Pemilik Pasar Raya Dirompak Serta Dibunuh

Kredit Photo Berita Harian
IPOH – Sekumpulan perompak disyaki memukul seorang pemilik pasar raya sehingga mati dengan kesan kecederaan di kepala sebelum melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 di tingkat atas sebuah pasar raya di Pusat Perdagangan Jelapang, awal pagi tadi.

Anak kedua mangsa telah menemui bapanya, Sem Ah Yem, 69 mati dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan senjata tumpul seawal jam 7.30 pagi tadi.

Polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada anak mangsa yang berumur  dalam lingkungan usia 20-an yang dikatakan menemui mayat ayahnya dalam sebuah bilik tingkat atas premis tersebut, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tambi.

“Mangsa dipercayai tidur berseorangan di salah sebuah bilik di tingkat atas ketika kejadian dan difahamkan mangsa tinggal berasingan daripada keluarga sejak tujuh tahun lalu, kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahawa sekumpulan suspek dipercayai memasuki premis tersebut dengan memanjat dinding belakang sebelum naik ke bumbung dan turun dari siling ke tingkat atas menggunakan tali, kata Mohd Ali.

“Suspek kemudiannya turun ke tingkat bawah premis yang juga merupakan pasar raya menggunakan Sembilan lot kedai dan memasuki sebuah bilik dipecayai pejabat mangsa, katanya lagi.

“Ketika berada di dalam pejabat tersebut, suspek telah melarikan wang kertas berjumlah antara RM70,000 hingga RM80,000 selepas menebuk belakang peti besi menggunakan gerudi.

Katanya lagi, “polis juga turut menemui sebatang besi dianggarkan sepanjang satu meter yang mempunyai kesan darah di lokasi kejadian.”

Pihaknya juga menggunakan perkhidmatan pakar patologi dan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian bagi mengesan kesemua suspek. Kata Mohd Ali.

“Siasatan mendapati bahawa terdapat 30 kamera litar tertutup (CCTV) di dalam pasar raya tersebut namun CCTV itu hanya menayangkan gambar sahaja tetapi tidak melakukan rakaman.

"Siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat 30 kamera litar tertutup (CCTV) dalam pasar raya itu, namun CCTV itu hanya menayangkan gambar tetapi tidak melakukan rakaman.


Namun ada beberapa CCTV di bangunan berdekatan dan kita akan periksa rakaman tersebut. Katanya lagi, “siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.” Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja