Inul Didakwa Hina Ulama

Jakarta: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista kini berdepan siasatan polis selepas menulis komen yang didakwa menghina ulama di laman Instagram miliknya.

Advokat Pembela Ulama membuat laporan polis terhadap Inul Isnin lalu dengan mendakwa komen yang ditulis penyanyi itu melanggar undang-undang menghina agama.

Sebelum menulis komen berkenaan, Inul terlebih dahulu memuat naik gambarnya bersama Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok di Instagram.

Bagaimanapun, beberapa pengguna media mengkritik Inul kerana menyokong Ahok yang masih dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menghina Islam.

Inul yang berang dengan kritikan itu kemudian menulis komen menyatakan ada individu yang memakai serban tetapi masih melakukan video seks melalui aplikasi Skype.

Komen yang ditulis Inul mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang menuduh penyanyi itu menghina ulama.

Selepas dikecam hebat, Inul yang terkenal dengan tarian goyang gerudi bertindak memadamkan gambar dan komen berkenaan.

Jurucakap Advokat Pembela Ulama, Dahlia Zein berkata, komen Inul itu adalah satu bentuk fitnah dan penghinaan terhadap golongan ulama.

“Apa yang didakwa oleh penyanyi itu di dalam komennya di media sosial adalah satu bentuk fitnah dan ia juga satu bentuk penghinaan.


“Kami membuat laporan polis kerana mahu masyarakat berhati-hati ketika menggunakan media sosial,” katanya.-harianmetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja