Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sumbang Mahram

Adik Ipar Dan Kakak Ipar Hukum Kantoi Khalwat

Imej
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat. Wanita berusia 29 tahun dan bekerja sebagai guru tabika manakala adik iparnya, 25, yang tidak bekerja turut berdepan hukuman seminggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan. Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Mengikut fakta kes, serbuan berwaran dilakukan di sebuah rumah di Pulau Musang, di sini, lebih kurang jam 10.45 malam, pada 26 Jun lalu. Pintu utama yang tertutup rapat diketuk selama dua minit sebelum dibuka seorang wanita. Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di ruang tamu dan seorang lagi sedang tidur di dalam buaian. Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati ada...

Ibu Disabit Kesalahan Sumbang Mahram Kerana Berkahwin Dengan Dua Orang Anak

Imej
OKLAHOMA - Patricia Anna Spann , 45 bakal berhadapan hukuman penjara dua tahun selepas disabit kesalahan sumbang mahram kerana berkahwin dengan anak perempuannya, Comanche County. Patricia dan anak perempuannya Mistry Spann, 26 ditangkap pada rabu dan dibawa ke penjara Stephens Country . Pada tahun 2014 Patricia hilang hak penjagaan ke atas anak perempuannya dan bertemu semula pada Mac 2016 dan berkahwin selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang di Oklahoma. Berdasarkan siasatan, Patrician pernah berkahwin dengan anak lelakinya pada 2008 ketika anaknya berusia 18 dan perkahwinan itu dibatalkan oleh anaknya pada tahun 2010 ekoran daripada dakwaan sumbang mahram. Selepas Jabatan Perkhidmatan sosial membuat pemeriksaan kebajikan ke atas anaknya, perkahwinan ibu dan anak perempuan itu dapat dikesan dan Misty Spann bertindak membatalkan perkahwinan itu Oktober lepas dan memberi alasan dia diperdaya oleh ibunya untuk berkahwin. Beliau turut berkata bahawa ...

Remaja 15 Tahun Gunting Tali Pusat Bayinya Sendiri..

Imej
BINTULU: Remaja 15 tahun, dalam keadaan kepenatan dan mengalami trauma yang cukup teruk, remaja itu mengambil gunting dan memotong tali pusat bayinya, sebelum dia membungkus bayi terbabit dalam kain dan di buang di luar rumah, Tanjung Kidurong. Bayi tidak berdosa itu dibuang oleh ibunya, seorang remaja berusia 15 tahun, akibat tekanan yang melampau kerana dia mengandung, selepas dirogol oleh bapa tirinya, sejak enam tahun lalu. Lebih memilukan hati apabila bayi yang dibungkus dalam kain itu dibuang dalam tong sampah di hadapan rumahnya sendiri, ketika bayi tersebut masih hidup. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, remaja itu bersalin berseorangan dalam bilik air, di kediaman berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi, Jumaat lalu. Dalam keadaan kepenatan dan mengalami trauma yang cukup teruk, beliau berkata, remaja itu mengambil gunting dan memotong tali pusat bayinya sendiri, sebelum dia membungkus bayinya terbabit ke dalam kain. Katanya, ...

Ayah Ditahan Rogol Anak Gadis Berusia 15 Tahun Hingga Hamil 6 Bulan.

Imej
Georgetown – Polis menahan seorang lelaki kerana merogol anak gadisnya yang berusia 15 tahun sehingga anak perempuannya itu mengandung enam bulan. Ayahnya yang di kenali sebagai Anuar Omar berusia 50 tahun itu dikatakan merogal anak gadisnya itu di rumah mereka di Ayer Itam, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan ayah akan direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. “Ibu gadis berkenan mengesyaki suaminya telah merogol anak gadis mereka yang sudah tidak bersekolah itu dan ibunya telah membuat laporan kepada pihak polis semalam. “Setelah membuat ujian air kencing gadis berkenaan, mendapati gadis berusia 15 tahun itu mengandung" katanya di sini hari ini. Gadis itu telah ihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam bulan. Menurut pihak polis lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan bapa ...

Ayah Ditahan Rogol Anak Berusia 16 Hingga Mengandung 6 Bulan.

Imej
Georgetown – Polis menahan seorang lelaki kerana merogol anak gadisnya yang berusia 15 tahun sehingga anak perempuannya itu mengandung enam bulan. Ayahnya yang di kenali sebagai Anuar Omar berusia 50 tahun itu dikatakan merogal anak gadisnya itu di rumah mereka di Ayer Itam, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan ayah akan direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. “Ibu gadis berkenan mengesyaki suaminya telah merogol anak gadis mereka yang sudah tidak bersekolah itu dan ibunya telah membuat laporan kepada pihak polis semalam. “Setelah membuat ujian air kencing gadis berkenaan, mendapati gadis berusia 15 tahun itu mengandung" katanya di sini hari ini.   Gadis itu telah ihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam bulan. Menurut pihak polis lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan...

4 Gambar Wanita Dipenjara Kerana Kahwini Ibu Kandung.

Imej
DUNCAN: Seorang wanita telah ditahan selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan bersama ibu kandungnya sendiri serta telah pun berkahwin dengannya. Wanita Oklahama yang dikenali sebagai Misty Spann itu telah ditahan kerana melakukan kesalahan perbuatan sumbang mahram bersama ibu kandungnya yang dikenali sebagai Patricia Spann berusia 43 tahun. Pasangan songsang tersebut yang telah pun berkahwin di Comanche ditahan selepas siasatan polis mendapati bahawa perkahwinan mereka itu merupakan satu kesalahan membabitkan hubungan sedarah. Menurut laporan mStar Online, Patricia telah hilang hak penjagaan terhadap Misty serta dua orang lagi anaknya ketika mereka masih lagi kecil. Ketiga-tiga anaknya telah dijaga oleh nenek mereka dan langsung tidak dipedulikan oleh Patricia yang langsung tidak pernah menghubungi mereka sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini. Merujuk kepada rekod mahkamah telah menunjukkan bahawa dia juga pernah mengahwini anak lelaki sulungnya pada tahun 2008...

Atuk Cabul Cucu Berusia 13 Tahun Ketika Ibu Pergi Kedai.

Imej
Suspek ditahan polis Foto Harian Metro SARAWAK: Seorang warga emas ditahan mencabul cucunya sendiri yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak. Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 53 tahun itu didakwa mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 13 tahun kira-kira 5 petang semalam. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan sementara di rumah berikutan ibunya keluar membeli barangan dapur. Menurutnya, suspek kemudian muncul sebelum menarik mangsa masuk ke bilik dan mengunci pintu. “Mangsa cuba melawan namun suspek menolaknya ke atas katil sebelum menanggalkan seluar mangsa. "Mangsa bagaimanapun berjaya menendang suspek hingga terjatuh menyebabkan lelaki itu bergegas melarikan diri,” katanya. Perbuatan itu diketahui ibu mangsa selepas melihat anaknya menangis. “Susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya di kawasan sama tidak lama...

Pelajar 17 Tahun Mangsa Kerakusan Nafsu Bapa Angkat Selama 8 Tahun.

Imej
PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan lima menjadi mengsa kerakusan nafsu oleh bapa angkatnya sendiri selama lapan tahun sejak tahun 2009. Menurut laporan Harian Metro, pelajar terbabit di katakan dicabul beberapa kali selama lapan tahun oleh bapa angkat di sebuah rumah di Petaling Jaya. Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila remaja perempuan terbabit diambil menjadi anak angkat oleh suspek berusia 49 tahun, pada 15 November 2009 selepas kematian bapa. "Difahamkan ibu mangsa pulang ke negara asalnya selepas menyerahkan remaja terbabit untuk dijaga oleh suspek. "Selepas beberapa bulan tinggal di rumah lelaki terbabit, mangsa mendakwa dia mula diganggu oleh suspek dengan memandikan mangsa, meraba kemaluan, memaksa tidur bersama tanpa pakaian dan melakukan oral seks. "Suspek turut mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya memaklumkan perbuatannya itu kepada orang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini. Katanya, kejadian berlarutan sehingg...

Bapa Dan Anak Durjana, Kanak-Kanak Perempuan Jadi Mangsa.

Imej
Gambar sumber dari Harian Metro Sarawak - Seorang bapa serta anaknya telah ditahan atas kesalahan melakukan gangguan melampau iaitu mencabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga merupakan cucu serta anak saudara mereka. Kejadian tersebut dikatakan telah dilakukan oleh kedua-dua tertuduh di Sungai Durin, Sibu. Tertuduh yang berusia 53 tahun serta anaknya yang berusia 25 tahun tersebut telah didakwa di hadapan Mahkamah Seksyen Sibu telah melakukan kesalahan tersebut secara berasingan diantara bulan Mei sehingga Ogos tahun lalu. Walau bagaimanapun masih tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh tersebut.. Mengikut kertas pertuduhan, datuk mangsa didakwa melakukan empat sentuhan pada kemaluan cucunya itu dengan tujuan seksual dalam beberapa kejadian berasingan antara Mei hingga Ogos lalu. Sementara itu ayah saudara mangsa pula didakwa atas empat pertuduhan pada tempoh masa yang sama selain satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada anak s...

Kes Liwat Anak' Mangsa Diliwat Kali Pertama Semasa Mengerjakan Umrah Di Mekah

Imej
Putrajaya - Kes liwat yang membabitkan remaja berusia 15 tahun yang mendakwa telah diliwat oleh bapa kandungnya sendiri benar-benar mengejutkan masyarakat apatah lagi ini merupakan kes pertama yang membabitkan seratus lebih pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh. Tertuduh telah didakwa melakukan sumbang mahram, serangan seksual serta liwat ke atas anak kandungnya sendiri yang berusia 15 tahun dan amat mengejutkan apabila tertuduh didakwa kerana meliwat anaknya itu sebanyak tiga kali sehari termasuklah pada bulan Ramadhan. Menurut laporan Astro Awani, lebih mengejutkan apabila Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali membacakan pendedahan fakta kes tersebut dalam keadaan sebak, malah penulis dan rata-rata mereka yang hadir termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tersentak selepas satu demi satu pendedahan dilakukan. PERTAMA KALI DI MEKAH Dalam fakta kes yang dibacakan, mangsa didakwa telah diliwat buat pertama kali oleh tertuduh...

Budak Perempuan 7 Tahun Dirogol Datuk Dan Pakcik

Imej
Sarawak - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun telah menjadi mangsa rogol bergilir oleh datuk serta bapa saudaranya sendiri beberapa kali sejak tahun lepas. Datuk Dev Kumar yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak ketika ditemui memberitahu bahawa kejadian tersebut telah diadukan oleh mangsa kepada ibunya sebelum ibu mangsa bertindak membuat laporan polis. Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu pada Sabtu lalu selepas diceritakan oleh mangsa sendiri yang memberitahu bahawa dia telah dirogol beberapa kali oleh kedua-dua suspek. Kejadian rogol tersebut dikatakan berlaku di rumah datuknya sendiri yang bertempat di sebuah rumah panjang di Sg Durin Sibu ketika mangsa berusia tujuh tahun dan ketika itu difahamkan mangsa tinggal di rumah datuknya itu manakala ibu mangsa tinggal di Mukah. Dev dalam kenyataannya memberitahu bahawa kedua-dua suspek yang merupakan penganggur telah ditahan pada pukul 1 petang semalam di rumah panjang Sg Du...

'Ratah' Anak Sendiri, Bapa Durjana Dihukuman Penjara 115 tahun

Imej
Mahkamah Majistret Betong menjatukan hukuman penjara 115 tahun dan 20 kali sebatan selepas lelaki berusia 49 tahun ini mengaku bersalah atas lima tuduhan sumbang mahram dan satu tuduhan cabul terhadap anak tunggalnya sendiri. Hakim Mahkamah Juga menetapkan hukuman 22 tahun penjara dan empat sebatan terhadap setiap pertuduhan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh, manakala untuk kes cabul, dijatuhi penjara lima tahun. Menurut Laporan  Astro AWANI, Semua hukuman tersebut berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan pihak polis, menjadikan dia sebagai penghuni tirai besi selama 22 tahun. Bekerja sebagai petani, tertuduh yang masih beristeri ini mula "meratah" anaknya sendiri yang kini berusia 15 tahun sejak tiga tahun lalu, bermula di sebuah pondok di ladang kelapa sawit miliknya. Setelah itu, suspek terus menjadikan gadis malang ini sebagai santapan nafsunya berulang kali, termasuk di bilik tidur mangsa, dan tandas rumah mereka di Kampung Emplam, Kabong, selain ...

Tolong Viralkan Agar Suami Saya Ditangkap, Cabul Anak Perempuan Sendiri

Imej
Pahang - Seorang wanita telah bertindak menviralkan suaminya sendiri selepas perbuatan terkutuk suaminya itu ke atas anak perempuan mereka telah di ketahui. Suaminya itu menjadi buruan polis selepas dia telah dilaporkan telah mencabul anak perempuannya sendiri di sini. Lelaki tersebut yang di kenali sebagai Hasrol Rizal Bin Hassan Nasri dikatakan telah memukul serta mencabul anak perempuannya yang masih di bawah umur. Menurut isteri mangsa Hanifah Wan melalui laman media sosial memberitahu bahawa suaminya telah melarikan diri selepas perbuatannta telah diketahui serta terdapat dua laporan polis di buat ke atasnya di IPD Maran, Pahang. Hanifah melalui postingnya di media sosial memberitahu bahawa tanpa rasa malu dia memohon kepada semua sahabat facebooknya supaya menviralkan suaminya sendiri sehingga tertangkap kerana terdapat dua waran tangkap telah dikeluarkan atas namanya. Sesiapa yang ada melihat suspek di mana sahaja bolehlah melaporkan perkara tersebut di ba...

Identiti Serta Gambar Bapa Yang Meliwat Anak Kandung

Imej
Petaling Jaya - Susulan kes seorang lelaki yang telah merogol serta meliwat anak kandungnya sendiri sebanyak tiga kali sehari sejak 11 Julai yang lalu sehingga 20 Julai. Lelaki terbabit yang berusia 36 tahun telah melakukan perbuatan tersebut di Sungai Way, Petaling Jaya malah perbuatannya itu di umpamakan seperti binatang kerana tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap anak kandungnya sendiri. Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Mahathir tersebut bakal berdepan dengan 631 pertuduhan termasuklah 150 pertuduhan kerana melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap mangsa. Kesemua pertuduhan terbabit telah dibacakan oleh Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali. Walau bagaimanapun tertuduh telah mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya yang didakwa telah melakukan seksual secara fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Tertuduh bakal berdepan hukuman penjara 3,000...

Bapa Lapor Polis Anak Gadis Di Rogol Abang Sendiri Hingga Hamil 7 Bulan.

Imej
KAJANG: Tindakan sorang remaja berusia 16 tahun yang merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun membawa padah selepas dia ditahan pihak polis Menurut laporan mStar Online, Polis telah menahan remaja berusia 16 tahun kerana didakwa merogol adik perempuannya sejak Oktober tahun lalu selapas ayah mangsa melaporkan kejadian itu di Balai polis pada Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata. "Bapa mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan perut anak gadisnya itu, dilihat semakin membesar. "Setelah di desak mangsa memaklumkan kepada si bapa mengenai kelakuan abangnya," kata Ahmad Dzaffir. Gadis Malang itu dikatakan hamil tujuh bulan dan sudah dirujuk ke Hospital Kajang. Manakala, suspek pula direman sehingga Ahad. Sumber: mStar Online,

Budak Perempuan 6 Tahun Dirogol Dalam Bilik Air Oleh Sepupu Berusia 14 Tahun,

Imej
KUCHING - Seorang budak perempuan berusia enam tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol abang saudaranya sendiri di dalam bilik air di sebuah rumah di Kampung Buntal di sini semalam. Menurut nenek mangsa, cucunya itu mengadu sakit di kemaluannya kira-jira pukul 8.30 malam. nenek mangsa kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kesan pendarahan pada bahagian kemaluannya. Apabila ditanyakan kepada cucunya itu, mangsa memberitahu, sepupu lelakinya yang berusia 14 tahun telah memasukkan kemaluan ke dalam kemaluannya di dalam bilik air di rumah tersebut. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan awal mendapati mendapati mangsa tinggal bersama neneknya. Suspek juga merupakan cucu kepada wanita berusia 56 tahun itu dan berasal dari Lundu. Menurut laporan Kosmo Online, ketika kejadian, mangsa tinggal bersama suspek yang tidak lagi bersekolah, manakala neneknya berada di luar rumah atas urusan ...

Ibu Dikecam Teruk Sanggup Berkahwin Dengan Anak Sendiri!

Imej
Apa nak jadi dah dengan dunia ini, dulu kita dikejutkan dengan tidakkan seorang ibu yang berkahwin dengan anaknya sendiri di Indonesia dan kini terdapat kejadian yang sama berlaku di Zimbakwe. Walau apa agama sekalipun amat melarang perkahwinan antara ibu dan anak, ianya amat ditentang dari segi agama mahupun undang-undang. Seorang wanita di Zimbabwe dikecam teruk apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan anak lelakinya sendiri. Disebabkan terlalu menyayangi dan tidak mahu berpisah dengan anaknya, Betty Mbereko, 43, dikatakan sanggup untuk menjadi isteri kepada anak tunggalnya, Farai yang berusia 26 tahun. Perkahwinan Betty dan Farai bagaimanapun mendapat tentangan besar daripada keluarga dan orang ramai tetapi mereka tetap ingin meneruskan majlis tersebut. Selain terlalu sayang dan tidak mahu kehilangan anaknya, Betty juga telah hidup sebagai ibu tunggal sejak 12 tahun lalu. Menurut sumber Betty memberi alasan, berhak mengahwini anaknya kerana dia membesarkan Fara...

Penduduk Bakar Rumah Selepas Aksi Sumbang Mahram Adik Dengan Kakak Kantoi Dengan Isteri

Imej
Isteri mana yang menyangka bahawa suami sendiri yang amat di cintai tergamak berlaku curang di belakangnya, jika wanita itu orang luar boleh diterima akal lagi tetapi yang paling mengejutkan adalah kerana kecurangan tersebut adalah bersama kakaknya sendiri Penduduk di Pasar Bengkulu, Kota Bengkulu, Indonesia, telah membakar rumah milik seorang lelaki, Rizal alias Ijal, 35 tahun dan istrinya Santi, 32 tahun, selepas Rizal didapati bersetubuh dengan kakak kandungnya sendiri di rumah berkenaan. Perkara berkenaan terbongkar selepas Santi menyaksikan dengan matanya sendiri di mana suami dan kakak iparnya berada di dalam satu bilik dan sedang melakukan zina. Santi yang terkejut dan marah, telah mengamuk dengan memukul dua beradik itu. Tangisannya itu telah didengari oleh jiran tetangga yang kemudian bergegas ke rumah pasangan berkenaan. Sementara Rizal dan kakaknya, yang dikenali sebagai Yanti, telah melarikan diri melalui pintu belakang dengan menaiki motorsikal. Meskipun dikejar ...

Budak 12 Tahun Lahirkan Zuriat Bapa Kandung

Imej
Dunia seolah tiada makna lagi bagi Bunga 12 tahun, apabila impiannya ingin menjadi guru hancur akibat kelakuan jijik bapa kandungnya sendiri Zulkarnain (Zul) 33 tahun. Tiada siapa yang dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak yang seharusnya duduk dibangku sekolah ini, kini dirinya terpaksa terbaring di hospital kerana sudah melahirkan anak dari bapa kandungnya itu. Ketika pemberita menemui Bunga di hospital Balitung di kampung Nibung, Bunga di lihat duduk dengan pandangan kosong serta kelihatan bigung atas kedatangan media. Ada rasa terharu dan sedih melihat Bunga yang didampingi ibunya kerana pihak perlindungan kanak-kanak daerah itu tidak mengetahui kejadian tersebut sejak awal lagi. Sepatah demi sepatah Bunga menceritakan kejadian yang menimpanya itu. Seperti yang dipetik dari sumber, kejadian bermula pada penghujung September tahun lalu dimana Bunga telah di rogol secara paksa oleh ayah kandungnya sendiri dan melakukan hubungan intim ketika ibunya tiad...

Nafi Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri Berusia 15 Tahun.

Imej
LELAKI pekerja landskap didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya yang kini berusia 15 tahun. Tertuduh, 37, dituduh melakukan kesalahan itu pada Februari 2015 dan Mac lalu di dua lokasi berasingan di Ipoh dan didakwa mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapi dan minta dibicarakan. Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Chiang Mei Wan di hadapan Hakim Norashima Khalid. Pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan diberi kepada tertuduh kerana kes berkenaan membabitkan mangsa yang juga anak tirinya dan dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa. Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan perlu menanggung isteri berusia 26 tahun dan memohon jaminan diberikan. Norashima tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 13 Jun...