Manchester City mencatat kemenangan terbanyak Liga Perdana
LONDON- Manchester City yang di kendalikan
Pep Guardiola, mencatatkan rekod kemenangan baru liga perdana Inggeris di awal
pagi tadi menewaskan Swansea City.
Manchester City menjulang kemenangan ke 15
secara berturut-turut hasil kemenangan 4-0 ke atas Swansea City yang di
rekodkan selepas di jenamakan kembali sebagai Liga Perdana Inggeris pada 1992.
Manchester City sebelum ini pernah
menduduki tangga kedua dan keempat apabila berterusan mencatatkan rekod
cemerlang.
Pada musim Liga Perdana Inggeris ke 13 dan
14, Arsenal telah melakar rekod kemenangan terbanyak berturut-turut yang
membolehkan mereka menjulang piala FA dan gelaran liga buat kali kedua di bawah
Arsene Wenger tetapi kini lebur di tangan City.
Pengurus City, Guardiola menebus kesilapan pada
kempen keduanya dengan membawa kelab itu jauh ke puncak liga hasil gaya pemain
penyerang terbaik pernah disaksikan bola sepak Inggeris.
City hanya tercicir dua mata sejak awal
musim, seri 1-1 dengan Everton pada perlawanan kedua dan meledak 52 gol dalam
17 perlawanan setakat ini.
Sentuhan berbisa Kevin De Bruyne, David
Silva, Raheem Sterling dan Sergio Aguero membantu City mencatat kemenangan
hebat. Sumber : Berita Harian, Editor



Ulasan
Catat Ulasan