Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gaduh

Penduduk Yang Serang Saya Dulu.

Imej
“APA yang tersebar di laman sosial menerusi video itu adalah secebis daripada kejadian asal kerana ada beberapa bahagian mengenai penutupan jalan tidak disebarkan,” dakwa EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkaitan klip video yang tular beliau bertelagah dengan penduduk kampung. Beliau menganggap video yang tular adalah tindakan untuk memburukkan dirinya. Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu akur dengan tersebarnya video itu kerana sudah sedia maklum sifat manusia yang lebih terarah menggali keburukan, berbanding mengangkat kebaikan. “Yang disebarkan hanyalah sisi buruk, sisi saya mendengar, memuji atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan,” katanya melalui kenyataan media petang ini. Norhizam mendakwa, kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu ketika dia tiba di lokasi kejadian dan sedang bersalaman dengan penduduk di Taman Akasia, di Melaka sebelum didatangi sekumpulan individu yang ber...

Video - Wanita Bergaduh Berebut Lelaki Berjaya Ditahan Polis

Imej
Video berdurasi selama 1 minit 47 saat memaparkan dua remaja wanita sedang menyerang seorang remaja wanita bertudung dan punca pergaduhan itu dipercayai kerana perselisihan faham dan cemburu kerana seorang lelaki. Wanita bertudung itu dilihat sedang diseksa oleh dua remaja terbabit. Tubuh badannya di terajang dan dipukul dengan kasar oleh mereka berdua. Dalam video tersebut turut dilihat seorang remaja lelaki dan seorang remaja sedang menyaksikan pergaduhan tersebut dan berkemungkinan mereka adalah rakan kepada suspek. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu terus membuat laporan kepada pihak polis lalu beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek. Suspek dibawa ke balai polis untuk di soal siasat dan di ambil tindakan lanjut. Editor:Anna

Gara-Gara Buat Kecoh, Nabila Razak Mahu Ditumbuk.

Imej
Seorang penyanyi yang sedang meningkat naik namanya menerusi lagu Pematah Hati iaitu Nabila Razali terkejut apabila dia memberitahu bahawa dia ada menerima satu status berbentuk ugutan di laman sosial Twitter baru-baru ini. Walaupun difahamkan bahawa dia sudah lali dengan kecaman netizen, namun Nabila memberitahu bahawa status yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial itu disifatkan sebagai keterlaluan. "Saya menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan oleh segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising." "Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Tren yang​ kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun menganggu penguna MRT lain," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai '@pikajue' memuat naik s...

Video Isteri Serang Pelacur Yang Rampas Suaminya

Imej
Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat indah dan sangat dinanti-nantikan oleh setiap insan. Segelintir daripada nya akan menyatakan saat indah ini hanya akan bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana pada saat ini lah kita dapat mengetahui kekurangan pasangan kita. Benar setiap pasangan ada kekurangan masing-masing. Kita seharus menerima setiap kekurangan pasangan kita. Namun ada juga yang mengambil peluang ini untuk mencari pasangan yang lain kerana sudah bosan dengan pasangan nya. Isteri mana yang rela melihat suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuan nya. Tidak ada seorang isteri pun yang sanggup berkongsi kasih dan sayang nya dengan wanita lain. Jika pasangan kita memiliki sebarang kekurangan sebaiknya berbincang dahulu bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku. Baru-baru ini telah tular satu video di media sosial berkenaan dua orang wanita yang dikatakan bergaduh di sebuah restoran di Indonesia. Isterinya berbaju tshirt putih berang dengan kelakuan ...

Video - Pergaduhan Pelajar Di Dataran Harbour Mall

Imej
SANDAKAN- Semalam seramai lapan orang pelajar dari dua buah sekolah di dalam daerah ini telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan tentang kes pergaduhan di Dataran Harbour Mall Sandakan. Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin, Ketua Polis Daerah Sandakan,berkata, siasatan awal telah mendapati pergaduhan ini membabitkan pelajar tingkatan lima yang dipercayai berpunca dari ejek-mengejek di antara satu sama lain. "Ianya berpunca apabila salah seorang dari pelajar berkenaan telah memuat naik gambar seorang pelajar dari sekolah lain melalui aplikasi Wechat. "Gambar itu dikatakan berunsur ejekan di antara mereka hingga berlarutan menjadi pergaduhan pada Jumaat lalu kira-kira pukul 1 petang,"ujarnya. Menurut pihak polis video pergaduhan pelajar terbabit telah pun menjadi tular di media sosial 'Facebook Sandakankini". Dia berkata lagi "Pegawai serta Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah Sandakan telah dapat mengenal pasti pelaj...

Video Jiran Mengamuk Kerana Judi

Imej
SARAWAK – Satu kejadian pergaduhan telah berlaku di satu kawasan perumahan di Kuching, Sarawak. Kejadian itu berlaku dikatakan akibat rasa tidak puas hati antara jiran angkara tempat meletak kenderaan dan judi. Semua yang terlibat dalam kejadian itu adalah mereka yang tinggal berjiran termasuk saksi yang merakam video tersebut. Menerusi rakaman video tersebut suspek dipercayai telah merosakkan harta benda milik mangsa iaitu kereta dan motosikal. Saksi yang merakam video tersebut telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak mengambil tindakan dan hanya berkata “Saya kenal orang ini, saya tidak dapat terima laporan awak". Editor:Farhana

Sanggup Tetak Sepupu Sendiri Gara-Gara Kereta

Imej
PASIR MAS: Akibat berang apabila pintu kereta yang dimilikinya ditendang, seorang lelaki bertindak menetak sepupunya sendiri di Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas, hari ini. Suspek dikatakan menetak mangsa dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pedang di dalam kejadian terbabit. Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 pagi telah menyebabkan mangsa yang berusia 41 tahun parah di kepala dan turut luka di lengan. Mangsa segera dibawa untuk mendapatkan rawatan dan kini dia dirawat di Hospital Pasir Mas. Menurut laporan daripada Ketua Polis Daerah Pasir Mas, sebelum kejadian berlaku mangsa dan sepupunya serta dua lagi lelaki yang berusia 20-an dikatakan berbalah sesama sendiri. "Mangsa kemudian menendang pintu kereta suspek menyebabkan pergaduhan lebih besar. Keadaan menjadi tegang apabila seorang daripada suspek mengeluarkan senjata.” "Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, suspek bersama dua lagi yang turut mempunyai talian saudara meny...

Wanita Nekad Bogelkan Diri Selepas Bekas Suami Ungkit Bayar Baju Yang Dipakainya.

Imej
CHINA: Seorang wanita di Jiangsu telah menjadi hangat di laman sosial gara-gara satu video yang dimuatnaik di mana wanita tersebut didapati berbogel di sebuah pusat membeli belah berdekatan Wuxi. Wanita terbabit dikatakan bertindak sedemikian apabila bertembung dengan bekas suaminya di pusat membeli belah terbabit. Menurut saksi dikenali Shanghaiist, bekas suami wanita berkenaan telah menegur wanita tersebut namun mereka dikatakan mulai bergaduh dan mencetuskan perbalahan di antara mereka. Lelaki terbabit dikatakan secara tiba-tiba menampar wajah wanita tersebut dan berkata, “Aku yang belikan telefon itu untuk kau!” Akibat bengang dengan kata-kata dari bekas suaminya, wanita tersebut bertindak mencampak telefon bimbit tersebut ke lantai sebagai cara biadab untuk mengembalikan telefon tersebut kepada lelaki itu. Bekas suaminya berasa tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit turut menyambung dan berkata, “Baju yang kau pakai itu pun aku yang belikan!” Sebagai respon kepada ...

Video UFO Mendarat Mengambil Makhluk Asing Tular.

Imej
Berita tentang UFO telah  mendarat di kota Targoviste Municipality, Romania telah mendapat sambutan hangat di media sosial baru-baru ini. Video UFO yang berdurasi 1 minit 4 saat dimuat naik oleh pemilik akaun  bernama seakan kota Romania  telah mendarat di satu kawasan yang luas. Pemilik akaun tersebuat dengan pantas merakam video alien yang sedang berjalan menuju ke arah UFO tersebut. Misteri ini yang membuatkan Video ini semakin menjadi tular dimedia sosial. Pemilik akuan tersebut masih mengalami truma " Ini bukan lawak atau palsu.. tangan saya masih menggeletar seteleh melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian tersebut. "Ianya, seolah menjadi pengalaman pahit dalam hidup saya"katanya semalam. "Video tersebuat masih ada di dalam telefon saya" katanya . Saya seolah masih tak percaya dengan apa yang saya lihat. "kata admin laman itu mengakhiri status tersebut. Segelintir dari pelayar "facebook" masih tidak percaya dan masih...

Video: Wanita Bawa Kekasih Baru Pukul Tunang

Imej
Seorang Wanita yang di kenali sebagai Umi Maisara telah memuat naik beberapa keping gambar dan petikkan rakaman cctv yang mendakwa sepupunya telah di pukul. Menurut Sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 4.00pagi di Kg Layang-Layang Kluang Johor. Satu lelaki telah di belasah oleh kira-kira 20 orang termasuk tunang lelaki tersebut turut sama di dalam kejadian tersebut. Sebelum kejadian, tunang mangsa bersama kekasih barunya menghubungi mangsa untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masaalah antara mereka. Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang 20 lelaki dari pelbagai arah dan memukul terus memukul mangsa. Menurut sumber lagi, laporan polis telah di buat oleh mangsa tetapi belum ada apa-apa tidakkan dari pihak berkuasa. Tunang mangsa juga telah di katakan turut membuat laporan polis. Sumber juga mendakwa terdapat bukti perbualan dan cctv yang merakam segala perbuatan tersebut.

Video Dan 7 Gambar Suspek Ditikam, Dilanggar, Digilis Sampai Mati

Imej
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki mati selepas ditikam dan dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini, malam Ahad. Mangsa yang berusia dalam lingkungan usia 30-an ketika itu bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta jenis Volkswagen mereka di stesen berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam. Kemudian secara tiba-tiba mereka didatangi empat lelaki yang cuba menarik mangsa ke dalam kereta jenis BMW, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. Namun akibat mangsa dilaporkan melawan, jadi berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa. Oleh kerana melihat kejadian itu, wanita yang bersama mangsa bertindak melarikan diri meminta bantuan orang awam. Katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, "dalam pergelutan itu, mangsa berjaya melepaskan diri namun suspek kemudiannya naik ke kereta dan membuat pusingan di stesen minyak berke...

3 Suspek Ditahan Bunuh Rakan Sekerja

Imej
SERENDAH : Tiga lelaki warga bangladesh telah ditahan polis kerana telah disyaki membunuh rakan senegaranya. Kejadian didakwa berlaku di kebun sayur di Serendah kira-kira 10.55 pagi. Haque Saheb, 33 mangsa bunuh 3 rakan serumahnya telah ditemukan dengan keadaan separuh bogel oleh penyelia kilangnya di dalam semak. Ketua Polis Daerah Hulu Sela­ngor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mang­sa dilaporkan hilang oleh seorang daripada rakan sekerjanya dan telah memaklumkan kepada penyelia warga tempatan itu sebelum kejadian. Penyelia tersebut dan beberapa pekerja mula mencari mangsa setelah mendapat laporan mangsa hilang oleh pekerjanya dan telah menemui mayatnya dalam keadaan terbaring tanpa memakai seluar di dalam semak di sekitar kebun itu. Berdasarkan siasatan awal, penangkapan 3 lelaki bangladesh ini untuk membantu siasatan dan ketiga-tiga mereka adalah bekerja di kilang yang sama dengan mangsa selain rakan serumah mangsa. Pemeriksaan lanjut telah dilakukan oleh pih...

Video: Kecoh Kes Perlaburan Kucing Syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd

Imej
Perbincangan Kes Perlaburan Kucing yang viral di laman media sosial, pemilik tampil memberi keterangan kepada pembeli yang merasa ditindas dan ditipu oleh pemilik berlangsung di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ramai yang tampil untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap program pelaburan kucing yang dikendalikan oleh syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd, di miliki Ismail Mohd Ali. PPIM, Pengerusi Biro Undang-Undang diketuai oleh Hishamuddin Hashim yang sedang di dalam perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian konflik di antara mereka. Video berdurasi selama 43 minit 15 saat itu dimuat naik oleh PPIM di laman Facebook. semasa perbincangan berlangsung, peserta peserta yang terlibat dalam program Pelaburan Kucing tersebut menyatakan penipuan yang di lakukan serta jumlah penipuan yang mereka alami. Anrata kronologi yang berlaku di perbincangan tersebut, Ismail menyatakan "perniagaan dia jatuh di sebabkan oleh kisah viral yang berlaku pada bulan ...

Dua Video Bekas Suami Bawa Gang Pukul Isteri

Imej
Satu akaun facebook yang menggunakan nama profil "Nur Sue" telah memuatnaik satu status meminta pertolongan untuk meringankan masalahnya yang sering diganggu oleh bekas suami sehingga diugut untuk dicederakan dan disimbah asid. Pemilik akaun Fb "Nur Sue" meminta bantuan warga Puchong untuk membantunya dan berkemungkinan kediamannya berada di sekitar Puchong juga. Selepas memuat naik status berkenaan, pemilik akaun facebook ini juga telah memuatnaik 2 video yang berdurasi selama 5.44 minit dan 0.23saat yang telah di tonton dan dikongsi oleh beribu pengguna facebook. Berdasarkan video yang telah dimuatnaik itu, seorang lelaki yang dipercayai bekas suami wanita tersebut telah menyerang kediaman keluarga wanita berkenaan untuk mengambil anak wanita tetapi berlaku bergelutan apabila bekas suami wanita itu mula menyerang wanita itu dengan menarik rambutnya. Seorang lelaki berbaju merah yang berada di dalam rumah cuba menyelesaikan dengan cara baik dan lelaki it...

Lelaki Berdepan Hukuman Mati Kerana Bunuh Pencuri

Imej
seorang lelaki ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati ,kerana membunuh pencuri yang memecah masuk warung milik kakaknya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, petang semalam. Kejadia Sekitar jam 6.15 petang, mangsa berusia 30 tahun bersama dengan seorang rakannya sedang memasukan peralatan dapur ke dalam kenderaan sebelum suspek menghampiri mereka. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, suspek cuba menghalang perbuatan kedua-dua lelaki itu, menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mereka. sebelum kejadian, di fahamkan, suspek berada di rumah, Seberang Jaya. Suspek menerima panggilan daripada kakak nya yang memaklumkan ada seorang lelaki yang sedang memanjat pagar warungnya di jalan Jelawat 4, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta. Suspek tiba ke lokasi dan ternampak seorang lelaki berkenaan yang sedang memasukkan barang ke dalam kereta, suspek lalu pergi ke kereta t...

Jururawat Gugur Ditendang Oleh Isteri VIP

Imej
Hong Kong - Seorang pegawai kanan pengurusan bandar di tengah China telah dipecat selepas isterinya didapati menyerang seorang jururawat hamil yang merawat kanak-kanak itu melalui rakaman video. Jururawat berkata dia diserang oleh ibu seorang budak lelaki berusia 4 tahun ketika dia cuba memberi suntikan kepada anaknya di sebuah hospital di daerah Tongshan, Hubei, pada hari Jumaat, surat kabar tempatan Chutian Metropolis Daily melaporkan. Dalam video yang disebarkan secara dalam talian, kedua-dua wanita itu dilihat mengherdik serta kelihatan menarik rambut jururawat tersebut. Jururawat itu berusia 38 tahun, kandungan dia berusia kira kira enam minggu pada masa itu. Akibat serangan ibu kepada anak tersebut, jururawat rebah di lantai dan menyebabkan dia keguguran, jururawat segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. “Ibu kanak-kanak itu marah selepas jururawat memberitahu anak dia untuk berhenti mengerakkan tangan nya sambil dia menyiapkan peralatan serta ...

Ditikam Gara-Gara Media Sosial

Imej
KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara enam wanita berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, sekumpulan empat wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum tercetusnya pergaduhan, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din. "Semasa dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau. Katanya dalam satu kenyataan,"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. Suspek yang juga berusia 20 tahun kemudiannya ditahan di Little India, Klang Selatan pada jam 12.50 tengah hari semalam dan ...

Video Ngeri Warga Nepal Di Lempar Dari Tingkat 3

Imej
SITIAWAN - Seorang lelaki warga Nepal maut dihumban rakannya dari tingkat tiga selepas terlibat dalam satu pergaduhan di Hostel Green Prospect yang terletak di dalam sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kampung Acheh, di sini, semalam. Mangsa berumur dalam lingkungan 30-an itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira 10.30 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman. Pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.09 awal pagi semalam, kata beliau. Difahamkan, mangsa yang juga pekerja di kilang tersebut bergaduh dengan seorang lagi pekerja di kilang itu dalam keadaan mabuk sebelum mangsa diangkat dan dihumban dari koridor di tingkat tiga hostel tersebut. Menurutnya dalam satu kenyataan, "mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun, suspek yang juga warga Nepal yang turut tinggal di hostel tersebut telah bertin...

Pemandu Grab Dipukul Sekumpulan Pemandu Teksi Kerana Mengambil Penumpang Di Lapangan Terbang.

Imej
Kota Bharu - Berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Kota Bharu yang membabitkan kumpulan pemandu Grabcar dengan kumpulan pemandu teksi. Menurut sumber, kekecohan tersebut dipercayai berlaku berpuca daripada kumpulan pemandu teksi yang bertindak memukul seorang pemandu Grabcar kerana mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang tersebut. Pemandu Grab car terbabit dikatakan telah dibelasah oleh beberapa orang pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengannya kerana mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang tersebut kerana dikatakan kawasan berkenaan adalah merupakan kawasan mencari makan mereka. Susulan kejadian tersebut, lebih 70 orang pemandu Grab di kelantan telah menghantar surat bantahan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP). Surat tersebut telah diserahkan kepada Wakil Malaysia Airports Berhad (MAHB) LTSIP bagi meminta penjelasan serta ketetapan bagi pemandu Grab yang mahu mengambil serta menghantar penumpang di lapangan terba...

9 Gambar Penungggang Motorsikal Dipukul Samseng Jalanan.

Imej
PETALING JAYA - Seorang penunggang motorsikal hampir buta sebelah mata akibat dipukul oleh seorang pemandu kereta yang bertindak seperti samseng jalanan. Bagaimanapun kini pihak polis giat memburu pemandu kereta terbabit selepas satu laporan polis berhubung tindakannya memukul seorang penunggang motorsikal dibuat. Menurut lelaki tersebut yang juga merupakan pekerja perkhidmatan makanan di jalan Tengkat, Bandar Utama, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.24 petang semalam. Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang berusia 27 tahun cedera di mata selepas dipercayai ditumbuk beberapa kali oleh suspek kerana didakwa menghalang laluannya ketika jalan sesak disebabkan kemalangan. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC melalui jalan berkenaan dan kemudian berhenti akibat jalan sesak disebabkan satu kemalangan. Katanya, sebuah kenderaan pacuan ...