'Saya Harap Dapat Rogol Dia' - Bekas Bintang Manchester
BEKAS bintang Manchester City, Adam Johnson yang menjalani
hukuman penjara atas kesalahan jenayah seks kanak-kanak, sekali lagi
mencetuskan kontroversi yang bakal memudarkan harapan untuk dibebaskan dengan
lebih awal.
Ia susulan pendedahan rakaman video yang diambil secara
rahsia, menunjukkan Johnson mengakui kepada banduan lain bahawa dia berharap
dapat merogol kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa jenayahnya.
Johnson kini menjalani hukuman penjara selama enam tahun
kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.
Bulan lalu merupakan tahun pertamanya di dalam penjara dan
bekas pemain berusia 29 tahun itu berharap dapat mengemukakan rayuan ke atas
kesalahan serta tempoh hukumannya.
Namun rakaman terbaharu itu yang disiarkan oleh portal The
Sun ternyata menutup peluang Johnson untuk dibebaskan lebih awal.
Dalam klip video itu, Johnson dilihat sedang berbincang
dengan banduan lain di kawasan dobi di penjara Moorland di Doncaster.
Banduan tersebut mempersoalkan tempoh hukuman yang dikenakan
ke atas Johnson tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Kemudian Johnson membalas,"Saya berharap dapat
melakukannya (rogol) kanak-kanak berusia enam tahun itu.
"Ada banduan yang merogol kana-kanak berusia 12 tahun
dan hanya dipenjara selama 13 bulan.
"Anda tahu apa yang sama maksudkan? Mereka hanya
dipenjara dengan tempoh singkat," katanya.
Bagaimanapun tarikh sebenar video itu dirakamkan tidak dapat
dipastikan sama ada sebelum atau selepas Johnson mengemukakan rayuan.
Malah tiadak maklumat tentang pihak yang mengambil video
tersebut.
Johnson mempunyai anak perempuan berusia dua tahun hasil
hubungan dengan bekas pasangannya, Stacey Flounders.-mStar Online

Ulasan
Catat Ulasan