Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita luar negara

Video - Wanita Ini Beri Penjelasan Isu Makan Daging Babi

Imej
Video berdurasi selama 2 minit 58 saat memaparkan seorang wanita bertudung dipercayai warga Indonesia yang sebelum ini tular di media sosial kerana makan daging babi memuat naik semula memohon maaf dan menjelaskan tentang isu daging tersebut. Katanya daging tersebut sebenarnya bukanlah daging babi, ianya daging ayam. Dia sengaja berkata daging itu daging babi kerana mahu mengalih perhatian umum dan tidak menyangka akan mendapat tanggapan negatif daripada ramai pihak. Dia juga memohon maaf kepada warga Taiwan, Singapura, dan Hongkong kerana membabit nama 3 negara itu dalam videonya yang sebelum ini dengan berkata sekiranya rakyat negara itu berkata tidak pernah makan daging babi mereka berbohong. Menurutnya hanya terdapat beberapa majikan sahaja yang tidak faham mengenai status haram daging tersebut dan memaksa pekerjanya makan namun majikannya sesekali sesekali tidak pernah memaksa makan daging tersebut dan memahami bahawa daging tersebut haram di makan oleh orang muslim. Editor:Ann...

Kelahiran Anak Kambing Berkepala Dua

Imej
Pakistan - Berita kelahiran anak kambing menjadi tular di media sosial kerana memiliki dua muka termasuk dua mulut dan empat mata. Anak kambing yang baru lahir itu telah diberikan susu oleh pemiliknya. Pakar mengesahkan keadaan anak kambing itu sebagai dicephalic parapagus iaitu dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan. Setiap kepala anak kambing itu mempunyai otak yang berasingan dan ia berkongsi kawalan organ serta anggota badan lain dan kebiasaannya haiwan yang dilahirkan dengan keadaan seperti tidak dapat bertahan lama. Laman sesawang Newsflare melaporkan kelahiran haiwan berkepala dua telah direkodkan sejak 1800-an lagi walaupun sangat jarang ditemui. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna

Suami Simbah Asid Di Muka Isteri Kerana Lahirkan Anak Perempuan

Imej
  Pada Hari Wanita Antarabangsa seorang wanita di New Delhi, Farah Biwi, 25, menerima nasib malang apabila suaminya menyimbah asid ke muka nya ketika sedang tidur kerana berang melahirkan anak perempuan. Siraj Niwi, 32 terlalu menginginkan zuriat lelaki namun pada kelahiran anak kedua isterinya tetap melahirkan anak perempuan selepas kelahiran anak sulung yang juga perempuan beberapa tahun lalu. Farah dan Siraj telah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun dan kini memiliki dua orang anak perempuan. Farah kini masih dalam rawatan berkata suaminya itu marah kerana gagal memberi zuriat lelaki serta masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya. Siraj telah melarikan diri selepas mencederakan isterinya dan kini diburu oleh polis. Menurut mangsa, suami dan mentua membencinya kerana mereka menganggap Farah sengaja melahirkan anak perempuan dan sering menderanya sejak setahun lalu. Suspek turut memaksa isterinya meminta wang daripada keluarga dan akan memukul mangsa s...

Lukisan Ini Terjual Lebih R.M 16 000, Anda Tentu Tidak Percaya Siapa Yang Melukisnya..

Imej
Babi merupakan salah satu haiwan ternak yang popular dan selalu diternak untuk di ambil dagingnya. Haiwan yang memiliki muncung pendek dan hidung leper ini merupakan jenis mamalia yang cerdas bahkan boleh menjadi haiwan peliharaan yang lebih pintar berbanding anjing dan kucing. Berbeza dengan babi-babi yang lain, babi Afrika yang bernama Pigcasso ini memiliki kemampuan luar biasa kerana pandai melukis dan boleh menghasilkan berbagai lukisan abstrak. Mirror.co.uk melaporkan Pigcasso dipelihara sejak berusia empat minggu setelah diselamatkan dari sebuah ladang penternakan di Afrika Selatan dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Joanne Lefson, pemilik babi tersebut dapat melihat bakat seni Pigcasso setelah cukup lama memeliharanya. Lebih hebat lagi, lukisan hasil karya Pigcasso mampu dijual dengan harga yang mahal apabila salah satunya terjual dengan harga 3.000 pound sterling atau Rp 56,7 juta (RM16 000). "Dia tiada beza deng...

Video - Harimau Menyandar Di Perut Wanita Mengandung

Imej
Haiwan boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk memahami sesuatu keadaan yang lebih baik berbanding dengan manusia dan ia sama seperti kisah seekor harimau yang ingin disampaikan dalam artikel ini. En.goodtimes.my melaporkan seorang wanita yang sedang mengandung, mendapat perhatian yang tidak disangkakan dari seekor harimau ketika melawat haiwan di zoo. Wanita bernama Natasha Handshoe itu melawat Zoo Potawatomi di South Bend bersama sepupunya, Brittany Osborne. Brittany sempat merakamkan reaksi seekor harimau yang sangat menyentuh hati dan tidak menjangka harimau itu akan berkelakuan seperti itu. Harimau yang berada di sebalik pintu kaca cuba untuk menyandarkan kepalanya ke arah perut Natasha. Kemudian Brittany menyuruh Natasha berdiri di hadapan kandang menghadapkan perutnya kea rah harimah tersebut. Harimau itu menyandarkan pada cermin kaca seolah-olah sedang menyandar pada perut Natasha. Brittany berasa kagum dengan adegan tersebut lalu memuat naikn...

Video Isteri Serang Pelacur Yang Rampas Suaminya

Imej
Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat indah dan sangat dinanti-nantikan oleh setiap insan. Segelintir daripada nya akan menyatakan saat indah ini hanya akan bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana pada saat ini lah kita dapat mengetahui kekurangan pasangan kita. Benar setiap pasangan ada kekurangan masing-masing. Kita seharus menerima setiap kekurangan pasangan kita. Namun ada juga yang mengambil peluang ini untuk mencari pasangan yang lain kerana sudah bosan dengan pasangan nya. Isteri mana yang rela melihat suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuan nya. Tidak ada seorang isteri pun yang sanggup berkongsi kasih dan sayang nya dengan wanita lain. Jika pasangan kita memiliki sebarang kekurangan sebaiknya berbincang dahulu bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku. Baru-baru ini telah tular satu video di media sosial berkenaan dua orang wanita yang dikatakan bergaduh di sebuah restoran di Indonesia. Isterinya berbaju tshirt putih berang dengan kelakuan ...

15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya.

Imej
Seorang wanita yang dikenali sebagai Emily Mueller telah mengambil gambar bersama lebih 20,000 ekor lebah yang berkerumun di perut nya.Wanita ini juga dikatakan sedang sarat mengandung. Semasa pengambaran dia juga turut mendakwa bahawa telah disengat beberapa kali oleh lebah tersebut. Namun berita yang amat mengejutkan dari Emily dan suaminya Ryan Mueller menyatakan bahawa bayi mereka telah meninggal dunia ketika dilahirkan. Berita sedih ini di kongsikan melalui laman Facebook mereka. "Bayi kami telah disahkan meninggal dunia, dia adalah pelangi indah dalam hidup kami, walaupun kami tak dapat bawa dia pulang bersama,"kata Emily. Emily, yang sudah mempunyai tiga orang, berkata dia sedang bersiap untuk mengadakan acara pada hari Khamis dan tidak menyedari pergerakan bayi. "Pada waktu malam, saya mula menyedari bahawa saya tidak merasa banyak pergerakan dan mengalami kontraksi yang sangat berbeza dari hari sebelumnya. Disebabkan ingin menyedapkan perasaan ,saya memberi...

Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Tragis

Imej
Kisah hidup pasangan suami isteri yang tinggal di Dusun Sanggrahan Desa/Kecamatan Mungkid Kabupaten Magelang sangat menyayat hati kerana meninggal dunia tanpa di ketahui anak dah ahli keluarga sehingga mayat mereka membusuk di dalam rumah. Mayat Sukarjo, 70, dan Sutari, 60 ditemui dalam keadaan membusuk dan hampir reput pada tarikh 28 Januari pukul 11.30 oleh seorang menantu mereka yang berniat untuk melawat. “Berdasarkan kenyataan saksi, pada ketika itu menantu datang untuk berkunjung menemui mertuanya, namun saat mengetuk pintu tidak ada yang menjawab dan curiga mencium bau busuk yang menyengat dari dalam rumah,” kata Ketua Polis Daerah Kabupaten Magelang Edi Susanto. Menantu mangsa yang curiga dengan keadaan itu meminta bantuan jiran2 untuk memecahkan pintu. Sebaik sahaja masuk kedalam rumah alangkah terkejutnya menantu itu kerana menemukan jasad si ayah mertuanya terbujur kaku diatas kerusi di ruang tamu manakala ibu mertuanya meninggal ditempat tidur. “Keadaanya s...

Remaja Pergi Berpesta Dan Biarkan Anaknya Kelaparan Hingga Meninggal Dunia

Imej
Seorang ibu sepatutnya menjaga anak yang masih kecil dan memastikan anak itu mendapat penjagaan yang sempurna namun seorang remaja telah bersikap tidak bertanggungjawab apabila keluar berpesta bersama rakan-rakannya dan meninggalkan anaknya dalam kelaparan hingga meninggal dunia. Sebuah mahkamah telah mengumumkan remaja tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama sepuluh tahun. Bayi yang bernama Egor itu ditemui dalam keadaan hanya tinggal kulit dan tulang serta mata terbeliak. Suspek yang bernama Viktoria Kuznetsova, 17 yang berasal dari Rostov tidak menunjukkan sebarang riaksi semasa hukuman itu diumumkan. Menurut laporan, suspek merancang untuk membunuh bayi lelaki yang berusia sembilan bulan ketika dia memulakan kuliah. Kuznetsova mengambil kesempatan untuk membunuh bayi itu dengan cara meninggalkannya apabila suaminya pergi ke perkhidmatan ketenteraan. Dia pergi berpesta bersama rakan-rakanya dan tinggal di asrama pelajar selama seminggu dan hanya pulang ke rumah sekali u...

Gadis Seksi Jual Daging Rebus Viral Di Media Sosial, Ternyata Dia Sebenarnya Adalah..

Imej
TAIWAN - Setiap orang yang berniaga sudah pasti mempunyai strategi jualan masing-masing untuk melariskan produk jualan mereka tidak ketinggalan dengan seorang pemilik gerai daging rebus. Seorang wanita yang dikenali sebagai penjual daging rebus, telah tersebar gambarnya di media sosial kerana berpakaian seksi semasa sedang berniaga. Gambar tersebut memaparkan wanita tersebut memiliki wajah yang cantik dan berkulit putih dengan rambut panjang yang terurai dan tersenyum manis sedang melayani pelanggang yang membeli jualannya yang kebanyakannya lelaki. Seorang pengguna laman sosial instagram @leakbali telah mengoksikan gambar gadis tersebut melalui akaun instagramnya. Gambar tersebut turut mendapat banyak komen daripada pengikut @leakbali. novi_unip : @_yunif_ oh jadi kamu menyuruh aku berniaga bergini.. Hehehe bolelahsupaya laku. kvnnaz : kalau yang menjualnya macam ni, saya sanggup beratur ena_komang : Mantap strategi penjualan , boleh ditiru dan cuba. Sebenarnya gadis seksi itu buk...

26 Gambar Negara Arab Saudi Di Landa Salji

Imej
Negara Arab Saudi kini telah dilanda salji. Perkara seperti ini sememangnya jarang sekali berlaku di negara tersebut. Arab Saudi terkenal dengan sebuah negara yang dikenal sebagai padang pasir dan kawasan panas yang berbahang. Rantau Tabuk yang terletak di barat laut adalah antara kawasan yang telah dilitupi oleh lembaran putih apabila suhu di rantau tersebut jatuh. Penduduk setempat yang berada di kawasan berkenaan menggangap ini sebagai suatu kejadian yang luar biasa kerana mereka dapat menghabiskan masa dengan meluncur menuruni gunung, menulis nama mereka di salji yang baru jatuh dan mengambil trak mereka untuk membuat putaran sebelum salji cair. Salji juga turun di Lubnan, Syira dan Iran di mana beberapa kawasan yang berada di bawah 4 kaki. Salji juga jatuh di Lubnan, Syria dan Iran - di mana beberapa kawasan dikebumikan di bawah 4 kaki - sebagai letupan musim sejuk melanda bahagian-bahagian Timur Tengah. Salji telah turun di rantau Tabuk Arab Saudi (Image: spa.gov.sa) Ber...