Kenapa Jersi Ronaldo TIada Dalam Simpanan Messi
BINTANG bola sepak Barcelona, Lionel Messi telah menunjukkan
kegilaannya dalam mengumpul jersi kelab dan pasukan bola sepak seluruh dunia.
Telah bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak selama
lebih dari 10 tahun, Messi menunjukkan bahawa dia tetap mempunyai masa untuk
hobinya ini.
Messi pada Selasa telah mendedahkan koleksi yang ada dalam
simpanannya di laman Facebook.
Dalam gambar yang dimuat naik, Messi duduk bersama anaknya
Thiago di dalam sebuah bilik yang dipenuhi koleksi jersi yang luar biasa.
Pemain berusia 29 tahun itu dilihat mempunyai jersi yang
tertera nama beberapa bintang bola sepak dunia.
Antara yang dapat dilihat adalah jersi Paval Nedved, Sergio
Aguero, Thierry Henry, Raul, Iker Casillas, Francesco Totti, Philipp Lahm dan
Yaya Toure.
Bagaimanapun terdapat nama-nama yang kurang dikenali pada
jersi yang dikumpulnya seperti Xabi Prieto dari Real Sociedad dan Youssef El
Arabi dari kelab Qatar, Lekhwiya.
Messi juga menyimpan jersi dengan nama rakan-rakannya yang
pernah dan sedang bersama Barcelona termasuklah Cesc Fabregas, Dani Alves,
Gerard Pique dan Luis Suarez.
Kapten Argentina ini turut menyimpan jersi rakan senegaranya
dari Argentina seperti Diego Milito, Angel di Maria dan Pablo Aimar.
Bagaimanapun, dalam lebih kurang 70 helai jersi yang
dilihat, jersi dengan nama Cristiano Ronaldo, saingan terbesarnya tidak kelihatan.
Bertukar jersi selepas perlawanan sudah menjadi tradisi
dalam sukan bola sepak bagi menunjukkan penghargaan dan rasa hormat sesama
pemain walaupun berbeza pasukan.
Tapi, Messi dalam penerbitan Sepanyol, Invictos baru-baru
ini telah mendedahkan bahawa dia tidak mengamalkan tradisi ini.
Katanya, satu-satunya pemain yang dia pernah minta tukar
jersi adalah Zinedine Zidane. – mstar

Ulasan
Catat Ulasan