Wang Berjuta-Juta Ditemuai Imigresen

Kredit Photo Astro Awani
KOTA KINABALU – Seorang lagi individu ditahan Jabatan Imigresen (JIM) berhubung penemuan wang tunai RM13.5 juta dalam serbuan di sebuah hotel bagi membantu siasatan yang disyaki membabitkan sindiket pelacuran baru-baru ini.

Suspek wanita yang berusia 46 tahun itu telah ditahan oleh pasukan khas pada jam 12 tengah hari pada hari Selasa di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di mana lokasi sebahagian wang tunai itu ditemui, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Katanya, “ wanita berkenaan juga merupakan isteri salah seorang daripada suspek yang dipercayai dalang utama di dalam kes penemuan wang jutaan ringgit tersebut. Kini, seramai empat orang dalang telah ditahan bagi penahanan terbabit.

Imigresen telah menahan beberapa individu dan menjumpai wang tunai lebih RM11 juta dalam serbuan ‘Op Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu

“Lebih RM1.1 juta ditemukan di pangsapuri milik salah seorang daripada yang ditahan yang tidak jauh dari lokasi serbuan berkenaan, dari hasil siasatan lanjut.

“Difahamkan, seramai 17 individu yang ditahan dalam operasi itu adalah wanita warga Filipina yang berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 30-an, dipercayai mangsa sindiket pelacuran yang didalangi tiga lelaki terbabit.

Mustafar berkata siasatan lanjut mendapati bahawa hotel yang diserbu Jumaat lepas itu telah beroperasi sejak 1999.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca dari mana wang itu diperoleh dan mendapati bahawa di antara wang tunai yang dirampas bertarikh pada tahun 2008.

“Kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 selain Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


Pihaknya juga akan memastikan semua aspek akan disiasat dengan lebih teliti tanpa membuat sebarang andaian, kata beliau. Sumber: BERNAMA. Editor: Atila Atasha 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja