Kemenangan Manchester United Dikaitkan Dengan ‘Sihir’
KEMENANGAN Manchester United ke atas kelab Belgium,
Anderlecht pada awal pagi Sabtu untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir
Liga Europa, dikaitkan dengan penggunaan ‘sihir’ oleh pengurusnya sendiri.
Ini kerana bos Red Devils, Jose Mourinho dikesan
mengeluarkan dan mencium ‘tangkal’ beberapa minit sebelum bintang muda kelab
itu, Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan selepas perlawanan tersebut
diheret ke masa tambahan.
Aksi tersebut dirakamkan pada aksi separuh kedua masa
tambahan apabila Mourinho dilihat mengeluarkan objek kecil dari poketnya.
Kemudian pengurus kelahiran Portugal itu merenung objek
berkenaan sebelum mengangkat dan mencium ‘tangkal’ tersebut sebelum
menyimpannya semula.
Tidak lama kemudian, Rashford menjaringkan gol kemenangan
untuk membantu United mara ke separuh akhir Liga Eropah dengan keputusan
agregat 3-2.
‘Tangkal’ itu dipercayai merupakan buku kecil ekoran
kelihatan tulisan di atasnya.
Mourinho bagaimanapun tidak menyentuh perkara tersebut pada
sidang media selepas perlawanan itu berakhir. – mstar

Ulasan
Catat Ulasan