‘Ya, Saya Janda Gila Glamor’ - Elly Mazlein
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak kisah kritikan
negatif yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Malah Elly turut mengiyakan sahaja tanggapan itu kerana enggan
mengulas lanjut mengenai kritikan tersebut.
“Bila ada pihak yang memberikan kejian serta kritikan yang
tidak membina, saya jadi malas. Ada yang mengatakan saya suka menjaja cerita
sama sahaja, saya hanya mengiyakan sahaja.
“Bila ada pihak yang mengatakan saya sebagai janda gila
glamor, saya pun mengiyakan sahaja. Bagi saya, mengiyakan apa yang mereka kata
lebih mudah. Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut.
“Apa yang penting, saya kini mahu menumpukan sepenuh fokus
dalam karier dan mencari rezeki untuk anak dan bapa saya. Alhamdulillah,
perkembangan karier saya semakin bagus selepas saya menyertai Gegar Vaganza,”
katanya, lapor Astro Gempak.
Memberikan fokus kepada dunia nyanyian, Elly juga tidak
melupakan terus bidang lakonan.
“Syukur kerana jadual persembahan nyanyian saya kini padat.
Bukannya saya enggan berlakon dalam drama bersiri, tetapi jadual penggamaran
selalu bercanggah.
“Selepas munculnya single terbaru saya bersama KRU Music
yang berjudul Jeritan Hati, saya mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian
kerana ini merupakan cinta pertama saya.
“Namun begitu, jika ada tawaran telefilem atau drama bersiri
yang bersesuaian dengan jadual, apa salahnya jika saya terima,” katanya lagi.-Astro Gempak
Ulasan
Catat Ulasan