Dapat Hadiah Krismas Berbungkus Simen, Bukanya Susah Payah, Tapi Isinya???
FILIPINA: Perayaan Krismas merupakan satu perayaan yang
disambut hampir di seluruh dunia dan melalui perayaan ini pastinya tidak
lengkap tanpa adanya acara menukar hadiah.
Sudah pastinya acara ini diraikan mengikut perbezaan masyarakat
di sesuatu tempat.
Ketika perayaan ini dijalankan, satu kejadian berlaku dan
hangat di mana seorang lelaki telah memuat naik satu video mengenai hadiah
Krismas yang diterimanya dan ianya telah menjadi viral di laman sosial.
Kebiasaanya, hadiah yang dibungkus pastinya cantik dan
sesetengah daripadanya akan menjadikan hadiah tersebut kreatif.
Namun, hal ini tidak terjadi kepada lelaki yang berasal dari
Filipina ini di mana dia menerima hadiah yang agak melucukan sempena perayaan
Krismas yang lepas.
Lelaki tersebut dikenali dengan nama Isko Anzures Santiago
telah memuatnaik hadiah Krismas yang diterimanya di laman sosial Facebook pada
Selasa yang lepas.
Difahamkan hadiah misteri itu diterima daripada temannya
yang bernama Lemuel Ortega.
Apa yang memeranjatkan mengenai hadiah ini adalah, hadiah
tersebut telah dibungkus dengan menggunakan simen.
Hadiahnya itu kelihatan dibalut cantik malahan ia juga
dikatakan agak berat ketika dipegang.
Dalam tulisannya di laman sosial, lelaki tersebut menulis “Terima
kasih Lemuel Ortega di atas hadiah yang terbaik dan mudah dibuka untukku.”
Kata-kata Santiago itu merupakan sindiran kepada rakannya
itu kerana pada hakikatnya dia memerlukan usaha tambahan untuk membuka hadiah
tersebut.
Sejurus selepas menerima hadiah terbabit, Santiago ada
memuat naik sebuah video untuk merakam usahanya itu.
Turut kelihatan seorang rakannya membantu bahkan mereka
turut menggunakan alatan khas bagi menghancurkan simen tersebut.
Perjuangan Santiago tidak sampai di situ saja apabila dia
terpaksa membuka wayar besi yang digunakan untuk mengikat hadiahnya.
Setelah perjuangan keras dan rumit itu selesai, Santiago
akhirnya berjaya membuka hadiah tersebut.
Dalam hadiah terbabit, kelihatan hadiah tersebut elok
dibalut plastik dan ketika membukanya, dia tidak menyangka bahawa dia akan
menemui sepasang seluar yang berwarna ungu berjenama Bench Body.
Video yang dimuatnaiknya itu telah menjadi bualan hangat di
laman sosial dan turut dikongsi hampir 6 ribu kali.
Banyak netizen berasa kagum sekaligus turut merasa terhibur
dengan hadiah Krismas yang diterima Santiago ini.
Malahan, beberapa netizen turut menawarkan diri untuk saling
bertukar hadiah Krismas tahun depan dengan menggunakan teknik yang sama.
Sumber: Suara.Tv, Editor: Amira





Ulasan
Catat Ulasan