Di Hukum Penjara 13,275 Tahun Kerana Menipu



BANGKOK - Mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara 13,275 tahun ke atas Phudit Kittitradilok kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang  tempoh penjara yang sebenar, lelaki berumur 34 tahun itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun.

Hari ini satu Media tempatan hari ini melaporkan, , lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016.

Walaupun tempoh hukuman penjara yang panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso. disabitkan kesalahan penipuan korporat.

Berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun ini.

Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan 6 bulan.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 5 tahun kepada beliau bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan wang haram, menjadikan jumlah hukuman penjara yang dijatuhi ke atas lelaki itu kepada 13,275 tahun.

Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan 6 bulan. kerana mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan walaupun pada mulanya menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis.

“Kira-kira 40,000 orang di perdaya untuk melabur dalam penipuan membabitkan kira-kira 5.3 bilion Baht (kira-kira RM670 juta).” Kata pengerusi Persatuan Skim Pelaburan AntiPiramid Samart Jenchaijitwanich.

Beliau minta jasa baik pada pihak berkuasa meminda undang-undang mengenai penipuan awam dengan menaikkan kadar penalti. Sumber: Bernama – Editor: Amylea Nazrul


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja