Video Dan Gambar Lelaki Dibelasah Dalam Keadaan Berbogel Di Tepi Jalan.

Semalam satu video yang memaparkan seorang lelaki telah di belasah oleh beberapa individu dalam keadaan berbogel di tepi jalan telah tular di media sosial.

Mangsa yang di kenali sebagai James Hunt mendakwa bahawa beliau telah dibogelkan oleh mereka sebelum dia melarikan diri namun tetap dikejar oleh mereka dari sekolah St. Anne dalam keadaan berbogel sebelum terjatuh di hadapan Temple Sing.

Mangsa mendakwa dia telah dikejar dalam keadaan bogel dalam kawasan sekolah St.Anne serta dipukul dengan menggunakan kayu golf (besi) dan di paksa oleh individu yang membelasahnya supaya meminta maaf serta mencium kasut ketua mereka.

Bagimanapun mangsa dikatakan tidak melakukan apa yang mereka minta menyebabkan dia di pukul namun dia berjaya melarikan diri serta bersembunyi di dalam hutan berhampiran.

Tetapi itu hanyalah sementara sahaja selepas dia berjaya ditangkap semula oleh sekumpulan individu terbabit di hadapan Temple Sing dan mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan.

Mangsa dikatakan dipukul hanya kerana kesalahannya menegur serta menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan.

Mengikut daripada komen-komen yang di balas oleh netizen, James dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang di anggap menghina agama serta turut memuat naik kenyataan menghina perdana menteri kita dengan panggilan penyamun, perompak dan penipu.

Bagaimanapun, James telah menafikan semua itu dan meminta bukti dia bersalah serta bersedia jika dirinya disaman di Makhamah Sivil sekalipun.

“Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu,” katanya membela diri.

Video berdurasi 2 minit 33 saat yang dimuat naik sejak Rabu lalu telah ditonton lebih 800,000 kali dan telah dikongsikan lebih 6,000 kali oleh pengguna Facebook.

Segelintir netizen beranggapan bahawa dia telah di pukul adalah kerana status-status yang di muat naik dalam akaun facebook nya yang sering kali dikaitkan dengan isu agama serta kelancangan dia bersuara telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Memuat naik status dalam facebook boleh sahaja di lakukan tetapi fikirlah sama sensitiviti masyarakat, jangan kerana sekadar suka-suka akhirnya membawa kepada musibah seperti yang di alami oleh James ini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.