Penjaga Gol Kejam!!! Bunuh Kekasih Beri Anjing Makan.
Penjaga gol salah sebuah kelab di Brazil, yang mengarahkan
pembunuhan kekasihnya dengan kejam selain memberi makan mayat wanita itu kepada
anjing peliharaannya, telah diarahkan kembali ke penjara.
Mahkamah Agung Brazil memutuskan demikian selepas menolak
rayuan Bruno Fernandes de Souza terhadap hukuman penjara 22 tahun yang
dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.
Bruno merupakan penjaga gol bagi kelab Boa Esporte.
Dia telah dibebaskan pada bulan Februari lalu sementara
menanti rayuannya ke atas hukuman selepas didapati bersalah membunuh
kekasihnya, Eliza Samudio.
Ketika pembunuhan itu dilakukan pada 2010, Bruno merupakan
bintang bolasepak bagi kelab gergasi tempatan, Flamengo dan dilihat sebagai
pemain yang berpotensi untuk menyertai skuad Brazil bagi kelayakan Piala Dunia
2014.
Ketika menanti keputusan rayuan terhadap hukuman berkenaan,
Bruno telah menyertai kelab Boa Esporte pada bulan Mac lalu namun kemasukannya
ke kelab terbabit telah dikecam.
Ia juga mengakibatkan kelab terbabit kehilangan lima penaja
sebaik sahaja namanya diumumkan menyertai Boa Esporte.
Bruno bagaimanapun tidak pernah mengaku terlibat dalam
pembunuhan tersebut namun polis percaya dia merancang penculikan dan pembunuhan
Eliza bersama lapan yang lain termasuk isterinya, Dayane.
Bruno mempunyai seorang anak dengan Eliza namun dia tidak
pernah mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak berkenaan.
Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, Boa Esporte telah
membatalkan latihan manakala pengarahnya pula enggan melayan pihak media yang
ingin mendapatkan komen.

Ulasan
Catat Ulasan