Lagi Video Mirip Pemimpin Pembangkang Tersebar
PETALING JAYA: Kelibat lelaki mirip seorang Ahli Parlimen
pembangkang sekali lagi dirakamkan menerusi video bersama wanita yang bukan
isterinya.
Rakaman berkenaan merupakan rentetan daripada beberapa video
yang turut tersebar sebelum ini membabitkan lelaki yang sama dengan wanita
berbeza dalam tiga situasi berasingan.
Video tidak bertarikh itu dimuat naik di laman Facebook
Penang Kini pada Ahad.
Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, kelihatan lelaki
berkenaan berjalan sambil tersenyum dan berpegangan tangan dengan wanita muda
di kaki lima deretan kedai.
Pengendali laman itu mendakwa video tersebut dirakamkan di
Kuching semasa pilihan raya Sarawak tahun lalu.
Ahli Parlimen itu diketahui telah berkahwin dan mempunyai
tiga orang anak.-mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan