Dahlia Shazwan Telah Selamat Melahirkan Anak Perempuan


Anda pasti mengenali dengan gadis Trivago bukan? Iklan tersebut dikatakan mampu memukau kanak-kanak. Wanita tersebut merupakan seorang pengacara terkenal. Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin,28. Beliau merupakan pengacara rancangan Hlive di saluran Astro Ria satu ketika dahulu. 

Beliau juga merupakan bekas peserta program realiti TV On Air musim pertama yang hanya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja.

Dahlia telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2016 bersama pilihan hatinya iaitu Shafiq Ismet.

Menerusi  Insta Stories di laman Instagram milik penerbit Syarikat Global Station, iaitu Zetty Adila Ramly telah memuat naik gambar Dahlia bersama puteri sulungnya yang telah dilahirkan pada pukul 3.15 pagi.

Bayi ini seberat 2.7 kilogram telah selamat  di lahirkan  di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dalam keadaan normal.

Untuk pengetahuan pemabaca wad pengacara jelita ini bersebelahan dengan wad Nora Danish yang juga telah selamat melahirkan anaknya hasil daripada perkongsian hidup bersama suami tercinta Nedim Nazri pada pukul 9.02 pagi di hospital yang sama.

Tahniah di ucapkan kepada Dahlia dan Nora Danish ,selamat berpantang dan berjaga malam. Editor: Ila Hakimi







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati

Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular