Suami Kantoi Curang, Isteri Roboh Rumah Hasil Kerja Di Luar Negara


JAWA TIMUR - Seorang isteri bertindak berang dengan merobohkan rumah mereka apabila medapat tahu suaminya berlaku curang semasa ketiadaannya di rumah.

Wanita tersebut dikatakan berasal dari Jawa Timur dan telah bekerja sebagai tenaga kerja asing di luar negara, di Taiwan.

Namun selepas penat membanting tulang di tempat orang, wanita itu pun kembali semula ke negaranya untuk bersama dengan suaminya.

Tetapi pekara yang tidak dingini berlaku apabila dia dikejutkan dengan kecurangan suaminya dan yang lebih teruk rumah yang dibina hasil kerja wanita itu, kini menjadi rebutan antara dia dengan suaminya.

Namun yang lebih menyulitkan apabila rumah mewah itu dibina di atas tanah milik mertuanya. Berang dengan kecurangan suaminya, wanita itu telah bertindak merobohkan rumah mereka sebagai tanda marah dan dendam terhadap suaminya.


Hal ini terjadi kerana suaminya enggan mengosongkan rumah terbabit dan apabila diminta membayar ganti rugi, lelaki itu tidak mempunyai wang.

Dia telah memuat naik gambar itu dalam Facebook Mimin Arema Anita Formosa dan ternyata tindakan wanita tersebut telah mendapat sokongan dari kebanyakan kaum Hawa yang memuji langkah yang diambil.

Kata mereka, wang boleh dicari lagi tetapi suami yang curang harus dibuang. Sumber: Suara Tv. Editor: Atila Atasha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja