Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kes Bunuh

Gara-gara Tidak Diberikan Wang Anak Sanggup Sembelih Ibu

Imej
Seorang anak tergamak membunuh ibunya hanya kerana ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya yang meminta sejumlah wang pada jumaat lalu di Desa Bocor, Kecamatan Buluspesantren, Kebumen, Jawa Tengah. Suspek, Samsudi 35 pada awalnya meminta sejumlah wang bernilai Rp 500 ribu kepada ibunya namun ibunya tidak dapat memberi wang yang dimintanya lalu suspek mengamuk dan mengugut akan membunuh mangsa. Mangsa, Sutarmi binti Mad Muslim melarikan diri ke sawah kerana takut dengan ancaman anaknya itu namun usaha melarikan dirinya gagal kerana terjatuh ketika berlari. Suspek yang mengejar membawa parang menikamnya berkali-kali dan turut menyembelih kepala ibunya hingga terputus dari badan. Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut tidak berani untuk mendekatinya namun mereka telah melaporkan kepada polis. Mayat mangsa telah dibawa oleh polis untuk tindakan lanjut dan suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah Pasal 340 KUHP kerana membunuh. Menurut beberapa sumber suspek per...

Identiti Mayat Wanita Berkepala Berjaya Dikenal Pasti.

Imej
Baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita telah ditemui tanpa sebarang anggota badan di tebing Sungai Batang Lupar, Sarawak. Identiti wanita terbabit bagaimana pun baru sahaja dikenal pasti sebagai warga China. Terdahulu, mayat wanita terbabit ditemui dengan hanya berkepala tanpa mempunyai sebarang anggota badan yang lain di kawasan kejadian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, identiti mangsa yang dikatakan berusia 31 tahun itu berjaya dikenal pasti apabila pihaknya telah menangkap seorang lelaki iaitu suami kepada mangsa. Tambahnya lagi, lelaki tersebut iaitu suspek yang berusia 42 tahun itu adalah salah seorang peniaga tempatan di kawasan bandar tersebut. “Peniaga tersebut ditahan untuk membantu siasatan lanjut berkaitan kes kematian isterinya setelah keterangan yang diberikan kepada polis didapati meragukan.” “Bapa kepada dua anak itu telah di reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Kes...

Tiga Lelaki Warga Filipina Ditembak Mati Pihak Berkuasa.

Imej
TAWAU - Tiga lelaki telah mati ditembak oleh pihak berkuasa dalam satu kejadian tembak menembak yang dipercayai berlaku di kawasan ladang kelapa sawit Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau pada petang semalam. Ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan warga Filipina dan difahamkan mereka itu memang menjadi buruan polis kerana telah melakukan pelbagai jenayah. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, kejadian tersebut dianggarkan berlaku pada jam 3.20 petang apabila pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk berbalas tembakan dengan suspek. Difahamkan, kesemua suspek tersebut mempunyai senjata api jenis rifel dan revolver di mana senjata itu disimpan oleh mereka di dalam kereta yang dinaiki. "Kejadian itu berlaku selepas sepasukan polis mengekori sebuah kereta kancil berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan dan apabila suspek menyedari diekori polis kereta suspek memecut ke arah Batu 3 Kalabakan-Keningau dan membelok masuk ke sebuah lada...

Akibat Tidak Puas Hati Gara-gara Permainan PS3, Lelaki Ini Telah Di Bunuh Dengan Kejam

Imej
INDONESIA- Unit Penyelidikan Jenayah Polis di daerah Kediri, Jawa Timur akhirnya telah menemui petunjuk bagi satu kes pembunuhan yang amat tragis berlaku di daerah itu. Mangsa yang dikenali sebagai Achmat Wahyu Sobirin yang berusia 26 tahun telah dibunuh dengan cukup mengerikan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan pokok tebu,  di perkampungan Kandat, Kabupaten Kediri. Selain itu,mayatnya juga didalam keadaan separuh bogel dan anggota badannya dipercayai telah terbakar 30 peratus.Manakala,mukanya juga berlumuran darah akibat daripada pergelutan bersama suspek. Menurut daripada hasil bedah siasat , mayat mangsa  juga mengalami kecederaan di bahagian dubur, ada kemungkinan mangsa telah menjadi mangsa serangan seksual sebelum mangsa dibakar. Namun,ketika kes ini di bicarakan,ternyata misteri di sebalik pembunuhan ini telah dapat diteliti dengan cukup mendalam. Laporan media Indonesia mendapati, Achmat telah dibunuh hanya kerana permainan vid...

Ibu Kandung Nekad Racun 3 Orang Anak Kandungnya,Gara-gara Suami Balik Ke Kampung

Imej
INDONESIA - Seorang ibu telah tergamak meracun 3 orang anak kandungnya selepas bertengkar dengan si suami di Bali,Indonesia.Anak-anaknya yang berusia 2,4 dan 6 tahun dilaporkan telah pun meninggal dunia sebaik saja diracun. Kejadian itu berlaku selepas ibu kepada tiga orang anak ini naik angin selepas suaminya balik ke kampung halaman seorang diri. Akibat tidak puas hati,wanita ini cuba meminum racun namun tiada apa-apa kesan yang terjadi kepadanya. Saksi kejadian menyatakan bahawa ibu kepada tiga orang anak ini telah bertindak mengunci pintu bilik anak-anaknya yang masih berada didalam bilik tersebut dan memaksa ketiga-tiga orang anaknya untuk meminum racun tersebut. Akibat terlampau risau wanita ini akan bertindak di luar jangkaan ,saksi kejadian  mengintai dari tingkap dan mendapati tiga orang anak buahnya itu terbaring kaku dengan mulut yang berbuih-buih. Saksi menendang pintu bilik untuk menyelamatkan anak buahnya namun mereka sudah pun meninggal dunia,manakala ib...

Terpengaruh Dengan 'Slender Man' Sehingga Sanggup Tikam Rakan Sendiri.

Imej
CHICAGO: Dua remaja perempuan telah dijatuhkan hukuman selama 40 tahun di hospital sakit jiwa setelah dia mengaku bersalah menikam rakan baiknya sendiri. Kejadian yang menyayat hati itu dipercayai berlaku apabila mangsa dan suspek serta seorang lagi rakan mereka dikatakan terpengaruh dengan watak sebuah fiksyen di internet. Suspek iaitu Morgan Geyser dan Anissa Weier yang baru sahaja berusia 12 tahun ketika kejadian, telah bertindak menikam Payton Leutner sebanyak 19 kali di sebuah kawasan hutan berdekatan rumah mereka di pinggir Milwaukee. Bagaimana pun, Leutner dipercayai terselamat daripada menjadi korban bagi insiden itu dan sebaik sahaja mendapati rakannya dipenuhi darah, suspek sempat membawa mangsa ke hospital mendapatkan rawatan. Geyser dan Weier, yang sudah berusia 15 tahun sekarang memberitahu bahawa watak jahat dalam sebuah fiksyen internet yang dikenali sebagai 'Slender Man' itu benar-benar wujud. Menurutnya lagi, watak itu telah berjaya memaksa mereka untuk melak...

Akibat Ambil Duit Tanpa Izin, Lelaki Ini Nekad Bunuh Kekasihnya

Imej
INDONESIA- Dalam masa 24 jam pihak polis Medan Timur,Sumatera Utara telah berjaya membongkar misteri pembunuh yang dipercayai telah menyebabkan kematian seorang nenek tua Tiuria Boru Manurung,64 yang telah di bunuh di dalam rumah nya sendiri. Pihak polis telah berjaya mengumpul petunjuk dan beberapa orang saksi .Setelah mengkaji bahan bukti tersebut,pihak telah berjaya menemui pembununya iaitu Jonson Sinaga. Suspek dikatakan sudah tujuh bulan tinggal bersama dengan mangsa tanpa ikatan perkahwinan yang sah.Polis kemudian nya menahan Jonson di Jalan Pemda Medan City. Hasil dari siasatan pihak nya berjaya merampas sebilah parang dan dua unit telefon bimbit. Ketika memberikan keterangan kepada pihak polis, Jonson mendakwa bahawa mangsa merupakan kekasihnya dan mangsa kerap mengambil wang daripada dompet nya tanpa izin. "Di dalam dompet saya ada wang berjumlah Rp 1.3 juta dan dia (Tiuria) mengambil Rp 300 ribu. Dia (Tiuria) selalu mencuri duit saya tanpa izin dan meningga...

Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa.

Imej
ZIMBABWE: Seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah selepas ditangkap kerana disyaki dia telah bertindak memenggal kepala bapanya sendiri dengan menggunakan kapak. Suspek dikatakan bertindak sedemikian gara-gara tidak tahan apabila dituduh mencuri buah mangga dan kejadian ini difahamkan telah berlaku pada hari Khamis yang lalu. Clemence Hove dari Fort Rixon, iaitu sebuah perkampungan di Zimbabwe telah bertindak merodok bapanya dengan menggunakan sebatang kayu sebelum memenggal kepala lelaki terbabit dengan menggunakan kapak selama beberapa kali. Menurut jiran kepada mangsa, suspek yang baru sahaja berusia 37 tahun itu dikatakan ‘naik hantu’ secara tiba-tiba setelah bertengkar mulut dengan bapanya. Bapanya iaitu mangsa dikatakan telah menuduh suspek mencuri buah mangga miliknya apabila dia mendapati bahawa mangganya itu hilang. Menurut laporan daripada Chronicle.co.zw, ketika pergelutan berlaku, bapanya Nicodimus Chibaro 73, sempat meminta cucunya untuk mendapatkan bantuan kerana Cl...

4 Gambar Mayat Berulat Dijumpai Dalam Kereta.

Imej
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan tidak diketahui identitinya itu telah ditemui dalam keadaan yang mendukacitakan apabila mayatnya dipercayai telah berulat di dalam sebuah kereta di sekitar kawasan Wakaf Mek Zainab. Mayatnya itu telah ditemui dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipercayai berkunci dan difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi terbabit sejak tiga hari yang lalu. Menurut saksi iaitu Baharuddin Che Mat, 60, berkata semasa menjalankan tugasnya sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sekitar kawasan perumahan PRIMA yang terletak berhampiran dengan lokasi kira-kira pada jam 9.20 pagi tadi di mana beliau sudah menyedari kenderaan itu berada di lokasi sejak hari Ahad yang lalu. "Selalunya ramai pemikat burung dan pemancing yang datang parkir kenderaan di kawasan lapang itu dan saya menyangkakan mangsa adalah salah seorang daripada mereka.” "Saya tergerak hati memeriksa kenderaan itu dan ...

Tersinggung Kerap Di Tanya "Bila Hendak Kahwin?" Lelaki Nekad Bunuh Jiran

Imej
INDONESIA- Seorang lelaki yang dipercayai membunuh jiran nya yang sedang sarat mengandung Lis Aisyah,32, hanya kerana mangsa kerap bertanyakan "bila hendak berkahwin?". Suspek yang dikenali sebagai Nunur,28, telah membunuh mangsa yang sarat mengandung 8 bulan pada hari Jumaat l di Kampung Pair Jonge, Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya, Garu. Ketua polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, semasa kejadian berlaku ,Nunur dikatakan sedang duduk termenung di depan rumahnya, kebetulan Lis yang sedang melintas di depan rumah suspek memberikan nasihat kepada nya supaya cepat mendirikan rumah tangga. Mangsa bertanyakan kepada suspek "cepat lah berkahwin,yang lain semua sudah berkahwin,kenapa kamu tak kahwin-kahwin lagi?". Ternyata pertanyaan itu telah menyinggung perasaan suspek," kata Budi Satria. Oleh kerana suspek terasa dengan kata-kata mangsa, Nunur datang ke rumah mangsa lalu dia dipelawa masuk ke ruang tamu rumah kerana tidak menyangka sebarang ancaman yang...

Video - Wanita Muda Hamil 8 Bulan Tewas di Tangan Perampok

Imej
INDONESIA- Seorang wanita yang bernama Lis Aisyah yang sedang sarat mengandung dipercayai telah dibunuh di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya, Kabupaten Garut, Jawa Barat. Mayat mangsa ditemui dengan penuh kesan luka di dalam bilik tidur rumahnya. Mangsa yang sedang mengandung lapan bulan telah dibunuh oleh seorang perompak yang datang ke rumah mangsa pada hari Jumaat lalu. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas tilam yang dilumuri oleh darah. Ibu mangsa, Aat Atikah berkata, dia tidak sanggup melihat mayat anaknya dan bayi di dalam rahim yang telah di bunuh dengan kejam. "Saya tidak sanggup melihat keadaan anak saya, kejam dan tidak berperikemanusiaan pembunuh yang membunuh anak dan cucu saya,"ujar nya. Menurut jiran setempat, mereka ada terdengar jeritan mangsa meminta tolong.Tetapi apabila mereka datang untuk menolong,mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Semasa rompakan berlaku,mangsa tinggal bersendirian kerana suaminya bekerja di luar...