Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Politik

Tun Mahathir bidas PBB

Imej
PBB tidak memainkan peranan dalam mempromosikan demokrasi, dan ia menjadi punca kegagalan demokrasi dan kesaksamaan dalam hubungan antarabangsa. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap sempena lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia. Cambridge Union Society merupakan antara medan terbaik dunia dalam forum pertukaran idea serta seni perdebatan umum sejak 1815. Tun Dr Mahathir berada di London dalam lawatan kerja selama tiga hari.

Video Najib Mengamuk Tinggalkan Wawancara Al Jazeera

Imej
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan sesi wawancara bersama Al Jazeera selepas ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya. Pengacara program 101 East, Mary Ann Jolley meminta Najib menjawab pelbagai tuduhan daripada isu 1MDB, berlian merah jambu milik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kepada kes pembunuhan Altantuyaa Shaaribu, Hussain Najadi dan Kevin Morais. Najib yang kelihatan bengang akhirnya meminta Jolley beralih kepada soalan ekonomi, tetapi apabila pengacara itu tidak berbuat demikian, beliau bangun dan mengancam untuk meninggalkan sesi wawancara itu. "Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Kita telah habiskan terlalu banyak masa, jika tidak, saya akan keluar - tak lagi, tak lagi, tolonglah. Itu saja, saya sudah selesai," katanya sambil berdiri. "Jika anda mahu bercakap mengenai ekonomi, saya akan duduk," katanya. Apabila Jolley bertegas untuk meneruskan wawancara itu, Najib, yang sedang berdiri meninggikan suaranya. ...

Video 'Apa Hak Awak Tanya Soalan Ini?'

Imej
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai status beliau sebagai presiden Umno yang kini menghadapi 45 pertuduhan di mahkamah. "Apa hak awak nak tanya soalan ini," kata Zahid kepada pemberita yang menanyakan soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk bercuti sementara dari jawatnnya sebagai presiden parti keramat melayu itu. Semalam bernama melaporkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu dijangka membincangkan kedudukan Presiden parti itu Ahmad Zahid pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan. Jumaat lalu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Malaysiakini

2 Video Pemilihan PKR Gombak Bergaduh

Imej
GOMBAK - Pemilihan PKR Cabang Gombak kecoh selepas berlaku ketegangan jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan insiden berpunca salah faham antara dua ahli dalam kem berbeza sebelum menjadi serius selepas campur tangan pihak ketiga. Insiden bermula apabila seorang ahli membawa kertas cai ke dalam pusat pengundian sebelum disedari ahli parti kem berbeza. Sejurus ditarik keluar, berlaku insiden perang mulut sebelum pergaduhan dan tolak-menolak kurang dua minit. Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas pergaduhan dileraikan dan mereka terlibat ditarik keluar pagar.

Kecoh Najib Buat 'Cameo' Dalam Drama Korea.

Imej
MEDIA sosial kecoh beberapa hari ini selepas kelibat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me. Walaupun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai. Hanya beberapa saat penampilan itu namun netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial. Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar, dan ia kemudiannya menerima lebih 13,000 retweet. Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Astro AWANI

Kes Pembunuhan Morais Dan Altantuya, Najib Lapor Polis Terhadap Najib

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya. "Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini," katanya dalam suatu hantaran Facebook malam ini. Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi. "Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia. "Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata...

Najib Tetap Tidak Mengaku Salah Berhubung 1MDB

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi penegasan bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB. Dalam satu wawancara dengan Financial Times di Kuala Lumpur, bekas perdana menteri menjelaskan dirinya tidak bersalah apabila ditanya mengenai peranannya dalam skandal berkenaan. Mengulangi dakwaan bahawa AS$ 681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya adalah derma daripada seorang anggota keluarga diraja Saudi, Najib menegaskan bahawa jumlah itu bukan dana politik haram. "Saya tidak akan menggambarkannya sebagai dana politik haram, tetapi saya menerangkannya sebagai derma (dari Saudi) untuk memastikan kerajaan hari itu terus berkhidmat," katanya. Anggota Parlimen Pekan itu menyentuh pencapaian negara semasa pimpinannya ketika ditanya sama ada beliau merasa menyesal, malu atau insaf dan bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah semasa pentadbirannya yang kini cuba dibersihkan kerajaan Pakatan Harapan. "Nah, jika anda melihat dari segi penunj...

Adakah Saya Ini Gengster? - Norhizam

Imej
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu di Melaka, NORHIZAM HASSAN BAKTEE kini dilabelkan sebagai Yang Berhormat (YB) Samseng, YB Gengster, YB Biadab lantaran sikapnya yang dikatakan terlalu agresif ketika bertemu penduduk dan gelaran itu tersebar ke seluruh negara apabila rakaman video membabitkan beliau tular dalam laman sosial. Antara isu yang dikaitkan adalah kekecohan ketika beliau mengetuai serbuan di stor simpanan baja di Merlimau pada Ogos lalu diikuti perbalahannya dengan sekumpulan nelayan di Kampung Hailam, Tanjung Kling beberapa hari kemudian dan terbaharu, pertengkaran dengan sekumpulan penduduk berhubung penutupan jalan perumahan di Taman Akasia, kelmarin. Kepada wartawan Utusan Malaysia, SUFFIAN ABU BAKAR dan jurufoto AZLI AHAD, Norhizam menjelaskan tindakan yang dilakukannya itu bersebab iaitu demi kepentingan rakyat. UTUSAN: Satu Malaysia heboh memperkatakan tindakan YB yang bertelagah dengan penduduk, boleh jelaskan apa yang berlaku di Taman Akasia...

Pengurus Pilihan Raya KE14 Rantau, Amino Agus Suyub Dihukum Penjara

Imej
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memerintahkan pegawai pengurus pilihan raya (RO) di DUN Rantau, pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Amino Agus Suyub dikenakan hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah. Hakim Datuk Azimah Omar, memerintah demikian setelah mendapati Amino Agus bersalah menghantar mesej teks kepada penolong pegawai pengurus SPR, Daing Muhamad Rahimi dengan cuba mengajarnya menjawab soalan. "Sebagai seorang RO dan pegawai daerah (Rembau), kamu seorang pegawai kerajaan, seorang kakitangan kerajaan tetapi kamu cuba mengajar saksi cara menjawab soalan. "Tindakan kamu ini mengganggu prosiding dan ini sangat serius," kata Azimah. Amino dan Daing, yang juga penolong pegawai daerah Rembau, memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya Dr S Streram. Calon PKR itu mencabar keputusan bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan yang diisytiharkan sebagai pemenang. Streram mendakwa beliau dihalang daripada mengemuka...

Video - Yusuf Tegur YB Norhizam

Imej
Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berhubung video tular perang mulut dengan penduduk Kampung Nibong di Ayer Molek, Melaka sehingga bertukar kecoh. Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini. Terdahulu, Norhizam sedar akan tanggungjawab dan sentiasa menjaga tingkah laku, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bagaimanapun, dalam wawancara Melaka TV, Norhizam berkata beliau memohon maaf sekiranya ada kekasaran berlaku dalam insiden video tular berhubung perbincangan bagi menghalang sekumpulan penduduk menggunakan laluan alternatif di hadapan Taman Akasia kerana ia merbahayakan penduduk. Dalam pada itu, Norhizam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar namanya menerusi video tular baru-baru ini. - Malaysiakini

Saya Benar-Benar Menangis Melihat Najib Dan Rosmah Didakwa

Imej
Ellie Suriati berang apabila ada pihak mendakwa air mata yang ditumpahkannya di mahkamah baru-baru ini bukan tulen sebaliknya dibayar. Sebaliknya kata pelakon dan pengarah itu, dia memang benar-benar menangis semasa melihat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor didakwa di mahkamah. “Kamu sedang bermain persepsi mempropagandakan situasi saya melalui posting kamu. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh saudara. "Kamu tak peduli masalah yang melanda agama, bangsa dan negara tak apa, itu pilihan kamu. “Tapi kamu memfitnah, mencemuh, mengejek saya, itu merupakan satu bentuk sikap yang tidak bermaruah dari seseorang yang langsung tidak berbuat apa-apa tatkala agama kamu dihinjak-hinjak dan bangsa kamu dipijak-pijak,” katanya di Instagram. Perjuangan bukan berlandas wang ringgit Seorang individu mengulas aksi Ellie dalam rakaman video disiarkan Malaysiakini pada 4 Oktober lalu berjudul "Air mata Ellie gugur lihat Naji...

Seleweng Dana Yayasan Untuk Bayar Kad Kredit, Zahid Bakal Didakwa?

Imej
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menyeleweng dana yayasan. Sumber SPRM berkata, beliau mungkin didakwa Khamis ini, dan sekiranya perkara itu benar, ia bererti beliau mungkin bermalam di lokap SPRM sendiri. Bagaimanapun, dalam kenyataan di Twitter hari ini, Zahid berkata SPRM hanya akan mengambil keterangannya. Zahid turut menasihatkan penyokongnya tidak berkumpul di hadapan bangunan ibu pejabat SPRM Rabu ini. Julai lalu, Zahid disoal siasat dua kali oleh SPRM berhubung dengan Yayasan Akal Budi. Media melaporkan bahawa RM800,000 didakwa diseleweng dari yayasan itu untuk membayar kad kredit milik Zahid dan isterinya. Zahid sebelum ini berkata dana dari yayasan kebajikan itu digunakan untuk membayar hutang kad kredit namun menambah bahawa ia terjadi kerana kesilapan pegawainya. Sementara itu, satu lagi sumber yang rapat dengan perkara itu berkata Zahid mungkin akan berdepan...

Takkan MU Kalah Pun Salah Saya - Najib

Imej
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa lucu beliau apabila dipersalahkan dalam pelbagai perkara termasuk prestasi buruk pasukan bola sepak Inggeris Manchester United. Menulis dalam laman Facebook beliau, Najib merujuk hal mengenai pasukan kegemarannya itu tatkala diserang oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan dan netizen lantaran masalah yang dihadapi mereka. "Harga tak turun? Salah Najib. Man U kalah? Salah Najib. "Esok kalau hujan lewat masuk kerja? Salah Najib," tulisnya dalam posting yang sudahpun dikongsi hampir 1,000 pengguna Facebook dengan lebih 5,700 reaksi walaupun baru diterbitkan selama 20 minit. Manchester United, pasukan paling gemilang dalam sejarah Liga Perdana Inggeris kini menghadapi zaman malap apabila hanya menduduki tempat ke-10 liga setakat ini serta tersingkir daripada Piala Liga. Najib berdepan 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang har...

Ucapan Tun Mahathir Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Imej
BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. (Bahasa Melayu) Puan Presiden, 1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. 2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini. 3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72. 4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia. 5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi ...

Harga Barang Akan Naik Kerana SST - Najib

Imej
RAKYAT dijangka akan terbeban dengan kenaikan berganda harga barangan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan, esok. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada beberapa barangan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus, turut disertai dengan cukai perkhidmatan enam peratus, menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga kepada rakyat. “Ada sesetengah barang impaknya berganda, maknanya 10 peratus bagi barangan, tapi servis, contohnya perkhidmatan lori dikenakan enam peratus, akhirnya rakyat akan tanggung kenaikan agak besar kesannya. “Tayar pula jika sebiji kira-kira RM400 hingga RM500, kalau 10 peratus (cukai jualan) dah RM50, pasang pula kena enam peratus (cukai perkhidmatan), kalau empat biji tayar berapa?," katanya pada sidang media selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia...

Saya Tak Campur Hal Umno Lepas Berundur - Najib

Imej
Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata gesaan supaya menjarakkan diri dengan parti itu tidak timbul. Katanya, sejak meletakkan jawatan, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan parti. “Zahid amat bebas untuk membuat keputusan. “ Sebagai contoh, berhubung pelantikan penjawat parti dan calon (pilihan raya) Sungai Kandis dan semua itu,” katanya. “Saya dukung dia sebagai presiden dan berikan kerjasama penuh,” kata Najib kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Najib patut ke tepi dan membenarkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mengemudi Umno ke depan. Semalam Nazri yang dianggap lantang mahu Najib supaya menjarakkan dirinya dari Umno bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti. Menurut anggota parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun ...

Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Sangat Baik

Imej
Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin hubungan baik di antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjernihkan kekeruhan yang membelit PKR sekarang. Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keyakinan itu lahir berlandaskan permuafakatan yang dibina kedua-dua kepimpinan tertinggi parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) itu. “Pada Jumaat lepas saya sempat jumpa dengan Datuk Seri Anwar dan (diberitahu) hubungan beliau dengan Dr Mahathir sangat baik. “Malah, beliau sendiri tekankan, permuafakatan itu harus diperkukuhkan. "Selepas pertemuan itu kami bersama-sama ke Putrajaya bagi bertemu dengan Dr Mahathir,” katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan bersama kepimpinan Majlis Belia Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mengulas kenyataan calon anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu kempen kumpulannya yang mendakwa Anwar tidak akan menjadi perdana menteri jika Dat...

Farah Nabilah Disangka Sertai Barisan Nasional

Imej
Farah Nabila y ang dikenali sebagai seorang pelakon telah disalah anggap oleh netizen apabila ada yang menyangka pelakon itu telah menyertai parti politik gara-gara dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional ( BN) . Saya terima banyak mesej peribadi yang bertanya "eh join politik pulak ker?" kata Farah Farah Nabilah atau Fawaa menerusi Instastorynya berkata dia dipanggil untuk berkongsi tentang ‘women emporment’ dan tiada kena mengena dengan politik. Sahabat puteri BN seluruh negara menghadiri majlis pelancaran Azalea 2018 yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu 20 Januari. Farah berkata, selain beliau penyanyi Fyn Jamal turut menjadi salah seorang artis jemputan untuk pengisian program tersebut. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana

Video Zarina Hentam Dira Kerana Malukan Fathia.

Imej
Pelakon Zarina Anjoulie yang sudah lama menyepi, kini dia tampil memberi kenyataannya berkenaan cara dan sikap pelakon Dira Abu Zahar, selaku Exco Puteri Umno, yang menyelar Fathia dalam persidangan UMNO baru-baru ini. Difahamkan, pelakon Zarina telah memuat naik sebuah video yang dimana dia mengatakan dia tidak bersetuju dengan tindakan Dira yang memalukan Fathia menerusi akaun Instagramnya. Malah beliau turut mengutuk perilaku Dira yang seakan dilihat mahu mencari publisiti dalam persidangan tersebut. Menerusi video dan status berkenaan, Zarina juga kelihatan tidak gentar untuk mengecam Dira malah dia turut menyuruh pengikutnya di Instagram untuk 'tag' Dira supaya pelakon berkenaan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina. "Memang lah Fathia ada cakap sesuatu tetapi tidak perlu sampai mengaibkan dia,", tulis Zarina. Sementara itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina. "Islam pun melarang kita ...

Baitulmuqaddis: Trump melengkapi Deklarasi Balfour 1917

Imej
Kuala Lumpur : Satu kenyataan akhbar hari ini dikeluarkan menerusi  kongres Forum Antarabangsa Palestin bagi Media dan Komunikasi berpendapat bahawa Donald Trump telah mengambil langkah yang berbahaya dalam sejarah undang-undang dan hubungan antarabangsa untuk melengkapkan pelaksanaan Deklrasi Balfour 1917 yang menimbulkan kontroversi bagi satu abad yang akan datang. Kongres Rakyat Palestin berkata, "Deklarasi 2017 oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ini tidak kurang bahaya dengan Deklrasi  Balfour  1917 yang pernah wujud suatu ketika dahulu yang mengambil kira keadaan luar sejarah dan implikasi politik kedua-kedua deklarasi berkenaan. Sejarah kewujudan Deklarasi Balfour 1917 adalah mengenai sejarah antarabangsa pertama mengenai hak-hak orang yahudi untuk membina negara haram di bumi Palestin dan menyebabkan kedudukan zionis dan Deklarasi 2017 merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Trump pada 6 Dis lepas yang cuba untuk mengikti...