Dua Beradik Tidak Dapat Dikesan
RAWANG: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dipercayai telah hilang selepas pergi ke sebuah kedai serbaneka yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka di Batu 16, Rawang pada jam 1 petang semalam. Menurut ibu kepada mangsa, Jamaliah Mohd Sidek, 38, berkata, anak sulungnya, Nur Syafikah Zaki, 14, dan anak keempatnya, Aiman Daniel Zaki didapati tidak pulang ke rumah mereka di Flat Blok A, Aman Setia, Batu 16, Rawang, selepas dia menyuruh anaknya itu keluar untuk membeli susu bayi. Dalam pada masa yang sama, Jamaliah berkata, bahawa Nur Syafikah atau Ika sempat dilihat sedang berborak dengan seorang lelaki sebelum kejadian tersebut berlaku. “Ada jiran memaklumkan melihat Ika berborak dengan seorang lelaki berhampiran masjid di rumah sebelum mereka disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah.” “Selalunya dia akan pulang ke rumah kira-kira 30 minit selepas keluar membeli barang di kedai serbaneka berkenaan memandangkan dia perlu be...