Roberto Carlos Ke Penjara Kerana Gagal Bayar Nafkah.

Rio De Janeiro - Seorang bekas pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid telah dijatuhi hukuman penjara selepas dikatakan gagal membayar nafkah anak-anaknya.

Menurut laporan agensi berita China Xinhua, Roberto Carlos, 44 tahun telah dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah keluarga di sini apabila dia di dapati gagal membayar tuntutan nafkah sebanyak 61,000 reais iaitu bersamaan kira-kira US$20,000 kepada bekas isterinya Barbara Thurler.

Carlos dikatakan mempunyai sembilan orang anak dan dua daripadanya adalah merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama dengan Barbara.

Menurut hakim Mayane De Castro , keluarga bekas isterinya itu telah menolak permintaan Carlos yang meminta untuk membayar jumlah yang tertugak itu dengan cara ansuran.

Fernando Pittner yang merupakan peguam kepada Carlos membertahu bahawa perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan tanpa memerlukan Carlos dipenjarakan namun kini ianya menjadi semakin rumit.

Carlos merupakan bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi sebanyak 125 kali dengan pasukan kebangsaan Brazil.

Carlos kini dikatakan menetap di sepanyol serta telah menjadi duta buat kelab bola sepak Real Madrid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja