Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sukan Luar Negara

Manchester City mencatat kemenangan terbanyak Liga Perdana

Imej
LONDON- Manchester City yang di kendalikan Pep Guardiola, mencatatkan rekod kemenangan baru liga perdana Inggeris di awal pagi tadi menewaskan Swansea City. Manchester City menjulang kemenangan ke 15 secara berturut-turut hasil kemenangan 4-0 ke atas Swansea City yang di rekodkan selepas di jenamakan kembali sebagai Liga Perdana Inggeris pada 1992. Manchester City sebelum ini pernah menduduki tangga kedua dan keempat apabila berterusan mencatatkan rekod cemerlang. Pada musim Liga Perdana Inggeris ke 13 dan 14, Arsenal telah melakar rekod kemenangan terbanyak berturut-turut yang membolehkan mereka menjulang piala FA dan gelaran liga buat kali kedua di bawah Arsene Wenger tetapi kini lebur di tangan City. Pengurus City, Guardiola menebus kesilapan pada kempen keduanya dengan membawa kelab itu jauh ke puncak liga hasil gaya pemain penyerang terbaik pernah disaksikan bola sepak Inggeris. City hanya tercicir dua mata sejak awal musim, seri 1-1 dengan Everton pada pe...

Manchester : Mourinho Menafikan Dakwaan!!!

Imej
MANCHESTER - Jose Mourinho telah menafikan dakwaan bahawa pemain Manchester United yang menjadi punca kepada tercetusnya kekecohan sebaik berakhirnya aksi tetangga Manchester di Old Trafford, pada Ahad lalu. Namun buat masa ini FA England sedang menyiasat bahawa dakwaan yang mengaitkan 15 individu terbabit dalam insiden itu yang difahamkan berpunca daripada tindakan Mourinho mengarahkan pemain Manchester City merendahkan suara sewaktu meraikan kemenangan berkenaan. Bagaimanapun tindakan itu mengakibatkan Mourinho dibaling dengan sekotak susu sebelum barisan pemain dan staf kedua-dua pasukan mula bertengkar yang mana menyaksikan jurulatih City, Mikel Arteta mengalami kecederaan di bahagian bawah mata akibat terkena botol plastik. Apabila ditanya mengenai laporan yang mengatakan botol air terkena Arteta yang dilempar oleh penyerang United, Romelu Lukaku, Mourinho berkata, "tunjukkan bukti dan hukumlah dia." Pep Guardiola iaitu pengurus City yang mana pasukannya...

Ronaldo Tidak Puas Hati Dengan Gaji Baharu Messi

Imej
PEMAIN  bola sepak bagi pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dikatakan menunjukkan reaksi tidak senang dengan perjanjian baharu Lionel Messi di Barcelona. Lionel Messi yang juga pemain dari Argentina itu setuju menandatangani kontrak baharu bersama Barca selama tiga tahun sehingga tahun 2021. Spekulasi bahawa dia akan meninggalkan kelab itu telah tamat dengan keputusannya apabila dia akan berpindah bebas pada musim panas akan datang. Namun tidak semua orang gembira dengan berita tersebut. Ronaldo dikatakan marah apabila mendapat tahu mengenai Messi kini dibayar gaji €640,000 seminggu atau €100 juta sepanjang kontraknya, menurut laporan di Sepanyol. Ronaldo juga memperoleh gaji lebih dari €400,000 seminggu dan dilihat tidak akan ditawarkan kenaikan gaji. Dalam pada itu, Ronaldo juga dikatakan mempunyai kontrak dengan Kelab la Liga sehingga tahun 2021. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

Roberto Carlos Ke Penjara Kerana Gagal Bayar Nafkah.

Imej
Rio De Janeiro - Seorang bekas pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid telah dijatuhi hukuman penjara selepas dikatakan gagal membayar nafkah anak-anaknya. Menurut laporan agensi berita China Xinhua, Roberto Carlos, 44 tahun telah dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah keluarga di sini apabila dia di dapati gagal membayar tuntutan nafkah sebanyak 61,000 reais iaitu bersamaan kira-kira US$20,000 kepada bekas isterinya Barbara Thurler. Carlos dikatakan mempunyai sembilan orang anak dan dua daripadanya adalah merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama dengan Barbara. Menurut hakim Mayane De Castro , keluarga bekas isterinya itu telah menolak permintaan Carlos yang meminta untuk membayar jumlah yang tertugak itu dengan cara ansuran. Fernando Pittner yang merupakan peguam kepada Carlos membertahu bahawa perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan tanpa memerlukan Carlos dipenjarakan namun kini ianya menjadi semakin rumit. Carlos merupakan bekas pemain bola sepak yang pernah be...

Selamat Tinggal Barcelona, Neymar Setuju Sertai PSG

Imej
Perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia, selepas Neymar bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk bersama Paris Saint-Germain. Menurut laporan mStar Online, Neymar akan bertolak ke Paris dalam masa dua hari lagi, Neymar memutuskan untuk meninggalkan Barcelona berikutan perbincangan di Rio de Janeiro pada awal bulan Julai lalu. Neymar telah ditawarkan gaji asas £26.8 juta setahun, selepas cukai, sekitar £515,000 seminggu, Barcelona mengesahkan klausa pembelian tersebut perlu 'didepositkan sepenuhnya'. Menurut laporan Sky Sports, pertemuan ejen Pini Zahavi dan bapanya berlaku di Brazil awal bulan lalu melibatkan Neymar, bapanya dan ejen Pini Zahavi yang telah bersetuju dengan perjanjian itu. Ejen Zahavi telah mengenali Neymar sejak berumur 17 tahun dan telah menjadi salah seorang penasihat terdekatnya. Menurut Sky Sports lagi "Sejak Neymar memutuskan untuk pergi ke Paris Saint-Germain, dia berdepan tekanan besar supaya kekal di Barcelona...

Lagi Video Pergaduhan Besar Dalam Padang Di Liga China.

Imej
Liga mahal di dunia, Liga Super China sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila berlaku pergaduhan besar ketika perlawanan di antara Guangzhou R&F dan Shanghai SIPG. Pergaduhan bermula apabila pemain import Shanghai SIPG, Oscar dos Santos atau lebih dikenali sebagai Oscar menendang bola dua kali terkena kepada pemain Guangzhou hingga menyebabkan pemain lawan marah dan menolaknya hingga jatuh. Bermula dari itu terus pergelutan antara dua pasukan berlaku dengan para pemain berkumpul dan saling menarik antara satu sama lain. Pergaduhan besar itu berlarutan beberapa minit sebelum pengadil dan pembantunya dapat mententeramkan keadaan. Pemain berjersi 35 Guangzhou dan pemain berjersi 23 Shanghai dilayangkan kad merah akibat insiden itu. - Malaysiakini

Video Neymar Dicabar Jaringkan Gol Dari Bangunan Tinggi.

Imej
Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak Barcelona, Neymar, beliau telah dijemput menghadiri sebuah rancangan televisyen yang di hoskan oleh Jimmy Kimmel. Pemain sensasi Barcelona Neymar telah muncul dalam program bual bicara popular, Jimmy Kimmel semalam. Pada rancangan tersebut, Jimmy telah memberikan cabaran kepada Nemyar untuk melakukan sepakan bebas dari atas bumbung rumahnya ke atas bumbung bangunan di hadapan untuk menjaringkan gol. Bagaimana aksi Neymar ketika melakukan cabaran yang diberikan ini? adakah beliau berjaya menjaringkan gol dengan sepakan bebas yang 'luar biasa' Saksikan aksi Neymar melakukan cabaran sepakan bebas dalam program Jimmy Kammel.-MalaysiaKini

Video Aksi Anak Lelaki Ronaldo Jadi Tular Ketika Final Liga Juara Eropah.

Imej
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itu peribahasa paling tepat bagi menggambarkan Cristiano Junior yang baru berusia enam tahun. Mana tidaknya, sejurus aksi final Liga Juara Eropah berakhir dengan kemenangan bergaya Real Madrid. Cristiano Junior mempamerkan aksi 'luar biasa' mengelecek serta memperdaya tiga rakannya padang ketika bapanya, Cristiano Ronaldo dan para pemain lain sedang sibuk meraikan kejayaan. Aksi Cristiano Junior mendapat liputan meluas serta turut mendapat sorakan penonton di stadium yang kagum dengan kehebatannya. Apa mau di kata, lihat saja siapa bapanya, itu bukan sesuatu yang sangat mengejutkan. - Malaysiakini   

Bintang Manchester Paul Pogba Menunaikan Umrah??

Imej
BIntang Manchester United Paul Pogba dikatakan sedang mengerjakan umrah sempena kedatangan Ramadan. Perkara ini diketahui melalui dua gambar yang tular di seluruh dunia, menunjukkan seorang lelaki sedang mengerjakan umrah, mirip wajah Pogba. “Paul Pogba di Makkah hari ini, melakukan umrah,” tulis seorang pengguna akaun Twitter @AkhiNextDoor. Sehubungan itu, Bersama tweet itu adalah dua gambar yang dikatakan Pogba sedang memakai ihram. Jika benar itu dirinya, ini bermakna Pogba yang sebelum ini memiliki rambut warna emas tetapi telah menghitamkan semula rambutnya. Sebelum gambar ini tersebar, Pogba telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram peribadinya. Menerusi video tersebut, dia memegang sebuah bagasi putih bersama beg sandang untuk pergi ke suatu tempat yang tidak dinyatakan. “Dalam perjalanan bagi mengucapkan terima kasih untuk tahun ini. Jumpa lagi Manchester,” tulisnya pada gambar tersebut, lapor mStar. Setakat ini pemain ini belum menges...

Kenapa Jersi Ronaldo TIada Dalam Simpanan Messi

Imej
BINTANG bola sepak Barcelona, Lionel Messi telah menunjukkan kegilaannya dalam mengumpul jersi kelab dan pasukan bola sepak seluruh dunia. Telah bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak selama lebih dari 10 tahun, Messi menunjukkan bahawa dia tetap mempunyai masa untuk hobinya ini. Messi pada Selasa telah mendedahkan koleksi yang ada dalam simpanannya di laman Facebook. Dalam gambar yang dimuat naik, Messi duduk bersama anaknya Thiago di dalam sebuah bilik yang dipenuhi koleksi jersi yang luar biasa. Pemain berusia 29 tahun itu dilihat mempunyai jersi yang tertera nama beberapa bintang bola sepak dunia. Antara yang dapat dilihat adalah jersi Paval Nedved, Sergio Aguero, Thierry Henry, Raul, Iker Casillas, Francesco Totti, Philipp Lahm dan Yaya Toure. Bagaimanapun terdapat nama-nama yang kurang dikenali pada jersi yang dikumpulnya seperti Xabi Prieto dari Real Sociedad dan Youssef El Arabi dari kelab Qatar, Lekhwiya. Messi juga menyimpan jersi dengan n...

Penjaga Gol Kejam!!! Bunuh Kekasih Beri Anjing Makan.

Imej
Penjaga gol salah sebuah kelab di Brazil, yang mengarahkan pembunuhan kekasihnya dengan kejam selain memberi makan mayat wanita itu kepada anjing peliharaannya, telah diarahkan kembali ke penjara. Mahkamah Agung Brazil memutuskan demikian selepas menolak rayuan Bruno Fernandes de Souza terhadap hukuman penjara 22 tahun yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini. Bruno merupakan penjaga gol bagi kelab Boa Esporte. Dia telah dibebaskan pada bulan Februari lalu sementara menanti rayuannya ke atas hukuman selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, Eliza Samudio. Ketika pembunuhan itu dilakukan pada 2010, Bruno merupakan bintang bolasepak bagi kelab gergasi tempatan, Flamengo dan dilihat sebagai pemain yang berpotensi untuk menyertai skuad Brazil bagi kelayakan Piala Dunia 2014. Ketika menanti keputusan rayuan terhadap hukuman berkenaan, Bruno telah menyertai kelab Boa Esporte pada bulan Mac lalu namun kemasukannya ke kelab terbabit telah dikecam. Ia juga mengakib...

'Saya Harap Dapat Rogol Dia' - Bekas Bintang Manchester

Imej
BEKAS bintang Manchester City, Adam Johnson yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah seks kanak-kanak, sekali lagi mencetuskan kontroversi yang bakal memudarkan harapan untuk dibebaskan dengan lebih awal. Ia susulan pendedahan rakaman video yang diambil secara rahsia, menunjukkan Johnson mengakui kepada banduan lain bahawa dia berharap dapat merogol kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa jenayahnya. Johnson kini menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak di bawah umur. Bulan lalu merupakan tahun pertamanya di dalam penjara dan bekas pemain berusia 29 tahun itu berharap dapat mengemukakan rayuan ke atas kesalahan serta tempoh hukumannya. Namun rakaman terbaharu itu yang disiarkan oleh portal The Sun ternyata menutup peluang Johnson untuk dibebaskan lebih awal. Dalam klip video itu, Johnson dilihat sedang berbincang dengan banduan lain di kawasan dobi di penjara Moorland di Doncaster. Banduan...

Kemenangan Manchester United Dikaitkan Dengan ‘Sihir’

Imej
KEMENANGAN Manchester United ke atas kelab Belgium, Anderlecht pada awal pagi Sabtu untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir Liga Europa, dikaitkan dengan penggunaan ‘sihir’ oleh pengurusnya sendiri. Ini kerana bos Red Devils, Jose Mourinho dikesan mengeluarkan dan mencium ‘tangkal’ beberapa minit sebelum bintang muda kelab itu, Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan selepas perlawanan tersebut diheret ke masa tambahan. Aksi tersebut dirakamkan pada aksi separuh kedua masa tambahan apabila Mourinho dilihat mengeluarkan objek kecil dari poketnya. Kemudian pengurus kelahiran Portugal itu merenung objek berkenaan sebelum mengangkat dan mencium ‘tangkal’ tersebut sebelum menyimpannya semula. Tidak lama kemudian, Rashford menjaringkan gol kemenangan untuk membantu United mara ke separuh akhir Liga Eropah dengan keputusan agregat 3-2. ‘Tangkal’ itu dipercayai merupakan buku kecil ekoran kelihatan tulisan di atasnya. Mourinho bagaimanapun tidak menyentuh ...

8 Wanita Iran Menyamar Lelaki Tonton Bola Sepak Ditahan.

Imej
Teheran – Lapan wanita Iran ditangkap pihak polis kerana didapati menyamar dengan berpakaian seperti lelaki supaya mereka boleh menonton sebuah perlawanan liga bola sepak lelaki tempatan. Undang-undang syariah di negara Syiah itu mengharamkan wanita daripada menyaksikan perlawanan sukan secara langsung di kawasan lelaki yang menjadi penonton. Mereka dilaporkan media ditahan di Staidum Azadi di sini. Kelapan-lapan suspek cuba menyamar bagi membolehkan mereka menonton perlawanan antara Esteghlal FC menentang Persepolis FC pada 12 Februari lalu, tetapi kini berdepan dengan tindakan undang-undang moral. Ketua Keselamatan ibu kota Iran itu, Alireza Adeli dilaporkan berkata kepada agensi berita Memri, bahawa ini bukan kali pertama perkara sebegitu dikesan masih lagi berlaku meskipun sudah diberi peringatan beberapa kali.  “Pengharaman itu bertujuan untuk menjaga maruah wanita kerana situasi persekitaran, kekecohan dan orang ramai bercampur gaul bebas secara terbuka di ...

Juventus Buat Neymar Menangis

Imej
BARCELONA – Neymar tertekan dan meninggalkan padang sambil menangis ketika Juventus mengikat Barcelona 0-0 di Camp Nou untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-0. Barca sebelum ini bangkit mengatasi defisit 4-0 ketika melawan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi 16 terakhir dengan kemenangan dramatik 6-1 di laman sendiri, lapor BH. Namun Juventus menunjukkan betapa mereka memiliki rekod pertahanan terbaik dalam pertandingan ketika Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar jelas buntu sekali gus gergasi Itali itu berjaya membalas dendam kekalahan mereka di final Liga Juara-Juara 2015. “Kejayaan kami tidak melepaskan gol dalam dua perlawanan melawan Barcelona membuktikan banyak yang boleh diperkatakan mengenai taktikal pasukan. “Mereka memiliki banyak peluang di Turin berbanding malam ini. Pasukan bertahan dengan baik, ” kata bos Juventus Massimiliano Allegri. “Kami sudah cuba dengan kekuatan yang ada, tetapi kami gagal menjaringkan gol,” kata jurul...

5 Gambar Aksi Seksi Penjaga Garisan Curi Tumpuan

Imej
Aksi seksi seorang penjaga garisan dalam satu perlawanan bola sepak di Brazil ternyata mencuri tumpuan penonton dan pemain. Ini kerana Denise Bueno, seorang model tempatan yang memiliki 33,000 pengikut di laman Instagram, memakai baju putih nipis tanpa mengenakan pakaian dalam ketika menjadi penjaga garisan semasa perlawanan amatur antara kelab Desire dan Sporting di Sao Paulo baru-baru ini. Malah pada perlawanan itu, Denise juga sengaja menumpahkan air ke bajunya ketika sedang minum dengan harapan menarik perhatian penonton. Namun bukan sahaja penonton yang memberi tumpuan kepada aksi seksi itu, tetapi pemain yang terlibat dalam perlawanan tersebut juga hilang tumpuan dan banyak menghabiskan masa melihat Denise. Denise ternyata mempunyai bakat untuk menjadi penjaga garisan apabila mampu berlari mengikut kelajuan perlawanan dan pemain. Lebih mengejutkan dia juga tahu beberapa peraturan apabila mengangkat bendera dengan isyarat lontaran ke dalam. Sebelum perlawa...

Cristiano Ronaldo Terlibat Kes Rogol Di Jerman.

Imej
WAKIL Cristiano Ronaldo menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa bintang Real Madrid itu membayar seorang wanita bagi menutup dakwaan kes rogol. Gestifute, syarikat pengurusan sukan yang diasaskan ejen Ronaldo, Jorge Mendes, menolak laporan tersebut dan melabelkannya sebagai satu bentuk fiksyen. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Gestifute sebagai respons kepada artikel tersebut, mereka mengecam tuduhan tersebut dan berkata Ronaldo akan melakukan segala-galanya bagi memberi reaksi balas. Kenyataan tersebut tertulis:"Hari ini, akhbar Jerman, Der Spiegel telah menerbitkan satu artikel berkenaan dengan dakwaan rogol yang ditujukan kepada Cristiano Ronaldo. "Artikel itu tidak membawa makna apa-apa selain satu bentuk fiksyen. "Mangsa yang disebut dalam artikel itu enggan tampil ke hadapan dan mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut. "Der Spiegel menerbitkan laporan tersebut berdasarkan dokumen yang tidak dapat dis...

Messi Digantung Empat Perlawanan Kelayakan Piala Dunia

Imej
PENYERANG Argentina, Lionel Messi digantung empat perlawanan antarabangsa sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu Bolivia kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawai perlawanan. Keputusan tersebut diumumkan enam jam sebelum aksi di La Paz sekaligus menyaksikan pemain terbaik dunia lima kali itu hanya akan bermain satu daripada lima saingan kelayakan Piala Dunia. “Lionel Messi didapati bersalah kerana menggunakan perkataan menghina terhadap penolong pengadil,” jelas satu kenyataan dalam laman web Fifa. “Sebagai hukumannya, Messi akan digantung empat perlawanan dan denda sebanyak 8,110 pound (RM44,552). “Hukuman pertama akan terus dijalankan pada aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Bolivia dan Argentina (Selasa). “Manakala hukuman seterusnya diteruskan pada perlawanan kelayakan berikutnya”. Messi melakukan perbuatan itu kepada penolong pengadil pertama, Emerson Augusto de Carvalho ketika aksi bertemu Chile 23 Mac lalu. Berikutan keputusan it...