Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Samseng

Video - Penunggang Motosikal Ugut Mahu Tetak Pemandu Lori

Imej
Video berdurasi 56 saat memaparkan seorang lelaki penunggang motosikal no pendaftaran BHJ 4620 sedang mengancam pemandu lori dan berlagak seperti samseng. Difahamkan pemandu lori tersebut tersalah jalan dan sedang mencari jalan untuk membuat pusingan U . Secara tiba-tiba pemandu lori terbabit didatangai lelaki penunggang motosikal bersama rakan-rakannya memarahi dan menengking mangsa . Pemandu tersebut menengking semula kepada lelaki penunggang motosikal terbabit lalu suspek yang tidak dapat menerima tengkingan itu mengeluarkan parang dan mengugut mahu menetak mangsa. Menerusi video tersebut kelihatan suspek menghayunkan parangnya ke arah cermin tingkap sisi sebelah pemandu hingga retak. Laporan polis akan dibuat untuk tindakan lanjut. Editor: Anna

Tangan Terkulai Dibelasah Enam Lelaki.

Imej
Seorang remaja telah diserang oleh enam lelaki yang dipercayai bersenjatakan kayu sehingga remaja terbabit mengalami kecederaan teruk iaitu patah tangannya. Kejadian itu dipercayai telah berlaku di sebuah kedai serbaneka di Tendong, Pasir Mas, Kelantan apabila mangsa dikatakan datang ke kedai tersebut secara berseorangan sekitar jam 4 pagi. Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Badrimin Adnan yang berusia 18 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam. Menurut saksi, kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa keluar daripada kedai berkenaan sehingga menuju ke arah motosikal yang diletakkan di luar kedai terbabit. Namun, tanpa diduga secara tiba-tiba enam orang lelaki terus menyerangnya dengan menggunakan senjata iaitu kayu. Bagaimana pun, mangsa dikatakan singgah di kedai terbabit selepas dia berjumpa rakannya di Bunut Susu, Pasir Mas dan tidak menyangka bahawa kejadian seperti ini akan berlaku ke atas dirinya. ' Peristiwa itu mula disedari ...

Kakak Ajar Dua Adik Buat Seks

Imej
INDONESIA: Akibat terlalu kerap menunjukkan adegan-adegan panas di hadapan anak-anak sendiri,sepasang suami isteri kini menghadapi masalah yang besar dalam hidup mereka. Menurut laporan sebuah akhbar Surabaya, masalah ini terjadi apabila seorang doktor pakar psikologi mengesahkan bahawa anak mereka, iaitu Yuni yang baru sahaja berusia 10 tahun telah mengalami masalah ketagihan seks. Hal itu diketahui selepas Yuni turut mengajar mengenai seks kepada dua adiknya yang masing-masing berusia antara 7 dan 4 tahun dan meminta mereka untuk memainkan alat kelamin mereka sendiri. Tidak hanya sampai di situ sahaja, dia juga turut merakam dan memaksa adiknya untuk melakukan hubungan intim sama seperti apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Menurut Pengendali Pusat Pelindungan Kanak-Kanak Surabaya dalam sidang media hari ini berkata bahawa mereka terpaksa memberikan Yuni sejenis ubat untuk mengurangkan nafsu Yuni terhadap seks. “Kini anak tersebut diberi ubat untuk menurunkan libido sehingga akti...

Geng Jepun Diberkas Kerana Merompak

Imej
Jawa Barat - Berita sebelum ini yang penuh dengan aksi samseng gengster memberitahu diri mereka sebagai Geng Jepun di Depok, Jawa Barat. Kumpulan Jepun ditangkap kerana merompak kedai pakaian 24 jam di Depok, Jawa Barat. Polis dari Polis Depok berjaya menangkap 26 suspek, kurang daripada 24 jam. Daripada 26 orang yang ditangkap, hanya 8 orang yang dikenali sebagai suspek, termasuk 3 wanita. Ternyata peranan 3 wanita di geng Jepun bukan sekadar penarik, peranan, godaan, pengalih perhatian,t etapi ketiga-tiga perempuan ini mempunyai peranan penting dalam geng ini. “Wanita ini tidak hanya menjadi ahli biasa, tetapi memainkan peranan sebagai pencari keahlian baru untuk geng mereka.” Kata Ketua Reskrim Polresta Depok Kompol Putu Kholis Aryana di Mapolresta Depok Tidak saja berperanan mencari anggota baru, tetapi ada Antara mereka berperanan dalam penjualan senjata tajam melalui media sosial. Mereka ditahan sebagai suspek utama kerana peranan mereka sebagai pe...

Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Imej
Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 6.30 petang tadi selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan. Menurut Chong, dua anggota penguat kuasa DBKL bertindak mengapit tayar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak pada 12.46 tengah hari. "Selepas itu, anggota DBKL menerima arahan untuk membuka kapit tayar kereta terbabit memandangkan pemilik kenderaan ingin membayar denda. "Apabila anggota DBKL ke lokasi kejadian, berlaku perselisihan faham antara pemilik kenderaan dengan anggota DBKL dan beberapa individu lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata anggota penguat kuasa DBKL juga telah membuat l...

Menggigil Satu Badan, Di Himpit Dan Dikepong Samseng Jalanan

Imej
Menggigil satu badan.. Apabila berlaku aksi di himpit dan dikepong Serta di kejar dengan samseng jalanan di PLUS HIGWAY 194.6km  Kuala Lumpur ke arah Utara. Aksi berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda City PLAT QM1074C berwarna putih, cuba melakukan aksi berbahaya di lebuhraya ke arah utara exit Melaka Benbam. Saya cuba membunyikan hon kepada pemandu itu dan saya melihat di cermin sisi ada 3 buah kenderaan lain jenis proton Preve, Gen 2, Proton Pesona mengepung kenderaan kami dan ingin melanggar kereta yang dipandu, Nasib saya sempat mengelak! Kenderaan yang saya pandu cuba ingin dilanggar oleh kereta jenis Honda City QM1074C yang berlagak samseng jalanan dilebuhraya. Saya memberhentikan kereta disisi jalan, bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.  Kereta yang saya pandu dihimpit sekali lagi oleh kenderaan yang sama disisi jalan. Empat biji kenderaan telah mengepung kami, tiga biji daripada kenderaan tersebut keluar daripada kereta sepertinya berl...

Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Selepas Langgar Bumper Kereta Seorang Wanita.

Imej
Shah Alam- Seorang lelaki bertindak tidak senonoh dan kurang sopan dengan menunjukkan isyarat lucah selepas melanggar bumper kereta seorang wanita. Menurut daripada kenyataan yang dimuat naik di media sosial oleh Joanne Chew, kejadian tersebut berlaku di Restoran Al-Safa, Seksyen 17pada hari Rabu yang lalu kira-kira pukul 10.40 malam. Menurut Joanne, sewaktu rakannya meletakkan kereta ditempat letak kereta secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang baru sahaja memasuki simpang yang telah melanggar bumper keretanya di bahagian hadapan. Dikatakan bahawa lelaki yang memandu kereta sehingga terlanggar kereta kawan saya itu bukan sahaja tidak meminta maaf malah telah melarikan diri. "Walaupun terkejut dengan situasi tersebut namun rakan saya tetap bertindak mengejar lelaki berkenaan sehinggalah lelaki tersebut berhenti di Restoran Al-Safa untuk makan roti canai," terang Joanne. Menurut Joanne, rakannya itu yang cuba berbicara dengan lelaki tersebut tetapi apa yang terj...

'Datuk Kabi' Didapati Bersalah Menipu Kes Pajakan Kenderaan

Imej
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun, dua sebatan dan denda RM10,000 oleh Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas didapati melakukan penipuan. Ahli perniagaan tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Datuk Kabi' telah dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menipu seorang lelaki berkaitan urusan jual beli kereta mewah berjumlah RM85,000 tiga tahun yang lalu. Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap 'Datuk Kabi' atau nama sebenarnya C Kamaleshwaran, 38 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang ditetapkan, mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara tambahan selama lima bulan dikenakan kepada tertuduh. Walau bagaimanapun tertuduh dibenarkan ikat jamin serta hukuman penjara dan sebat ditangguhkan sementara menunggu rayuan selepas mahkamah telah meluluskan permohonan peguam K Thiru ...

Video Dan Identiti Tiga Remaja Yang Ditahan Di Program Nothing To Hide 2.0

Imej
Shah Alam - Susulan kejadian kekecohan yang berlaku ketika Progran Nothing To Hide 2.0 pihak polis telah menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serta siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan. Insiden kekecohan terbabit berlaku ketika sesi soal jawab sedang berlangsung antara peserta dengan Tun Dr Mahathir namun dimaklumkan bahawa golongan VVIP sempat keluar dari dewan berkenaan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Video yang sempat dirakamkan ketika soal siasat pihak polis terhadap tiga remaja yang ditahan berhubung kes kekecohan terbabit telah tersebar secara meluas di laman media sosial. Berikut merupakan  identiti tiga remaja yang ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kekecohan tersebut. Nama: MUHAMMAD NUR FAZLY bin ARNAS IC: 000524090087 Alamat : 47B Kampung Kenangan, Simpang Ampat, PERLIS. Nama : MUHAMMAD AFIQ AFIFI bin MOHD NAZRI IC:981029106425 Alamat: No. 37 jln PJS 4/20, Taman Lindungan Jaya, 4600 PETALING JAYA, SELANGOR. Nam...

Video: Putera Arab Pukul Orang Awam, Raja Salman Arah Tangkap.

Imej
Satu video yang viral di media sosial melibatkan seorang Putera Arab Saudi dilihat bertindak kejam terhadap orang awam dapat perhatian dari pemerintahan Negara itu. Menurut laporan Harian Metro, Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengarahkan pihak berkuasa menahan serta-merta seorang kerabat diraja negara itu kerana mendera orang awam, termasuk wanita. Raja Salman mengarahkan penahanan Putera Saud bin Abdulaziz bin Musaed bin Saud bin Abdulaziz serta rakan subahatnya dalam video yang dilapor dimuat naik ke You Tube dan Twitter semalam. Antaranya, raifal diacu kepada dua lelaki dengan seorang daripadanya berdarah di kepala. Satu klip yang ditonton lebih 760,000 kali menunjukkan 18 botol wiski Johnnie Walker Red Label di atas meja dan sejumlah wang tunai. Penjualan dan minum minuman keras dilarang di Arab Saudi. Satu lagi rakaman menunjukkan seorang lelaki duduk dalam kereta dengan mulutnya berdarah hingga mengenai baju sambil dicerca kerana meletak kereta di depan se...

Hati-Hati Dengan Waja WJG 5153, Mereka Lari Selepas Saya Masuk Ke Balai Polis

Imej
Kuala Lumpur - Lagi kes tipu melibatkan kereta Proton Waja WJG 5153 yang mengaku sebagai penarik kereta telah mengejar dan menghimpit kenderaan mangsa sambil menjerit mengarahkan mangsa berhenti. Menurut gambar yang tersebar di media sosial, mangsa dikatakan telah di kejar oleh 4 lelaki berbangsa India yang menaiki kenderaan jenis Waja WJG 5153 yang mengaku sebagai agen penarik kerata. Mangsa telah dikejar serta dihimpit oleh kereta terbabit sambil menjerit mengarahkan supaya mangsa berhenti kerana gagal membayar tunggakan Bank. Menurut mangsa beliau tidak memiliki sebarang tunggakkan dengan bank. Mangsa hanya membuka tingkap sambil menyuruh empat lelaki terbabit supaya pergi ke balai polis Brickfields untuk sebarang perbincangan. Setelah mangsa memasuki perkarangan balai polis, ke empat-empat mereka langsung menghilangkan diri terus beredar tanpa singgah ke balai terlebih dahulu. Pesanan kepada orang ramai di luar sana, jangan berhenti. Teruslah ke Balai Polis berhampira...

Lelaki Rambut Purple Tampil Buat Kenyataan Mencabar

Imej
Selepas dikecam netizen, lelaki yang berambut Purple tampil buat kenyataan mencabar di media sosial, dia yang dikenali sebagai Shahrol Afiszu menganggap dirinya tidak bersalah dalam kejadian yang berlaku di Sungai Sikamat Kajang.. Dalam kenyataan Shahrol Afiszu dimedia sosial mahu orang ramai yang mengecamnya supaya bertanya dulu bukan berlagak pandai. Dalam posting tersebut juga Shahrol Afiszu dilihat mencabar netizen yang mahu mengutipnya " Wa tunggu juga mana yang sembang nak kutip wa tu, tak laratlah nak layan komen lu orang, marilah wa tunggu, katanya. Menurut Shahrol Afiszu lagi" kalau budak serban Yusuf Azmi punya semboyan 1 Malaysia boleh turun, nak tahu wa punya semboyan siapa yang turun, mari try kutip" Sebelum ini rata-rata tahu kejadian yang berlaku kepada 23 pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan yang menjalankan kegiatan kereta sambung bayar berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang...

Video: Ditipu Syarikat Kereta Sambung Bayar

Imej
SERDANG - Lebih 23 orang pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan yang menjalankan kegiatan kereta sambung bayar berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka. Yusuf Azmi merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan pada 11 pagi. ketika ditemui, pihaknya telah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke lokasi yang telah dipastikan atau balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutkan. Usaha untuk tunda kenderaan berkenaan mula jadi masalah apabila pekerja syarikat pajakan itu mula mengugut syarikat trak tunda yang datang membantu. Yusuf Azmi terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luar kawasan dan berjaya mengeluarkan sebuah Proton Exora mangsa sementara kira-kira 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 22 lagi kenderaan...

Pelajar Samseng Sertai Kongsi Gelap Buli Guru Sekolah.

Imej
Alor Setar – Tidak cukup dengan kejadian buli rakan-rakan sekolah, kini guru pun turut menjadi mangsa buli pelajar. Menurut laporan Berita Harian, terdapat segelintir guru yang menjadi mangsa buli pelajarnya sendiri namun tidak sanggup membuat laporan polis disebabkan masih memikirkan masa depan pelajarnya. Namun begitu pemikiran sebegitu tidak dapat membantu merubah para pelajar berkenaan malah akan membuatkan mereka bertindak lebih berani lagi melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Guru yang menjadi mangsa buli perlu membuat laporan segera bagi memastikan keselamatan mereka dan keluarga terjamin. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya mengakui wujudnya kejadian guru dibuli terutama apabila membabitkan pelajar yang terbabit dengan kongsi gelap. Katanya, tindakan tegas perlu diambil dengan melaporkan kejadian buli terhadap guru kepada polis terutama apabila ia membabitkan kegiatan kongsi gelap. “Guru yang menjadi mangsa per...

Barang Kami Dicampak Keluar, Diugut Oleh Budak Ayahanda Kedah

Imej
IPOH, PERAK – Setiap kali tiba musim perayaan tidak kira hotel mahupun rumah penginapan pasti penuh dengan pelanggan yang datang dari serta pelusuk negeri yang pulang ke kampung. Almaklumlah, kalau balik kampung pasti keadaan rumah itu padat serta tak mampu nak tampung semua sanak-saudara yang berhimpun jadi nak kata tak berapa selesa menyebabkan mereka akan memilih tempat-tempat penginapan lain untuk bermalam. Namun begitu kegembiraan sebuah keluarga yang pulang beraya di kampung bertukar menjadi pilu apabila satu kejadian membabitkan hotel tempat mereka menginap telah menghumbankan barangnya mereka keluar ketika mereka tiada di dalam bilik berkenaan. Perbuatan pihak hotel terbabit seakan tidak memperdulikan mereka yang merupakan pelanggan mereka serta tidak memperdulikan maruah mereka sekeluarga. “Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang peribadi kami?” demikian kata pelanggan hotel yang mendakwa mereka dianiaya seperti tiada maruah. Dalam kejadian awal pagi har...

Kantoi Ketika Angkat Sumpah Jadi Ahli Kongsi Gelap.

Imej
Walaupun sebelum ini banyak tangkapan melibatkan kes kongsi gelap dibuat, namun masih ada segelintir orang yang sanggup berdepan risiko dan mencabar undang-undang di negara ini. Menurut laporan Harian Metro, polis memberkas 23 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang sedang mengadakan upacara 'angkat sumpah' di Taman Lintang Makmor, Sungai Siput, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, serbuan 4.30 petang itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput. "Tangkapan membabitkan 22 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 22 hingga 55 tahun. "Turut dirampas, dua ayam yang dipercayai digunakan untuk upacara angkat sumpah kongsi gelap itu," katanya, hari ini. Menurutnya, pemeriksaan mendapati 10 daripada yang ditahan itu mempunyai tatu berkaitan dengan kongsi gela...

Adik Maut Ditetak, Abang Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa Selain Menyorok Dalam Semak

Imej
KEJADIAN lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung. Dalam kejadian 5.15 petang itu, Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesaikan tuduhan dibuat terhadap mereka. Menurut abang mangsa, Nik Mud Nek Der, 24, adiknya dituduh membakar motosikal milik ibu seorang daripada suspek pada 19 Jun lalu, di rumah wanita berkenaan. “Kami menegaskan bahawa kami tidak bersalah dan mengesyorkan kepada suspek membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan penerangan kami. “Ketika itu suasana menjadi tegang dan kira-kira 15 orang rakan suspek yang datang ke rumah itu, mula campur tangan. “Bila keadaan menjadi kalut, saya ajak adik dan rakan melar...

Remaja Maut Ditikam Guna Senjata Tajam Dalam Satu Pergaduhan

Imej
Miri – Seorang remaja maut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Desa Senadin, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata mangsa, Fadrick Lucas, 19, yang bekerja sebagai mekanik, dijumpai dalam keadaan terbaring di depan sebuah rumah di tepi jalan, tidak berbaju, mengalami kecederaan di kepala, badan dan jari. Beliau berkata dalam kejadian 11 malam itu, mangsa dipercayai berjaya melarikan diri selepas diserang namun akibat kecederaan parah, mangsa gagal menyelamatkan diri. “Kejadian berpunca daripada pergaduhan dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang berlaku pada 12 tengah hari semalam. “Ekoran daripada pergaduhan itu, mangsa dan beberapa rakannya telah ke Taman Jumbo, Desa Senadin untuk menyelesaikan masalah itu secara baik, namun diserang oleh beberapa suspek yang ada kaitan dengan kejadian pergaduhan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Stanley berkata polis berjaya menahan sembilan remaja le...

Remaja Dipukul Serta Diliwat Meninggal Dunia

Imej
George Town – T. Nhaveen meninggal dunia pada Khamis selepas dipukul oleh sekumpulan remaja empat hari lalu. T Nhaveen,18, ditemui tidak sedarkan diri pada Sabtu malam lalu di Jalan Kaki Bukit di Bukit Gelugor, George Town. Nhaveen yang sebelum ini telah dilaporkan telah dipukul serta diliwat dan terdapat kesan lecur di bahagian belakang badannya dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pemuda di luar sebuah kedai burger yang terletak berhampiran sebuah masjid di Gelugor Jumaat lepas. Nhaveen pada mulanya telah diisytiharkan “mati otak” di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Susulan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan 5 suspek berusia antara 16 hingga 18, atas dakwaan merusuh. Menurut ahli keluarga mangsa yang ditemui di hospital, Nhaveen dan sahabat baiknya, Previin, 19, yang bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya di Bayan Lepas sedang menunggu untuk kembali ke kolej. Nhaveen sepatutnya pulang ke kolejnya yang terletak di Kuala Lumpur pada Sabtu. ...

Video Dan Gambar Lelaki Dibelasah Dalam Keadaan Berbogel Di Tepi Jalan.

Imej
Semalam satu video yang memaparkan seorang lelaki telah di belasah oleh beberapa individu dalam keadaan berbogel di tepi jalan telah tular di media sosial. Mangsa yang di kenali sebagai James Hunt mendakwa bahawa beliau telah dibogelkan oleh mereka sebelum dia melarikan diri namun tetap dikejar oleh mereka dari sekolah St. Anne dalam keadaan berbogel sebelum terjatuh di hadapan Temple Sing. Mangsa mendakwa dia telah dikejar dalam keadaan bogel dalam kawasan sekolah St.Anne serta dipukul dengan menggunakan kayu golf (besi) dan di paksa oleh individu yang membelasahnya supaya meminta maaf serta mencium kasut ketua mereka. Bagimanapun mangsa dikatakan tidak melakukan apa yang mereka minta menyebabkan dia di pukul namun dia berjaya melarikan diri serta bersembunyi di dalam hutan berhampiran. Tetapi itu hanyalah sementara sahaja selepas dia berjaya ditangkap semula oleh sekumpulan individu terbabit di hadapan Temple Sing dan mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan. Mangs...