Anak Ular Berbisa Ditemui Bersembunyi Di Dalam Bekas Makanan


SYDNEY - Di Australia, penemuan ular dalam bekas makanan adalah perkara biasa dan kerap terjadi. Tetapi kebiasaannya ia adalah ular yang tidak berbahaya kerana tidak memiliki racun yang boleh membunuh.

Namun kali ini berlaku sesuatu di luar jangkaan seorang ibu ketika sedang menyediakan bekalan makanan anaknya untuk ke sekolah, di kediaman mereka yang terletak di Kota Hahndorf, Adelaide.

Ibu itu menemukan anak ular kecil berwarna coklat di celah penutup bekas itu.

Hasil pemeriksaan pengendali haiwan reptilia, Rolly Burrell mendapati anak ular itu adalah sejenis ular spesies eastern brown yang merupakan salah satu ular paling berbisa di dunia.

Ia mempunyai racun yang berbahaya walaupun saiz badannya yang kecil.

Ketika membuka bekas tersebut ibu itu tidak perasan terdapat seekor ular sedang bersembunyi di celahan penutup bekas tersebut namun setelah memasukkan makanan kedalamnya baru dia dapat melihat ular tersebut.

Menurut Burrell saat ini mungkin musim ular spesies tersebut menetas dan ibu ular itu telah menetas di dapur rumah wanita tersebut kemudian pergi meninggalkan anaknya.

Burrell turut berkata, mujur wanita itu ternampak ular tersebut kerana anaknya mungkin tidak akan sedar jika ia digigit reptilia sekecil itu.

Sejak tahun 2000 terdapat 23 kes kematian yang disebabkan gigitan ular berbisa berwarna coklat itu. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja