Parah Didera Suami Kerana Facebook
Kaherah: Seorang lelaki mendera dan mengurung isterinya
selepas mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook.
Menurut laporan, lelaki berkenaan sebelum ini tidak
membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.
Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat
yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari
tanpa memberi mangsa makan atau minum.
Tidak cukup dengan itu, Mustafa juga menyeksa isterinya
menggunakan benda tajam.
Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata, isterinya membuka
tiga akaun Faceboook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin tahu sama ada
dia bersikap curang terhadapnya.
Mustafa mengaku dia memukul isterinya tetapi menafikan
dakwaan tidak memberinya makan.
Sehubungan itu, kebanyakan pertubuhan hak asasi wanita Mesir
menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan
isterinya cedera teruk akibat didera.
Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia untuk mewakili
mangsa secara percuma sementara ramai pengguna media sosial mengecam tindakan
Mustafa sambil menggesa pihak berkuasa memenjarakannya.-harianmetro
Ulasan
Catat Ulasan