Wanita Transgender Nekad Ubah Diri Menjadi Naga Kerana Bosan Menjadi Manusia


TEXAS: Kerana ingin memenuhi keinginan hatinya, seorang wanita transgender sanggup membelanjakan jutaan ringgit kerana dia mahu mengubah dirinya untuk menjadi seekor naga seperti yang diidamkan oleh dirinya.

Wanita terbabit dikatakan adalah salah seorang pesakit yang dijangkiti dengan virus HIV di mana dia melakukan sedemikian kerana bosan menjadi manusia lagi selain turut tertarik untuk menjadi naga seperti yang diidamkan.

Eva Tiamat Medusa,53, dikatakan mempunyai keinginan yang pelik ini sejak sekian lama kerana baginya dia tidak mahu lagi mati sebagai manusia sebaliknya ingin mati menjadi seekor naga.

Untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya, Eva telah membelanjakan hampir RM 230,000 untuk melakukan pelbagai rawatan dan juga pembedahan yang diinginkannya.

Selain itu, Eva juga turut bertindak diluar jangkaan apabila dia bertindak membuang kedua-dua belah cuping telinganya serta turut membuat tatu seperti kulit naga di bahagian wajah dan sekitar badannya.

Di samping itu, dia juga turut melakukan pembedahan dengan menanam lapan tanduk kecil di bahagian dahinya semata-mata ingin menyerupai naga.

"Saya ada dua ibu iaitu ibu yang melahirkan saya dan satu lagi ibu adalah seekor ular.”

"Disebabkan itu saya nekad menjadi naga. Jadi, saya tidak kisah membuang cuping telinga, menanam tanduk di dahi dan membelah lidah.”

"Apa yang penting hati saya gembira. Saya tidak perlu fikir dan layan tanggapan orang lain," ujarnya.

Bagaimana pun, menurut Eva lagi dia akan lebih banyak melakukan pembedahan di masa hadapan untuk mendapatkan bentuk naga seperti yang diinginkan oleh dirinya itu dan dia berharap usahanya itu akan berjaya. Sumber: Sinar Harian, Editor: Iera







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja