Syabas Pihak Polis Kerana Telah Berjaya Menumpaskan Sindiket Pekerja Asing


SEPANG : Digelar sebagai Harun 2.0 ditahan petang semalam kerana terbabit dalam sindiket membawa pekerja asing secara haram ke negara ini, dua lelaki warga Bangladesh ditahan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua suspek yang berusia lewat 30-an ditahan selepas sepasukan Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Pandan Indah, Ampang, Selangor.

"Bertindak atas maklumat orang awam, kita berjaya menumpaskan sindiket membawa pekerja asing secara tidak sah berselindung di sebalik syarikat perniagaan yang diusahakan mereka bersama warga tempatan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita menemui sebanyak 258 pasport Bangladesh; dua pasport Indonesia, 26 keping E-Kad dan 11 cop getah kedutaan asing yang disyaki palsu digunakan suspek dalam menjalankan sindiket ini," katanya.

Mustafar berkata, dalam serbuan kira-kira 5.30 petang itu, pihaknya turut menemui pelbagai dokumen lain termasuk buku resit pembayaran dan wang tunai sebanyak RM1,600.

"Kita juga merampas sebuah komputer yang digunakan untuk membuat permohonan pekerja asing dan juga memalsukan kelulusan pekerja asing," katanya.

Mustafar berkata, dalam serbuan kira-kira 5.30 petang itu, pihaknya turut menemui pelbagai dokumen lain termasuk buku resit pembayaran dan wang tunai sebanyak RM1,600.

Menurutnya, sindiket berkenaan menawarkan perkhidmatan permohonan baru dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kepada majikan yang berurusan dengan mereka pada kadar bayaran tertentu.

"Siasatan juga mendapati sindiket itu turut menguruskan pasport dari Bangladesh dan menguruskan kemasukan warga Bangladesh melalui jalan tikus bagi mendapatkan PLKS dengan menggunakan cop kedutaan asing disyaki palsu.

"Tangkapan ini juga membawa kepada penemuan rangkaian tertentu termasuk pembabitan warga tempatan yang disyaki bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.


"Ruangan ini boleh memuatkan kira-kira 150 hingga 200 orang dalam satu masa sekaligus membolehkan individu yang dikenakan NTL menunggu dengan lebih selesa dan diberikan pelbagai kemudahan disediakan," katanya.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya akan memburu setiap pemilik pasport yang ditemui dalam serbuan itu untuk tindakan selanjutnya. Sumber: MyMetro - Editor: Amylea Nazrul

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati