Tersalah Masuk Tandas, Kanak-kanak OKU Berusia 9 Tahun Dipukul

Sarawak - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) telah di pukul hanya kerana dikatakan tersalah masuk tandas.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di bilik sewa berdekatan dengan court Medan Raya Bintulu pada Jumaat yang lalu.

Menurut penghuni yang menghuni di kawasan bilik sewa terbabit terdapat dua unit tandas yang sepatutnya di kongsi oleh semua penyewa yang menyewa di bilik sewa di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun lelaki terbabit yang merupakan seorang penyewa baru yang baru sahaja masuk menyewa di bilik sewa terbabit secara tiba-tiba berlagak umpama dia merupakan seorang 'taiko' telah menetapkan bahawa hanya satu tandas sahaja yang boleh di gunakan oleh penyewa lain manakala satu lagi khas buatnya.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa pukul terbabit tinggal di salah sebuah bikik sewa di situ, sebelum kejadian di katakan mangsa telah tersalah masuk ke bilik air yang telah di tetapkan oleh lelaki terbabit bagi mencuci pinggan mangkuk.

Lelaki berkenaan yang mengetahui bahawa mangsa telah memasuki bilik air yang di khaskan untuknya kemudian telah bertindak menampar serta menyepak mangsa.

Ketika kejadian terbabit mangsa berada di bawah jagaan seorang jiran yang berusia 14 tahun di sebabkan ayah kepada kanak-kanak itu sedang bekerja.

Bapa mangsa yang mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja dan telah menyebabkan berlaku pertengkaran antara ayah mangsa bersama dengan lelaki berkenaan.

Bapa mangsa yang tidak berpuas hati mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kemudiannya telah membuat laporan polis.

Lelaki berkenaan yang mengetahui bahawa terdapat laporan polis telah di buat menyebabkan dia bertindak melarikan diri.- WJ

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja