Kelantan Tidak Akan Lepaskan Ghaddar.

KELANTAN memberi isyarat penyerang import sensasi mereka, Mohammed Ghaddar tidak akan dilepaskan, sebaliknya dia akan terus setia menyarung jersi pasukan itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman sosialnya semalam mengesahkan, sekalipun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendapat tawaran daripada pasukan lain dengan tawaran tertentu namun penjaring terbanyak Liga Super itu akan kekal bersama Kelantan.

“Kafa tidak harus memandang wang dalam soal ini. Mohammed Ghaddar, saya bawa secara berjimat, tanpa (bayaran) yuran kepada ejen dan kita berjaya menjimatkan ratusan ribu.

“Bukan sahaja Mohammed Ghaddar terus bersama kita, malah dia bakal bergandingan dengan kembar baru, tetapi itu akan hanya diputuskan selepas menentang Pahang, 6 Mei ini,” katanya.


Penyerang skuad kebangsaan Lubnan itu cetus sensasi apabila tiga kali melakukan hatrik ketika bertemu Perak, T-Team dan Pulau Pinang sekali gus membolehkan dia mengetuai senarai penjaring terbanyak liga utama itu dengan 16 gol, setakat ini.

Menurutnya, prestasi pemain sedia ada juga akan dinilai dan sekurang-kurang dua hingga tiga muka baharu bakal diuji pengendali pasukan, Zahasmi Ismail bagi memperkasakan semula skuad pantai timur itu.

Menerusi entri itu, Annuar turut mengumumkan Zahasmi bakal mendapat gandingan baharu bagi mengemudi The Red Warriors (TRW) sebagaimana dicadangkan jurulatih berusia 51 tahun itu, tidak lama dahulu.

“Kali ini (jurulatih) dari Amerika Latin. Ini (usaha membawa jurulatih baharu) juga sedang kita muktamadkan. Insya-ALLAH, lusa saya akan pulang ke Kota Bharu bersama berita awal untuk memperkasakan TRW,” katany-Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja