Pucuk Muda, Diliwat Rakan Sebilik Dalam Penjara.

Kredit Photo Sinar Harian
TERENGGANU - Seorang banduan dipercayai meliwat rakan sepenjara terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan dikenakan lima sebatan oleh Makhamah Seksyen Kuala Terengganu, hari ini.

Hakim Azman Mustapha telah membuat keputusan itu selepas tertuduh, Che Muhammad Faris Che Abdul Roni yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengaku bersalah terhadap tertuduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan sebagainya.

Mengikut rekod, tertuduh dikatakan melakukan perbuatan terbabit ketika menjalani hukuman  penjara di atas kesalahan samun dan dibebaskan pada Khamis lalu.

Namun tidak lama selepas itu, tertuduh telah dihantar semula selepas mangsa dikatakan mengadu sakit dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

Doktor mengesahkan bahawa mangsa diliwat sebelum perkara terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kemudiannya suspek telah ditahan.
Mengikut pertuduhan yang dibuat, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang berusia 18 tahun tanpa kerelaannya di sebuah bilik di Penjara Marang, Marang, jam 2 pagi pada 2 Oktober lalu.

Tertuduh juga mengaku salah melakukan kesalahan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja