Video Aksi 'Panas' Murid Sekolah
INDONESIA: Baru-baru ini telah tular dua rakaman video yang
menunjukkan adegan ranjang di antara seorang wanita dewasa dengan murid sekolah
rendah sehingga menyebabkan siasatan polis dijalankan secara meluas untuk
menyiasat perkara ini.
Berdasarkan laporan daripada media, salah satu rakaman
tersebut menunjukkan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan seorang budak
lelaki yang dipercayai berada di bawah umur.
Sementara itu, satu
lagi rakaman turut menunjukkan aksi panas di antara wanita terbabit yang mana turut
melibatkan budak lelaki yang sama serta turut kelihatan seorang lagi budak
lelaki didalam rakaman tersebut.
Dalam rakaman video tersebut, difahamkan turut kedengaran
mereka sedang bercakap dalam bahasa Sunda, iaitu bahasa ibunda bagi majoriti masyarakat
di Jawa Barat lalu mendorong polis di sana untuk melakukan siasatan lanjut
mengenai kes yang berlaku ini.
Hasil siasatan awal yang dijalankan, video tersebut telah dipercayai
dirakam beberapa bulan yang lalu di sekitar kota Bandung.
Ketua Polis Jeneral Jawa Barat turut menambah dan
meramalkan bahawa rakaman itu telah dirakam pada sekitar bulan November yang
lepas dan sudah pastinya tidak dirakam pada bulan Disember.
Walaubagaimanpun, identiti individu dalam video berkenaan
masih belum dikenal pasti, tetapi pihak polis telah menemui dua hotel di mana
video tersebut dirakamkan dan turut menjalankan siasatan awal dengan menyoal
siasat kakitangan hotel berkenaan.
Tambah Ketua Polis itu lagi, kebiasaanya orang ramai yang
hendak mendaftar masuk ke dalam hotel akan meninggalkan kad pengenalan mereka
dan pihak polis akan segera memeriksanya.
Walaupun masih belum ada sebarang penangkapan dijalankan,
wanita terbabit mahupun orang dewasa lain yang mungkin terlibat dalam
pengeluaran video ini akan segera didakwa dengan penderaan seksual kanak-kanak
di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia yang boleh membawa hukuman penjara selama 15 tahun.
Individu terbabit juga akan turut didakwa kerana melanggar
undang-undang anti-pornografi yang ketat di Indonesia.
Setakat ini, pihak polis masih lagi belum mengenal pasti
siapa yang memuat naik video berkenaan di laman-laman sosial. Sumber: Mstar,
Editor: Amira


Ulasan
Catat Ulasan