Pengasuh Hina Ibu Serta Anak Jagaannya, Duit Nak Tapi Tanggungjawab Tak Nak.

Zaman sekarang ini dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta dengan keadaan ekonomi yang pasang surut ini amat memerlukan komitmen yang tinggi buat sesebuah keluarga dalam menampung perbelanjaan sekeluarga.

Maka dengan secara tidak langsungnya  memerlukan kedua-dua belah pihak suami isteri keluar bekerja dalam memenuhi keperluan hidup apatah lagi jika yang mempunyai anak sudah pasti memerlukan bajet yang secukupnya dalam memastikan tiada kekurangnya buat insan tersayang.

Keperluan hidup memaksa pasangan suami isteri keluar bekerja mencari nafkah buat keluarga sehinggakan anak yang masih kecil terpaksa di tinggalkan di rumah pengasuh dan dalam hati amat berharap orang yang kita percayai untuk menjaga anak kita akan menjaganya seperti mana kita menjaga mereka.

Namun segala kepercayaan meninggalkan anak bersama pengasuh kadang kalanya bukan semuanya yang baik, terdapat segelintirnya melakukan pekerjaan tersebut semata-mata kerana mahukan pendapatan dan tiada keikhlasan dalam melakukan pekerjaan tersebut.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang menghantar anaknya ke taska kerana perlu keluar bekerja bagi menjalankan tangung jawabnya membantu meringankan beban suami tidak menyangka bahawa pengasuh anaknya itu tergamak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap anak kecilnya itu.

Pengasuh yang dikenali sebagai LilLuu telah memuat naik kata-kata yang tidak seharusnya di laman media sosial terhadap anak asuhannya dengan menggambarkan kanak-kanak tersebut seperti anak monyet kerana tidak tahu nak duduk diam.

Kenyataan yang dimuat naik oleh LilLuu tersebut telah menjadi tular di media sosial serta telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

LilLuu dalam kenyataannya memberitahu bahawa ibu kepada anak jagaannya itu berlagak bagus nak suruh tolong tengokkan anaknya yang seperti anak monyet itu kerana tidak reti nak duduk diam.

Tetapi jika dilihat dari gambar itu, apalah yang diketahui oleh anak sekecil itu yang masih lagi tidak memahami apa-apa malah makan dan minum pun masih perlu di suap oleh orang dewasa tetapi sebagai pengasuh itu sememangnya tugas belaiau dan tidak perlulah nak mengeluh segala bagai.

Malah pengasuh tersebut juga turut memperlekehkan ibu kanak-kanak tersebut yang menghantar anaknya ke taska dalam keadaan yang masih belum mandi serta menghina ibu kanak-kanak tersebut yang dikatakan tidak mampu untuk membeli pakaian untuk anaknya sehinggakan anaknya itu terpaksa memakai seluat yang di ikat dengan getah.

Sebagai seorang pengasuh ini bukan sesuatu sikap yang patut di tunjukkan oleh seseorang yang mengambil upah bagi menjaga kanak-kanak, dahla duit kau ambil tapi siap boleh hina pula orang yang menjadi punca reseki kau.

Apalah nak jadi dengan dunia ini, dah tahu tugas pengasuh ini menjaga kanak-kanak, memandikan, memberikan makan jadi tak perlulah nak komplen sebab itu memang dah tugas sebagai pengasuh dan kalau nak komplen macam itu tak payahlah nak jadi pengasuh.

Cubalah kalau diri sendiri ada ditempat ibu kanak-kanak tersebut, apa perasaan kalau orang yang dipertanggung jawabkan menjaga anaknya itu sebaliknya melontarkan kata-kata sedemikian terhadap anaknya itu baru dia tahu langit ini tinggi ke rendah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja