Najib Tetap Tidak Mengaku Salah Berhubung 1MDB


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi penegasan bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Dalam satu wawancara dengan Financial Times di Kuala Lumpur, bekas perdana menteri menjelaskan dirinya tidak bersalah apabila ditanya mengenai peranannya dalam skandal berkenaan.

Mengulangi dakwaan bahawa AS$ 681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya adalah derma daripada seorang anggota keluarga diraja Saudi, Najib menegaskan bahawa jumlah itu bukan dana politik haram.

"Saya tidak akan menggambarkannya sebagai dana politik haram, tetapi saya menerangkannya sebagai derma (dari Saudi) untuk memastikan kerajaan hari itu terus berkhidmat," katanya.

Anggota Parlimen Pekan itu menyentuh pencapaian negara semasa pimpinannya ketika ditanya sama ada beliau merasa menyesal, malu atau insaf dan bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah semasa pentadbirannya yang kini cuba dibersihkan kerajaan Pakatan Harapan.

"Nah, jika anda melihat dari segi penunjuk utama, ok? Maksud saya, lihat (ia) dari segi angka pertumbuhan. Tahun lepas, kita mencapai 5.8 peratus.

"Pertumbuhan adalah 5.5 peratus, jika anda melihat dari segi faedah yang kami berikan kepada rakyat, mereka pada dasarnya mendapat faedah yang dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. "

Najib, yang juga bekas menteri kewangan, juga dilaporkan meminta Financial Times mengambil gambarnya di hadapan Tun Razak Exchange (TRX), pembangunan hartanah Kuala Lumpur yang dilancarkan oleh anak syarikat 1MDB.

Projek itu dinamakan sempena nama bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.

Najib kini menghadapi 32 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International, manakala isterinya Rosmah Mansor menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram. - Malaysiakini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja