Juventus Buat Neymar Menangis
BARCELONA – Neymar tertekan dan meninggalkan padang sambil
menangis ketika Juventus mengikat Barcelona 0-0 di Camp Nou untuk mara ke
separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-0.
Barca sebelum ini bangkit mengatasi defisit 4-0 ketika
melawan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi 16 terakhir dengan kemenangan
dramatik 6-1 di laman sendiri, lapor BH.
Namun Juventus menunjukkan betapa mereka memiliki rekod
pertahanan terbaik dalam pertandingan ketika Lionel Messi, Luis Suarez dan
Neymar jelas buntu sekali gus gergasi Itali itu berjaya membalas dendam
kekalahan mereka di final Liga Juara-Juara 2015.
“Kejayaan kami tidak melepaskan gol dalam dua perlawanan
melawan Barcelona membuktikan banyak yang boleh diperkatakan mengenai taktikal
pasukan.
“Mereka memiliki banyak peluang di Turin berbanding malam
ini. Pasukan bertahan dengan baik, ” kata bos Juventus Massimiliano Allegri.
“Kami sudah cuba dengan kekuatan yang ada, tetapi kami gagal
menjaringkan gol,” kata jurulatih Barca Luis Enrique.
Apapun, kejayaan Juventus mengikat Barcelona itu membuktikan
betapa mereka belajar daripada kesilapan PSG.
Dalam aksi berkenaan, barisan Allegri terus menekan Barca
sejak awal dengan menguasai permainan dan memiliki beberapa peluang untuk
menyumbat gol dengan Barca terpaksa menunggu minit ke-19 dengan percubaan Messi
sedikit tersasar. – AFP

Ulasan
Catat Ulasan