin Jundi dipercayai kerana masalah yang sama berlaku pada ketika ini.

Terdapat banyak gambar bukti yang disebarkan oleh mangsa-mangsa yang di muat turun di media sosial yang menunjukkan keadaan majlis gilang gemilang mereka yang bertukar menjadi majlis yang paling memalukan buat pasangan pengantin serta ahli keluarga.

Dengan tersebarnya kejadian yang menimpa mangsa penipuan wedding planner dinasihatkan agar semua bakal-bakal pengantin di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih wedding planner hari bahagia mereka supaya kejadian ini tidak menimpa mereka.

Bakal pengantin dinasihatkan supaya menempah wedding planner yang dipercayai serta memiliki rekod servis yang memuaskan atau lebih selamat kalau jadi wedding planner sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja