Bunuh Tunang Didepan Bakal Ibu Martua

Tiada yang lebih sedih bagi seorang ibu, apabila anak gadisnya maut dibunuh di depan matanya sendiri.

Nuryatmi melihat sendiri anak gadisnya yang berusia 19 tahun maut di tikam di bahagian perut sebanyak 4 kali oleh bakal menantunya itu.

Dalam kejadian yang berlaku di Kota Palembang petang semalam dimaklumkan mangsa yang baru balik dari pada universiti dipaksa oleh suspek ke rumah kononnya membincang sesuatu yang penting.

Selepas sampai, mangsa sempat menghubungi ibunya untuk datang mengambilnya dirumah tunangnya itu.

Entah bagaimana mereka mula bergaduh dalam rumah tersebut, tidak lama selepas itu ibu mangsa datang meleraikan pergaduhan pasang itu.

Namun suspek bertindak ganas apabila mengheret mangsa masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Di dalam bilik tersebut suspek memukul dan menikam perut mangsa menggunakan pisau 4 kali.

Menurut ibu mangsa Nuryatmi ketika beliau berjaya membuka pintu bilik itu, dia dapat melihat suspek menusukkan pisau ke bahagian perut anaknya itu.

Beliau kemudian menjerit meminta tolong orang ramai, manakala suspek berjaya melarikan diri.

Menurut laporan pihak polis Palembang mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Sementara suspek berjaya di tahan pagi tadi kira kira Jam 7:30

Pihak polis yang menjalankan siasatan mendakwa punca pembunuhan adalah motif dendam, namun tidak diketahui dengan jelas punca pergaduhan ada dendam diantara mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja