Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keluarga

Dahlia Shazwan Telah Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Imej
Anda pasti mengenali dengan gadis Trivago bukan? Iklan tersebut dikatakan mampu memukau kanak-kanak. Wanita tersebut merupakan seorang pengacara terkenal. Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin,28. Beliau merupakan pengacara rancangan Hlive di saluran Astro Ria satu ketika dahulu.  Beliau juga merupakan bekas peserta program realiti TV On Air musim pertama yang hanya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja. Dahlia telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2016 bersama pilihan hatinya iaitu Shafiq Ismet. Menerusi  Insta Stories di laman Instagram milik penerbit Syarikat Global Station, iaitu Zetty Adila Ramly telah memuat naik gambar Dahlia bersama puteri sulungnya yang telah dilahirkan pada pukul 3.15 pagi. Bayi ini seberat 2.7 kilogram telah selamat  di lahirkan  di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dalam keadaan normal. Untuk pengetahuan pemabaca wad pengacara jelita ini bersebelahan dengan wad Nora Danish yang juga telah selamat...

Ibu Bapa Kejam Biarkan Muka Anak Di Gigit Tikus

Imej
Seorang bayi yang baru sahaja di lahikan terpaksa menjalani pembedahan rekonstruktif atau lebih dikenal sebagai pembedahan plastik. Ibu dan ayah bayi ini sengaja membiarkan tikus menggigit kepala bayi dan muka bayi lebih dari 100 kali. Bayi mereka dipercayai baru sahaja dilahirkan. Pasangan muda ini telah dipenjarkan atas kesalahan membiarkan bayi mereka yang berusia 15 hari itu mengalami kecederaan yang teruk akibat dari gigitan tikus tersebut. Bayi malang itu terpaksa menjalani pembedahan rekonstruktif pada tengkoraknya. Pekerja sosial yang datang melawat ke rumah pasangan muda ini terkejut apabila mendapati katil bayi yang tidak diberikan nama itu berlumuran penuh dengan darah. Terdapat kesan tapak kaki tikus yang berdarah di seluruh bilik dan selimut yang dipenuhi darah. Suspek Erica Shyrock, 19, dan Charles Elliot, 18, telah mengaku menggunakan Ibu bapanya, Erica Shyrock, 19, dan Charles Elliot, 18, mengaku menggunakan serbuk kristal dan K2 pada hari-hari sebelum seranga...

Kisah Di Sebalik Penyimpanan Mayat Anak Di Dalam 'Freezer'.

Imej
Anak merupakan harta yang tidak ternilai bagi seorang ibu dan ayah. Bagi mereka anak adalah segala-galanya. Ibu bapa mana yang tidak menyayangi anak mereka, haiwan juga tahu menyayangi anak mereka ini kan pula insan yang bergelar manusia. Kisah ini di petik dari negara China yang mana sepasang suami isteri ini sangat menyayangi anak mereka meskipun mereka tahu anak itu telah meninggal dunia. Kasih sayang daripada ibu bapa sendiri tidak akan pernah hilang ditelan zaman dan ianya akan kekal sepanjang masa. Mungkin itulah kata-kata yang sesuai digunakan untuk menggambarkan mengenai kejadian ini di mana sepasang suami ini dipercayai terlalu sayangkan anak mereka sendiri walaupun mereka tahu bahawa anak mereka itu tiada lagi di sisi mereka. Tian Xueming yang merupakan bapa kepada anak terbabit dikatakan tinggal bersama dengan isterinya di Desa Huangling, daerah Kota Chongqing, di bahagian Tiongkok Utara. Menceritakan mengenai kehidupannya, dia memberitahu bahawa sebelum ini kehidupan mere...

"Tuhan saya Allah dan Dia ada di mana-mana"- Johan

Imej
Pasangan sejoli ini Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih mesra dikenali sebagai Johan merupakan seorang pelawak, pengacara dan penyampai radio Era Fm. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Pasangan nya pula Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati bukan satu nama yang asing dalam bidang hiburan kita.  Jika dilihat dari luaran nya Johan seorang yang lawak namun siapa tahu sebenarnya beliau seorang yang sangat memetingkan solat nya. Meskipun kita lihat pasangan ini selalu nya sibuk dengan kerjaya masing-masing namun mereka masih ada masa lagi untuk mendidik anak-anak dalam bab agama. Keluarga ini sepatut nya dijadikan contoh yang baik kepada keluarga yang lain. Baru-baru ini kecoh di laman Instagram mengenai gambar Johan sedang solat di dalam rumahnya yang berhadapan dengan gambar seorang pemain bola iaitu Cristiano Ronaldo di ruang dinding tersebut. Pelbagai tanggapan negatif yang diterima oleh pasangan ini. Namun mereka b...

"Sebenarnya Saya Tahu Ini Angkara Siapa"- Fatin Afeefa

Imej
Pelakon jelita Fatin Nur Afifah Shamsudin atau nama terkenalnya Fatin Afeefa yang berusia 24 tahun. Pelakon kecil molek ini pernah membintangi filem Tentang Bulan pada suatu ketika dahulu dan telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati nya Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Namun bahtera yang dibina tidak dapat bertahan Fatin bercerai dengan talak satu pada 30 Mei yang lalu. Pasangan ini telah di kurnia kan dua orang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia berusia dua tahun. Kini Fatin giat semula berlakon dalam drama bersiri Kekasih Paksa Rela yang memegang watak sebagai Zila. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kewujudan gambar seorang wanita yang sedang bercium dengan seorang lelaki di lama Instagram. Foto itu dikatakan miri sekali dengan wajah Fatin Afeefa . Walau bagaimanapun ketika memberikan keterangan mengenai gambar tersebut Fatin berkata dia sangat terkejut dan tidak tahu menahu tentang gambar itu. "Saya tak tahu tentang foto terse...

Bekas Pemain NBA Dan Isteri Maut Akibat Kemalangan

Imej
Sebuah   kereta   telah   terlibat   dalam   kemalangan   dan   mengorbankan   dua   orang   mangsa   iaitu   seorang   lelaki   bekas   pemain  NBA  dan   isterinya   popstar  American Idol. Rasual  Butler,38,  telah   bermain   selama  14  musim   di  NBA  dengan   lapan   francais   selepas   bermula   di  Miami Heat  pada   tahun  2002. Range Rover yang dipandu  Butler  dilaporkan   hilang   kawalan   kira - kira  jam 2.30  pagi   di  Studio City  di  California  dan   telah   melanggar   sebuah  meter  letak   kereta   dan   menyebabkan   kereta  yang  dipandunya   terbalik . Isteri  Butler, Leah  LaBelle , 31  merupakan   seorang ...

Feeya Iskandar Selamat Melahirkan Putera Keduanya

Imej
Bekas penyampai radio Sinar Fm, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih mesra dikenali sebagai Feeya Iskandar ataupun Cik Piah itu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan berat 3.24 kg pada pukul 1.12 pagi. Ini merupakan anak kedua bagi pasagan sejoli ini. Anak sulungnya yang bernama Adam Malique dilahirkan pada 7 Februari 2017. Suaminya ,Nurashid Abd Wahab telah berkongsi kan berita gembira ini menerusi laman Instagram nya dan menulis : "Alhamdulilah syukur isteri saya Selamat melahirkan baby boy yang ke 2 kami pada pukul 1.12 pagi berat 3.24 kg lahir secara normal bersama Dr khamsiah dan tidak lupa kepada nurse dan Mak bidan yang Banyak membantu di dalam labour room segalanya berjalan dengan lancar #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan,". Tahniah Cik Piah atas kelahiran putera kedua ini. Editor: Ila

Sedih! Hajat Terakhir Fikri Sambut Hari Lahir Bonda Tercapai

Imej
Saat kita dapat membalas jasa kedua-dua orang tua kita adalah saat yang paling membahgiankan bagi seorang anak. Meskipun, orang tua kita tidak pernah menyuarakan apa yang mereka mahu ,namun kita sebagai seorang anak harus menghargai segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang mereka membesarkan kita. Lain kisah nya bagi seorang anak yang disahkan telah menghidap sakit jantung kronik ini, remaja ini telah berhajat menyambut hari lahir bonda tercintanya dan berjaya merialisasikan hajat nya itu. Kisah yang menyayat hati Mohd.Fikri Hakim Jaudin ini telah di kongsikan semula oleh salah seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Natipah Abu. Fikri merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini sudah lama berhajat mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban menjaganya sejak dari kecil sehingga kini. Mungkin ini adalah kali terakhir Mohd. Fikri dapat menyambut hari lahir bonda nya dalam suasana yang gembira bersama-sama ahli keluarganya. Menurut...

Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Tragis

Imej
Kisah hidup pasangan suami isteri yang tinggal di Dusun Sanggrahan Desa/Kecamatan Mungkid Kabupaten Magelang sangat menyayat hati kerana meninggal dunia tanpa di ketahui anak dah ahli keluarga sehingga mayat mereka membusuk di dalam rumah. Mayat Sukarjo, 70, dan Sutari, 60 ditemui dalam keadaan membusuk dan hampir reput pada tarikh 28 Januari pukul 11.30 oleh seorang menantu mereka yang berniat untuk melawat. “Berdasarkan kenyataan saksi, pada ketika itu menantu datang untuk berkunjung menemui mertuanya, namun saat mengetuk pintu tidak ada yang menjawab dan curiga mencium bau busuk yang menyengat dari dalam rumah,” kata Ketua Polis Daerah Kabupaten Magelang Edi Susanto. Menantu mangsa yang curiga dengan keadaan itu meminta bantuan jiran2 untuk memecahkan pintu. Sebaik sahaja masuk kedalam rumah alangkah terkejutnya menantu itu kerana menemukan jasad si ayah mertuanya terbujur kaku diatas kerusi di ruang tamu manakala ibu mertuanya meninggal ditempat tidur. “Keadaanya s...

"Pulanglah Abang... Anak-Anak Rindu, Sayang Rindukan Abang Yang Dulu"

Imej
Sesuatu yang menyakitkan bagi seorang wanita yang bergelar isteri apabila suami yang dicintai dan berharap dapat bersamanya hingga ke akhir hayat telah berlaku tidak setia dan mempunyai wanita lain. Perkara ini terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan nama samaran Insan Pilu kerana telah memberi keizinan kepada suaminya berkahwin lain kerana tidak mahu mereka terus melakukan maksiat, namun kesudahannya hatinya sakit menanggung rindu kerana suaminya sudah lama tidak pulang. Isteri keduanya yang bernama Intan memang sangat cantik dan lebih muda dari isteri pertama. Insan Pilu memberitahu bahawa dia mempunyai lima orang anak yang sangat comel dan bijak bersama suaminya itu. Suami beliau telah berkahwin dengan wanita yang bernama Intan itu pada tahun lepas dan suaminya selalu melebihkan isteri pertama sehingga hatinya merasa sakit yang teramat sangat walaupun dia sendiri yang merelakan perkahwinan suaminya itu. Intan yang sedang mengandung pada saat ini merupakan graduan...

Karangan Murid 11 Tahun Buat Cikgu Ini Menagis... Rupa-rupanya Ini Puncanya......

Imej
Sebak hati saya ketika membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan yang berusia 11 tahun. Adik Nik dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian, Kelantan. Mari kita ikuti kisah adik Nik. Saya adalah anak orang miskin. Saya hanya bawak duit RM 1 sehari untuk ke sekolah.Tetapi jika ada kelas Fardu Ain(sekolah agama) saya akan bawa RM 2. Saya saya pula hanya bekerja sebagai tukang buat rumah. Dia selalu berhutang dengan orang untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Bila ayah dapat gaji, ayah akan bayar kesemua hutang pada orang sehingga kami sekeluarga tidak dapat makan untuk melunaskan hutang ayah. Bila tiada makanan, saya dan adik akan mencari ubi kayu untuk mengisi perut kami. Kadang kala saya tidak dapat makan ubi kayu kerana tidak mencukupi, saya berikan kepada adik sahaja ubi kayu ini untuk membuat alas perut nya. Saya tidak makan pun tidak mengapa asal kan adik-adik saya dapat makan. Ini adalah di antara bait karang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, se...