Video Pilu Seorang Ibu Yang Menunggu Selama 13 Tahun Anaknya Ditempat Terakhir Dia Dibuang

Kisah pilu seorang wanita tua membuat Natizen bercucuran air mata, mana tidaknya seorang ibu sanggup menunggu kepulangan anak selama 13 tahun ditempat terakhir dia di tinggalkan.

Wanita tua ini di kenali sebagai Karfiah tinggal di gubuk usang setia menunggu janji anaknya sejak 13 tahun lalu.

Ditempat dia tinggal itulah dia ditinggalkan dan disuruh menunggu sekejap oleh anaknya sendiri, namun sampai ke hari ini si anak yang dikenali sebagai Rina tidak pernah kembali.

Dalam kunjungan pemberita di rumahnya tepat di tepi jalan Gerilya Timur, Berkoh keadaan beliau sangat menyedihkan.

Dengan kudrat yang ada sesekali beliau mengintai keluar rumah apabila ada kenderaan atau bas yang berhenti, tidak lama selepas itu dia masuk ke dalam semula, jelas terpancar rasa kecewa di raut muka dan bibirnya yang pucat.

Menurut Cakbudi, sepanjang pernikahan Karfiah tidak dikurniakan anak, setelah suaminya meninggal beliau mengambil seorang bayi (anak angkat) bayi tersebut diberi nama Rina Yanti.

Dibesarkan dengan kasih sayang disekolahkan hingga masuk Kolej seperti anak kandung sendiri.

Seperti orang lain beliau juga mengahwinkan anaknya yang sudah dewasa dengan lelaki pilihan anaknya sendiri.

Nak di pendekkan cerita, rumah peninggalan arwah suaminya di jual kerana Rina berjanji mahu membelikan rumah baru untuk mereka tinggal dan akhirnya beliau pun bersetuju.

Pada satu hari beliau di bawa ketepi jalan oleh anaknya, disitu beliau disuruh menunggu kerana Rina mahu mengambil duit hasil penjualan rumah mereka.

Apa yang berlaku selanjutnya adalah sehingga ke hari ini sudah 13 tahun berlalu anaknya itu tidak pernah kembali dan Karfiah masih setia menunggu anaknya Rina.
>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja