Atuk Cabul Cucu Berusia 13 Tahun Ketika Ibu Pergi Kedai.

Suspek ditahan polis Foto Harian Metro
SARAWAK: Seorang warga emas ditahan mencabul cucunya sendiri yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak.

Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 53 tahun itu didakwa mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 13 tahun kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan sementara di rumah berikutan ibunya keluar membeli barangan dapur.

Menurutnya, suspek kemudian muncul sebelum menarik mangsa masuk ke bilik dan mengunci pintu.

“Mangsa cuba melawan namun suspek menolaknya ke atas katil sebelum menanggalkan seluar mangsa.

"Mangsa bagaimanapun berjaya menendang suspek hingga terjatuh menyebabkan lelaki itu bergegas melarikan diri,” katanya.

Perbuatan itu diketahui ibu mangsa selepas melihat anaknya menangis.

“Susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya di kawasan sama tidak lama kemudian.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja