Remaja 15 Tahun Gunting Tali Pusat Bayinya Sendiri..
BINTULU: Remaja 15 tahun, dalam keadaan kepenatan dan mengalami trauma yang cukup teruk, remaja itu mengambil gunting dan memotong tali pusat bayinya, sebelum dia membungkus bayi terbabit dalam kain dan di buang di luar rumah, Tanjung Kidurong.
Bayi tidak berdosa itu dibuang oleh ibunya,
seorang remaja berusia 15 tahun, akibat tekanan yang melampau kerana dia
mengandung, selepas dirogol oleh bapa tirinya, sejak enam tahun lalu.
Lebih memilukan hati apabila bayi yang
dibungkus dalam kain itu dibuang dalam tong sampah di hadapan rumahnya sendiri,
ketika bayi tersebut masih hidup.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli
Suhaili berkata, remaja itu bersalin berseorangan dalam bilik air, di kediaman
berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi, Jumaat lalu.
Dalam keadaan kepenatan dan mengalami
trauma yang cukup teruk, beliau berkata, remaja itu mengambil gunting dan
memotong tali pusat bayinya sendiri, sebelum dia membungkus bayinya terbabit ke
dalam kain.
Katanya, kesan tindakan remaja itu,
menyebabkan bayi itu meninggal dunia selepas 13 jam berada didalam tong sampah.
Zulkipli berkata, "Siasatan awal
mendapati, remaja ini berehat dalam bilik tidur dengan pendarahan berlarutan sehingga
jam 9 pagi.
“Kakaknya yang pulang dari kerja curiga melihat
keadaan adiknya itu.
"Pendarahan berlarutan menyebabkan
kakaknya membawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut sehingga membawa
kepada pembongkaran kes pembuangan bayi lelaki dalam tong sampah," katanya
dalam kenyataan, di sini hari ini.
Zulkipli ketika mengulas lanjut, berkata
siasatan juga mendapati kanak-kanak terbabit menjadi mangsa rogol bapa tirinya
yang juga warga asing sejak berusia sembilan tahun.
"Pihak polis masih mengesan bapa tirinya
yang berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan kes," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318
Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan boleh
dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sumber:
Berita Harian Online, Editor: Atila Atasha

Ulasan
Catat Ulasan